Powered By Blogger

Wednesday, December 14, 2011

Adakah ini bakal YB baru di Perlis

Fathul Bari Mat Jahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU).[1]
Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Kuala Lumpur.

Rasa-rasanya inilah calun yang dicari DSNR untuk calun PRU13 nanti. Sebagai bakal pemimpin yang akan menjadi idola kepada seluruh masyarakat kawasan yang dipimpin, sudah tentu ciri-ciri seperti Fathul Bari ini amat diperlukan dan sesuai dengan zaman ini.

Sepanjang mengenali beliau, memang ana sungguh berminat Fathul Bari atas kepetahan beliau berpidato, menympaikan sesuatu dengan mudah difahami malah beliau hanya menggunakan apa yang terkandung didalam hadis dan Al-Quran untuk merungkaikan sesuatu masalah atau pandangan.

Sebagai orang yang kini ada jawatan didalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO, adalah tidak menghairankan sekiranya nama beliau akan terpancut keluar sebagai calun BN dalam PRU13 nanti.

Tentang kawasan mana yang akan beliau mewakilinya, biarlah ianya menjadi teka teki semua pihak. Namun semua sedia maklum, selalunya nama baru seperti ini selalunya akan diletakkan dikawasan paling 'HOT' bagi BN.
 
Kalau bersandarkan kawasan pilihanraya ditempat asal Fathul Bari, Parlimen Arau adalah merupakan kawasan yang sesuai dengannya. Disini ada dua DUN yang kini diwakili PAS yang sudah pasti menjadi buruan BN negeri Perlis. Adakah dia akan diberi missi merampas dua ADUN ini dari PAS? Sama-samalah kita tunggu hari penamaan calun PRU13 nanti.








Thursday, November 3, 2011

ADUN Bakar Bata edar kopiah putih untuk penyokongnya!


YB ADUN Bakar Bata dimajlis jamuan sempena berangkatnya beliau ke Tanah suci Mekah pada 27 Oktober baru-baru ini telah mengedarkan secara percuma kopiah putih 1 Bakar Bata kepada penyokong-penyokongnya yang hazir.

Umum mengetahui puak UMNO sangat jelek dengan kopiah bewarna putih ini dan songkok hitam adalah satu-satunya pilihan mereka dan telah sinonim sebagai lambang keahlian parti itu sejak sekian lama.

Baguslah kalau orang UMNO Bakar Bata telah mula suka dan mula berminat untuk memakai kopiah putih dimasa-masa akan datang terutama diwaktu-waktu masa PRU13 telah hampir tiba.

Semoga penyokong-penyokong ADUN Bakar Bata lebih selesa dan seterusnya menyukai kopiah putih buat selama-lamanya. Kepada YB Datuk Ahmad Bashah juga didoakan semoga selamat mengerjakan ibadah haji serta diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt .



 








Friday, October 14, 2011

Halalkah makanan yang dijual di Restoran ini

Semasa berjalan untuk mencari pengalas perut pagi tadi, terpandang sebuah restoran yang agak canggih yang kini banyak ada di bandar-bandar di Negeri Kedah dan Perlis.

Restoran ini yang menyajikan masakan melayu dan barat seperti perbagai masakan dari mee, ayam, roti bakar dan banyak lagi menunya  adalah dimiliki oleh Syarikat Sdn.Bhd.

Melihat kepada pekerjanya yang terdiri dari ramai remaja Melayu, tentu membuatkan kita terus masuk dan memesan menu makanan yang disajikan. Namun apabila timbul rasa mushkil mengenai pemilik kedai ini, ana terus bertanya tentang status HALAL kedai ini kerana ana tidak nampak sebarang tanda cop HALAL yang dipamerkan.

Ana merasa sedikit ragu takut-takut pemilik kedai ini bukan dari kalangan orang yang beragama Islam. Dan kalau betul restoran ini dimiliki oleh orang yang bukan Islam, adakah kita boleh yakin yang dia akan mendapatkan bekalan daging dan ayam yang HALAL yakni dari pembekal yang beragama Islam.

Kalau ini yang bermain dalam fikiran kalian, adalah lebih baik kita makan saja di restoran yang sah pemiliknya beragama Islam atau makanlah di restoran yang ada sijil kelulusan status HALAL yang sah dikeluarkan oleh JAKIM.


Sunday, October 9, 2011

Dia dah nak umum dahhhhhhhh

Datuk Seri Najib berkata " Gendang piliharaya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai ". Beliau berkata demikian kepada 8000 ahli BN yang hazir dimajlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan Ahad tadi di PWTC.

Dan beliau juga telah berpesan kepada ahli-ahli BN bahawa kalau nak menang dalam pilihanraya PRU13 nanti kenalah buat cara nak menang. Kalau masing-masing dok bertelagah sesama sendiri, alamat kalahlah nanti semuanya.

Peringatan Datuk Seri najib ini sebenarnya juga berguna untuk puak pembangkang yang terlalu yakin dengan kekuatan mereka. Kalau barisan pembangkang juga inginkan kemenangan dalam PRU13 nanti, mereka juga perlu bertindak secara nak menang. Kalau asyik dok bertelagah juga sesama sendiri, alamatnya bukan sahaja yang dikejor tak dapat, tapi yang dijinjing juga akan berciciran.

PRU13 kali ini adalah merupakan kayu ukur kekuatan sebenar kepada kedua-dua pihak samada BN ataupun PR. PR kalau tidak mampu mempertahankan kesemua negeri yang dibawah perintahnya sekarang ini atau tidak dapat menawan semula Perak dan Terangganu, maka ianya akan jatuh tersungkur dan akan melambatkan proses mempertingkatkan kekuatan mereka.

Manakala BN pulak kalau ia terpaksa melepaskan beberapa negeri lagi kepada puak PR, maka ternyata hayatnya telah semakin hampir tamat dan terbukti rakyat tetap menolak corak pemerintahan mereka. Dan Datuk Seri Najib tentu tidak akan rela membiarkan keadaan ini terjadi kerana PRU13 ini adalah merupakan KPA beliau dan bukti kekuatan politik beliau dan seterusnya menjamin kelangsungan beliau untuk menerajui kerajaan BN dibumi Malaysia ini.

Walau apa pun yang akan mendatang, kini sepak mula bola pilihanraya telah bermula. Semua yang terlibat telah merasai kepanasan demamnya. Mulalah kita akan dihantui oleh kesibukkan yang amat dan sebagai rakyat yang diperlukan undinya sudah tentu akan mendapat layanan VIP dimana-mana dan kadang-kadang banyak baik dari buruknya bila berada dalam musim pilihanraya ini.

Rebutlah peluang ini dan pandai-pandailah mencari kesempatan dimana yang boleh. Yang penting undi kita adalah rahsia dan terpulang kepada kita untuk menentukan kotak mana yang perlu digariskan.

Saturday, October 8, 2011

Bajet umpan piliharaya.

Pembentangan bajet 2012 oleh PM Najib semalam sebenarnya tidak menampakan sebarang kejutan dan keajaiban kerana semua yang dinyatakan telah dijangka dan dalam pengetahuan umum.

Semua tidak boleh menafikan bahawa bajet 2012 yang dikeluarkan PM Najib semalam adalah petanda awal bahawa PRU 13 akan menjelang sebelum pembentangan bajet 2013 akan datang.

Seperti biasa setiap kali pembentangan bajet, penjawat awam adalah kumpulan sasar yang terus diberi perhatian. Ini mungkin kerana kerajaan yang memrintah menganggap kumpulan ini adalah agen penting dan penyokong kuat kerajaan yang menjulang bendera party kerajaan yang memerintah. Bajet kali ini sekali lagi penjawat awam mendapat durian runtuh melalui nikmat bonus tambahan, pelarasan gaji baru dan kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi serta tambahan umur persaraan kepada 60 tahun.

Pemberian RM500 kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM3000 adalah satu kaedah pemberian terus wang kepada rakyat dimana di zaman Pak lah dulu juga  pernah semua pemilik kereta diberi peruntukkan ini untuk menampung kos kenaikan harga minyak.

Pemberian ini sebenarnya tidaklah dikisahkan sangat oleh rakyat bawahan kerana mereka sebenarnya menaruh harapan yang lebih besar lagi agar kerajaan dapat membantu mereka dengan kaedah yang lebih berbentuk jangkapanjang serta dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan sejahtera.

Rakyat sangat-sangat berharap agar yuran pengajian IPT dan IPTS dilihat semula agar tidak membebankan   pelajar dengan jumlah pinjaman yang banyak dengan PTPTN. Rakyat juga bukan setakat mahu  kerajaan membatal charge rawatan pemeriksaan warga emas sebanyak RM1 di hospital malah rakyat mahu kerajaan juga menanggung dengan percuma akan segala kos rawatan perubatan rakyat di hospital kerajaan.

Sungguhpun semua akhbar melaporkan dimuka depan bahawa bajet tahun ini adalah Bajet Untuk Semua, namun terdapat lagi ruang-ruang yang boleh dilakukan oleh kerajaan demi membantu rakyat berpendapatan rendah menikmati kehidupan yang sejahtera dan selesa di bumi Malaysia yang makmur ini.

Walau apa pun komen kita, semuanya telah terbentang dan kita hanya boleh berharap apa yang tertulis dan ternyata tersebut hendaklah dilaksanakan dengan baik dan sesempurnanya bagi mencapai maksud yang disasarkan.

Rebutlah 232.8 bilion yang akan dihamburkan sepanjang 2012 nanti. Ianya bagai daun-daun kering yang melayang jatuh dari langit kebumi ini. Siapa yang cepat dan cekap akan memperolehinya dengan cara masing-masing. Ada yang dapat banyak dan akan ada yang dapat sedikit, akan ada orang yang senang memperolehinya dan akan ada juga yang tidak memperolehinya langsung. Semuanya ini adalah ketentuan Allah swt dan merupakan rezeki yang telah ditentukan.




Friday, September 30, 2011

PRU13; mengapa Pm Najib perlu segerakan.

Semalam Pak Menteri Nazri Aziz menasihati Pm Najib agar tidak perlu mengadakan PRU13 dengan kadar yang segera semata-mata untuk menentukan sokongan peribadi memandangkan tempoh penggal pilihanraya akan tamat pada 2013 nanti.

Isu ini timbul kerana ramai  pemerhati politik menjangkakan yang PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa terdekat ini. Ini berdasarkan kepada situasi politik dan isu-isu yang diketengahkan oleh PM Najib kini banyak menjurus kepada memenangi hati rakyat dan kemuncaknya sudah tentu akan tertumpu kepada pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober nanti.

Sebenarnya PM Najib bukanlah berhajat untuk melihat kekuatannya melalui pilihanraya kerana dia sememangnya telah kuat dan antara yang paling layak dalam UMNO untuk memegang jawatan itu kini.

 Apa yang dikehendakinya melalui PRU13 nanti sebenarnya, ialah barisan kepimpinan dan menteri kabinet yang sealiran dengan pendapat dan kehendaknya sesuai dengan motto transformasi yang dicanangkannya. Melalui PRU13 nanti akan mudah baginya membentuk barisan baru yang lebih berpihak kepadanya kerana dijangka akan ramai menteri-menteri kabinet yang ada sekarang akan gugur dan terpaksa meninggalkan Putra Jaya.

Apa-apa pun kita percaya sebagai seorang Perdana Menteri, sudah tentu dia dan barisan penasihatnya mempunyai percaturan yang betul lagi tepat mengenai apa jua keputusan yang bakal dibuatnya. Namun kesan dari keputusannya itu sudah tentu akan terkena untung dan ruginya kepada sesetengah pihak yang terlibat.

Wednesday, September 21, 2011

Jenayah disekolah.......kisah benar.

Sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah di sekolah-sekolah semakin berleluasa. Bermula dengan kes curi,ugut,gaduh,pencabulan dan sampai kepada kejadian merosakkan harta benda awam iaitu membakar banggunan sekolah itu sendiri.

Tidak pernah terlintas bahawa kejadian jenayah-jenayah berat boleh berlaku disekolah. Namun itulah realitinya yang sedang berleluasa sekarang. Pelajar atau Remaja hari ini lebih berani dan bertindak diluar batasan dan kawalan kita sebenarnya. Kerana apa? wallahualam. 

Bukan isu mencari salah siapa atau dimana silapnya, tapi ini ada kes terbaru yang berlaku disalah sebuah sekolah di utara semenanjung. Ceritannya agak lawak tapi ianya tetap perlakuan jenayahh

Apa tidaknya, sekumpulan pelajar dari kelas tercorot telah bertindak nekad membawa kotak 'Bantuan OKU'  dan mengutip derma kepada pelajar-pelajar lain dari kelas ke kelas dengan muka selamba tampa disyaki oleh guru dan pelajar lain.

Kejadian yang berlaku diwaktu akhir seisi sekolah ini, akhirnya disedari juga oleh pelajar pintar iaitu "Pengawas" yang merasa hairan mengapa pelajar-pelajar kelas akhir ini yang tidak punyai apa-apa jawatan diberi tugas untuk mengutip derma lalu terus menghubungi guru berkaitan.

Tengok, betapa cekapnya idea pelajar sekarang sehingga sanggup dan mampu bertindak demikian rupa. Mereka-mereka inilah bakal keluar sebagai masyarakat dan warga penduduk Malaysia akan datang.

Masyaallah, sebenarnya sekolah adalah kilang ilmu. Tapi kalau yang datang kesekolah itu tidak berminat untuk mencari ilmu, itulah yang akan terjadi. Ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab mendidik dan mengasuh kepada sekolah atau guru. 

Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap proses pembesaran anak-anak mereka kerana sebenarnya anak-anak itu adah kita semasa kecil dan akan datang. Mereka membawa bendera keturunan kita.

 

Wednesday, September 14, 2011

Banjir di Perlis apa hikmahnya?

Banjir di Perlis kini menjadi topik utama sembangkosong dikalangan seluruh rakyatnya terutama di pejabat-pejabat kerajaan, kedai-kedai kopi, mesjid dan surau.hatta dimana saja bilamana terdapat sekumpulan manusia melebihi dari seorang sedang berbual atau bertemu.

 Banyak orang melihat masalah banjir ini sebagai suatu keadaan atau perkara yang menimbulkan kesukaran (kesulitan ) yang memerlukan penyelesaian dengan beberapa perkiraan atau tindakan.

 Namun bagi orang yang bijak pandai dan pencari peluang, masalah banjir yang sering melanda seluruh negeri Perlis ini kadang-kadang boleh mendatangkan keuntungan bagi sesetengah pehak. Apa tidaknya; bagi gulungan ini slogan ilmu perniagaan dan sosial politik ada menyatakan "Problem is our opportunity".

 Nah tengok ni, Yayasan Pok dan Kassim yang diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim awal-awal lagi telah bersedia untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Sudah tentu berpusu-pusu mangsa banjir akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan dan sedikit sebanyak nama DSSK akan terus dijulang sebagai seorang YB yang pemurah dan suka membantu rakyat.

 Mana yang dikehendaki rakyat, peruntukan bantuan mangsa banjir atau peruntukan untuk menyelesai atau mengelak banjir. Tepuk kepala tanyalah mereka.

Saturday, September 3, 2011

Halalkah kedai ini ?


Halalkah restoran ini? Ini menjadi tanda tanya kerana Restoran ini yang namanya "Alaf baru" tertera nama pemiliknya bukan dari bangsa Melayu. Restoran ini terletak di perhentian rehat dan rawat Rawang lebuhraya utara selatan menghala ke utara.

Restoran ini menghidangkan makanan dari perbagai jenis mee dan bihun serta nasi goreng dilayani oleh pekerja-pekerja wanita dari negara jiran dan mendapat sambutan dari pelanggan dari orang-orang Melayu bergama Islam.

Melihat kepada nama pemilik kedai ini, menjadikan ana terasa was-was kerana tiada tanda "Halal" dipapan tanda restoran ini atau pengesahan dari pehak plus yang mengatakan restoran ini menyediakan makanan halal untuk kaum muslim.

Eloklah kita turut sama perhati dan mengambilalih tempat JAKIM untuk memastikan status halal sesebuah restoran itu mengikut kayu ukur kita sendiri untuk keselamatan sebelum terus membuat pesanan atau memasukinya.

Sunday, August 21, 2011

Ini agaknya 3 puak yang disebut oleh Che Det.





Rasa-rasanya ini 3 puak yang ujud hasil perpecahan orang Melayu di Malaysia seperti yang disuarakan oleh Mantan PM kita Che Det tuuuu.

1. Puak yang tidak ambil peduli apa yang berlaku disekitarnya dan hanya hidup dengan berserah dan mengikut saja arus dunia ini.

2. Puak yang mempunyai kemahuan dan cita-cita yang tinggi untuk mencapai kemenangan dan kejayaan dalam kehidupan mereka. Dan yang ke-3nya

3. Puak yang ingin mencari keadilan dan kebenaran dalam kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan mendapat keredhaan Allah swt.

Anda berada didalam puak mana?

Sunday, August 14, 2011

Ayat2 suci Al-Quran dicorong pembesar suara


Minggu ini kita disibukkan pulak dengan isu larangan menggunakan pembesar suara untuk diperdengarkan bacaan ayat-ayat Quran di Mesjid-mesjid dan surau.Semua kita tak kira yang jahil dan para alim ulama tampil dengan hujah masing-masing.

Kita pun tak tahu apa tujuan sebenar pehak-pehak tertentu yang kini dengan senang hati menggunakan kaset dan cd bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dicorong pembesar suara di Mesjid dan surau. Rasa-rasanya tiada pulak arahan melakukannya yang dikeluarkan oleh pehak JAKIM atau pejak-pehak yang bertanggungjawab mengenai Agama Islam lain.

Adapun Al-Quran adalah sebuah Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhamamad saw dan umatnya. Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manafaatnya, untuk kita memahami dengan teliti isi kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibarnya.(rujuk ayat 29 surah Saad).

Dan menurut ayat 15 dari surah As-sajdah pulak;'sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pulak tidak bersikap sombong takbur.'(rujuk tafsir pimpinan ar-Rahman).

Islam adalah apa yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi ikutlah ajaran dan pesanannya. Dan ingatlah bahawa Agama Islam itu telah sempurna dan beramallah dengan apa yang disuruh Allah swt dan tinggalkanlah larangannya.

Seronok boleh tumpang sama bersuara menyokong akan larangan tersebut, waluapun tak pakar dibidang ini. Wallahualam

Thursday, August 4, 2011

Rakyat dapat RM1.50 syarikat dapat berjuta!


Inilah salah satu contoh bagaimana wang dana dari syarikat-syarikat kerajaan digunakan.Penggunaan wang yang dibuat atas nama sumbangan ini selalunya boleh menguntungkan pehak-pehak tertentu dengan memperalatkan nama rakyat.

Sumbangan dari IM Developement Berhad ini nampak baik dan mungkin ada manafaatnya. Tetapi bagi orang-orang yang berfikiran kritis terutama dari golongan pemerhati politik akan mempunyai pendapat yang berbeza. Mereka melihat sumbangan ini tidak begitu diperlukan sangat oleh rakyat sebaliknya kerajaan mempunyai motif tertentu disebalik pemberian akhbar percuma ini, seperti kata pepatah "ada udang di sebalik mee".

Apa tidaknya, adakah dengan sekeping akhbar bernilai RM1.50 untuk seorang rakyat itu memadai atau menepati kehendak rakyat. Dengan kata lain adakah itu yang ditagihkan oleh rakyat dari kerajaan.

Semua rakyat mengetahui bahawa syarikat utusan melayu yang dikatakan milik UMNO kini sedang menghadapi krisis kewangan akibat kejatuhan jualan akhbar harian berkenaan. Dan sumbangan itu sebenarnya adalah untuk membantu melariskan jualan akhbar berkenaan.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan selalu berkata kalau hendak menolong orang susah jangan diberi ikan, tetapi berilah pancing dan biarkan dia berusaha untuk mencari ikan dengan menggunakan pancing yang diberikan itu.


Inilah yang dikatakan, niat baik tapi jalannya tidak berapa betul dan selalunya peruntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat terdapat lubang besar ketirisan yang membolehkan pehak-pehak tertentu mengaut keuntungannya. Kata orang sekarang "rakyat dapat seringgit, depa balun juta-juta ringgit".

Friday, July 29, 2011

Cikgu dijangka dapat habuan lagi pada pembentangan bajet nanti.


Memetik kata-kata seorang penceramah dari BTN pada seminar pagi tadi, Datuk Seri Najib dijangka akan mengumumankan satu lagi bentuk insentif sebagai hadiah untuk kaum guru.

Seminar sehari yang dianjurkan khusus kepada seramai lebih kurang 400 orang guru itu banyak menerangkan tentang keadaan dan kepentingan kesetabilan politik tanah air kita Malaysia.

Rasa-rasanya macam-macam hadiah dan ganjaran akan diumumkan nanti dimasa pembentangan bajet demi memenuhi slogan Rakyat didahulukan. Adalah perkara biasa sesebuah kerajaan terpaksa menggubal dasar-dasar terbaru yang boleh mengambilhati rakyat terutama apabila hampir dengan tarikh pilihanraya.

Sebenarnya itulah kunci untuk mengekalkan kuasa memerintah sebenarnya iaitu memakmurkan rakyat dengan menjadikan kehidupan rakyat lebih sempurna dan selesa.

Rakyat sebenarnya tiada memilih sangat siapa dan party mana yang perlu menjadi pemerintah, tetapi rakyat mahukan pemimpin dan kerajaan yang sanggup mendengar suara mereka dan seterusnya melayan mereka dengan adil dan saksama.

Sunday, July 24, 2011

Kayanya TNB.


Wauuuuu order kereta baru nampaknya. Ohhh apa kesahnya kan banyak masyukkk bulan ini. Kalau kurang untung nanti penaik lagi kadar harganya. Adaaaaa dia kesahhhh. Berniaga dengan rakyat malaysia ini senang sikit.

Ini baru sederet kereta baru yang ada disebuah pejabat. Kalau campur seluruh negara tentu sepanjang Sungai Perak apa deretan kereta baru ini. kaya,kaya,kaya ejen yang membekalkannya.

Harap-harap lepasni janganleee cepat sangat sampai kerumah kita kalau bil rumah kita tertunggak atau lewat bayar bil.

Saturday, July 23, 2011

Hikmah disebalik kedatangn Najib ke Perlis


Lawatan resmi selama satu hari Datuk Seri Najib ke Perlis semalam adalah lain dari yang lain. Itulah kata-kata yang terbit dari YB Jefri ADUN Guar Sanji yang juga merupakan salah seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Perlis ketika diminta pendapatnya semalam.

Selalunya kita akan beranggapan bahawa kedatangan seorang PM atau Pemimpin tertinggi parti itu adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah atau isu dalama party yang timbul dalam negeri berkenaan.

Berbeza dengan lawatan PM Najib ke Perlis semalam yang seolah-olah menampakkan ianya merupakan satu kejayaan kepada Dato Seri Md Isa Sabu dalam mentadbir Negeri Perlis selepas menggantikan tempaat Dato Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Najib kini telah mula yakin dengan cara Md Isa Sabu mengepalai Kerajaan negeri dan telah mengiktiraf keupayaan YB Meteri Besar baru bersama teamnya mengurustadbir dengan baik akan pentadbiran dan politik Negeri Perlis.

Inilah hadiah sebenar yang dibawa Najib untuk rakyat negeri Perlis semalam dan adalah diharapkan Perlis selepas ini akan terus maju dan aman bagi membolehkan rakyatnya menikmati kehidupan yang lebih makmur dan sempurna segalanya.

Hahaha akan ada pulak orang yang akan rasa tak senang hati dan tak boleh tidur malam selepas ini!

Friday, July 22, 2011

Jom pakat-pakat p sambut PM Najib di Perlis


Hari ini PM kita Datuk Seri najib mengorbankan cutinya untuk turun padang bersama rakyat Negeri Perlis.

Maka seluruh rakyat negeri Perlis hari ini sibuk gila kehulu hilir untuk menyambut kedatangan pemimpin kesayangan mereka yang datang dengan membawa buah tangan yang berharga katanya untuk seluruh rakyat negeri paling utara itu.

Tua,muda,kecil,besar,lelaki dan perempuan dan seluruh kakitangan kerajaan akan bersama beliau hari ini untuk berkenduri sakan di dewan 2020, Kangar Perlis.

Seperti zaman dulu kala seperti yang kita ingat dalam buku satera bila mana ada keramaian di Istana Raja maka akan ada puisi yang ana ingat lebihkurang bunyinya begini:

Yang muda datang berlari,
Yang tua datang berpimpin,
Yang kecik datang berkendong,
Yang capek datang bertongkat,
Yang pekak bertanya-tanya,
Yang buta meraba-raba,
Yang panau menyusuur angin,

Yang pasti hari ini ramai dapat makan dan melancung secara percuma keseluruh negeri Perlis. Jangan lupa untuk melawat Wang Klian dan Padang Besar serta makan laksa di Kuala Perlis.

Sunday, July 17, 2011

Lemahnya iman kita.

Gambar hiasan:YAB Menteri Besar Kedah yang terpaksa mengenakan syarat tambahan melarang umat Islam dari memasuki peremis pusat hiburan disepanjang Ramadhan di Negeri Kedah. Jadi lepas bulan Ramadhan boleh pulak.......
Orang Islam di Malaysia rupanya masih lagi terpaksa bergantung undang-undang dunia lain bagi menjaga iman mereka. Hukum Islam yang tertera dalam Al-Quran dengan Halal dan Haram serta Makruhnya masih tidak boleh mengalahkan hawa nafsu yang bermaharalela dalam jiwa orang-orang Islam itu sendiri.

Sebenarnya sebagai orang Islam yang beriman dengan Allah swt, kita tidak perlu ada lagi undang-undang atau peraturan tambahan yang perlu diadakan oleh pemerintah bagi menghalang kita semua untuk memasuki atau turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti di pusat hiburan yang bersepah ada dinegara kita ini.

Yang sedihnya, undang-undang ini hanya diperlukan dibulan Ramadhan sahaja dan dengan kata lain seolah-olah dibulan-bulan lain selain Ramadhan adalah tidak menjadi larangan atau kesalahan kepada umat Islam untuk turut sama mengunjunginya.

Kita patut mengambil contoh rakan-rakan Islam kita yang hidup dinegara bukan Islam lain. Pegangan agama Islam mereka tetap kuat dan mereka tetap mengerjakan suruhan Allah dengan penuh taqwa dan ikhlas tampa menghiraukan ujian dan cabaran yang sentiasa melanda kehidupan mereka.Islam adalah cara hidup kita. Ikutlah suruhan Allah swt dan tinggalkan akan segala larangannya.

Friday, July 15, 2011

Marina, Mokhzani dan Mukriz boleh bersihkan Mahathir



Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia sekian lama sebelum Najib Razak sekarang ini. Adalah tidak mustahil sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut terdapat kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya terutama dalam membuat samada keputusan berhubung dasar atau pun sebarang kelulusan.

Adalah terlalu bongkak dan sombong kalau dia mengatakan bahawa semua yang dilakukannya adalah betul dan seadil-adilnya.

Pada kesempatan ini, adalah diharapkan anak-anak beliau yang banyak berdamping dengan gulungan rakyat jelata akan berani menyuarakan pendapat peribadi mereka sebagai mewakili suara rakyat dalam menegur atau mengkritik dasar serta pentadbiran jentera kerajaan. Selaku anak kepada bekas Perdana Menteri, sudah semestinya pengalaman dan penghidupan mereka selama ini banyak menyimpan perbagai rahsia dan isu bersama mereka.

Semoga dengan cara ini sedikit sebanyak dosa serta sedikit kesilapan dan kesalahan yang dilakukan bapa mereka semasa menjadi Perdana Menteri dulu akan tertebus dan tidak diikuti atau menjadi kesinambungan corak pemerintahan Perdana Menteri sekarang dan akan datang.

Sesungguhnya pengalaman lalu hendaklah dijadikan panduan dan cara yang lalu tidak semestinya sesuai untuk masakini dan akan datang.

Tuesday, June 28, 2011

Bila laaaaa nak berubah!

Semalam saya berkesempatan menghaziri satu majlis peresmian oleh seorang YB parti Pemerintah.

Seperti biasa mereka ini akan datang sebagai VIP dan disambut dengan penuh hormat dan seterusnya akan memberikan ucapan berapai-rapi. Apa yang dicakapkannya ialah sejarah lampau dan apa yang telah kerajaan mereka buat kepada rakyat ini sejak dulu.

Apa yang rakyat kehendak dan apa perancangan kerajaan untuk faedah seterusnya kepada rakyat dimasa depan mereka tidak sebut. Malah selalunya VIP atau YB yang datang langsung jarang mahu mengadakan perjumpaan secara terbuka dengan mesyarakat setempat untuk mengambil tahu permasalahan atau kehendak mereka disitu. Inilah masalahnya yang timbul perasaan tidak puas hati dikalangan gulungan rakyat marhaen sekelian.

YB dan Pemimpin suka sangat nak bercakap dari suka mahu mendengar permintaan atau suara rakyat.



Pada pengamatan saya, cara YB dan pemimpin-pemimpin ini datang dan disambut sebagai VIP dan kemudian ke tempat berucap dengan dihadapannya duduk manusia-manusia yang "dipaksa" mendengar adalah tidak bersesuaian saamasekali pada zaman ini.

Adalah lebih baik para pemimpin-pemimpin kerajaan atau parti pemerintah ini datang dengan membawa ketua-ketua Jabatan yang berkaitan dan mengadakan sesei perjumpaan dua hala berbentuk dailog dengan penduduk setempat atau kumpulan sasar yang tertentu.

Dengan cara begini Insyaallah semua masalah akan selesai denganm cepat dan berkesan dan rakyat akan berpeluang mengzahirkan apa yang terbuku dihati masing-masing.

@Ketua Jabatan kerajaan selalunya akan takut dan gentar kalau menerima surat permohonan rakyat untuk "Berdailog". Kenapa? sebab banyak kerja mereka tertangguh!

Saturday, June 25, 2011

Rumah "Hantu"


Beginilah keadaan Quaters guru yang dibina dengan peruntukkan beratus-ratus juta ringgit untuk kemudahan para guru diseluruh negara.

Biasalah, setelah rumah siap baru pahat berbunyi. Dengar kata banyak quaters ini telah jadi "Rumah Hantu" kerana kurangnya sambutan guru-guru dan kakitangan dari Kementerian berkenaan untuk mendiaminya.

Buat apa nak duduk quaters kalau dah ada rumah sendiri, lagipun elaun perumahan yang dibayar kerajaan juga agak lumayan dan dengar berita nak tambah lagi. kalau tinggal di Quaters bukan sahaja elaun dipotong, kena bayar lagi lain-lain bayaran dan yuran agaknya.

Kalau susah-susah sangat sewa aje kat mana-mana kakitangan jabatan kerajaan lai dan swasta atau serahkan saja kepada pehak korporat menguruskannya.

Janganlah biar bangunan yang cantik tersergam itu menjadi "Gajah Putih" yang akan menjadi modal pembangkang menjajanya pada PRU 13 nanti.

Buat hotel bajet atau homestay bagus tuuuuuuuu

Monday, June 20, 2011

Lelaki dan wanita berkongsi bilik hotel

Persatuan Pemandu pelancong Wanita Malaysia (MWTGA)mendakwa adalah perkara biasa dalam Industeri Pelancongan bila seseorang pemandu pelancong wanita terpaksa berkongsi bilik hotel bersama pemandu bas pelancong lelaki.

Masyaallah,boleh dia kata ini perkara biasa.Agak-agaknya dah berapa lama perkara ini berlaku di negara kita yang dikatakan kuat pegangan agama Islam.
Patutlah teman ana, menyatakan suka benor bekerja sebagai pemandu Bas Pelancongan. Bukan sahaja dikatakan memperolehi "tip" dari pelancong malah tidornya juga berteman rupanya.

kepada yang berkenaan,jangan salahkan orang lain,tepuk kepala pikirlah sama.

Friday, May 20, 2011

Panggilan "Yang Berhormat" buat mereka lupa diri


"Dengarlah dan cari jalan untuk menyelesaikan masalah rakyat". Ini adalah amanat Tan Sri Muhyidin Yassin kepada semua pemimpin-peminpin Barisan Nasional sebagai senjata untuk menghadapi piliharaya umum ke-13 kelak.

Sebenarnya inilah tugas hakiki Wakil Rakyat yang dipilih pada setiap kali pilihanraya dan seterusnya menjadi impian kepada keseluruhan rakyat marhaen.

Umum diketahui selalunya selepas sahaja selesai pilihanraya, keadaan akan terjadi sebaliknya dan tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat apatah lagi selalunya janji akan tinggal janji.

Setelah selesai pilihanraya dan mendapat gelaran "Yang berhormat" keadaan dan prilaku mereka yang terpilih kadang-kadang bertukar 360% dari sifat dan keadaan seperti yang kita kenali semasa sebelum pilihanraya.

Selepas pilihanraya "YB" ini akan datang ke kampong-kampong berjumpa rakyat didalam majlis-majlis tertentu bersama orang-orang besar lain dan mulalah mereka mencanangkan itu dan ini terutamanya apa yang telah dan akan kerajaan laksanakan yang semuanya besar-besar dan hebat-hebat belaka.

Kadang-kadang apa yang dicakapkan itu langsung tiada kaitan dan berkepentingan dengan rakyat setempat, dengan lain perkataan "Rakyat mahu benda lain, yang kerajaan dok bagi benda lain".

Bersesuaian dengan pesanan Timbalan Perdana Menteri berkenaan kepada semua pemimpin BN yang mesti mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat tersebut, adalah wajar panggilan "Yang Berhormat" untuk semua ADUN dan MP itu ditukarkan kepada panggilan asal zaman dahulu kala (1960-70an) iaitu "Wakil Rakyat".

Mungkin dengan panggilan ini, semua ADUN dan MP akan sedar bahawa mereka semua diundi dan dipilih oleh rakyat serta tugas hakiki mereka adalah memperjuangkan permasalah rakyat dan menyuarakan kehendak rakyat kepada pehak atasan yakni kerajaan yang memerintah.

Apa tunggu lagi, esok mula kita panggil mereka dengan panggilan baru "Wakil Rakyat" @ "Tok Wakil".........kot baru depa mau sedaq sikit.

Wednesday, May 18, 2011

Hadiah Hari Guru yang disalahertikan...


Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Biasalah, selalunya pahat akan selalu berbunyi setelah rumah siap dibina. Apa-apa pun kita tunggu surat pekeliling yang sah dan lengkap mengenai kenaikkan gaji itu sebelum kita perdebatkan.

Apa yang nyata, hadiah tersebut lebih merupakan kepada pengstrukturan semula perjawatan dan kedudukan gred gaji terhadap jawatan-jawatan tertentu didalam perkhidmatan perguruan terutama yang melibatkan Pentadbiran sekolah dan guru.

Biasalah, yang dapat pangkat akan tersenyum lebar, manakala yang tertinggal akan merasa ditindas dan dipinggirkan. Apa tidaknya kalau dah 5 tahun gaji dah mati dan tidak merasa apa-apa kenaikan pangkat serta gajinya. Disebalik itu terdapat pulak rakan-rakan juniornya dan ketua-ketua atasan melompat-lompat naik gred gaji serta pangkatnya.

Tuesday, May 17, 2011

YB Hj Hashim Jasin terima anugerah dari DYMM Tuanku Raja Perlis



Tahniah kepada YB Tuan Hj Hashim Jasin ADUN Sanglang yang dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) sempena sambutan hari ulang tahun ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis.

Ini merupakan fenomena yang menarik kerana walaupun YB Hj.Hashim Jasin adalah merupakan ADUN Pembangkang di negeri berkenaan, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan untuk menganugerahkan darjah berkenaan berdasarkan penglibatan dan jasa beliau terhadap masyarakat dan politik tanahair selama ini.

Inilah yang kita kehendaki sesuai dengan zaman globalisasi masakini dimana perbezaan fahaman politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat negara kita.

Biarlah perbezaan fahaman dan keahlian parti politik itu dilihat hanya sebagai alat untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya sepertimana mengikut amalan demokrasi.

Dan sebagai rakyat, tidak kira dari parti mana sekalipun kita semua adalah sama dan berhak untuk mendapat apajua yang disalurkan oleh kerajaan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Saturday, May 14, 2011

Bila Melayu nak membela Islam.



Perkasa ugut jihad jika Kristian teruskan agenda rampas status Islam
TERKINI @ 09:37:08 AM 15-05-2011
Oleh Clara Chooi
May 15, 2011 Malaysia Insider

Patutlaaaa susah nak ceritakan hal Islam kepada pemegang Agama dan Bangsa lain selain Melayu di Malaysia ni. Asal dengar saja kebangkitan Agama lain, mulalah semangat naik menggila. Tapi bila seruan azan berkumandang dari Mesjid dan surau, buat2 pekak aje macam tak paham apa2 makna pun.

Wednesday, May 4, 2011

Bila "sumpah Laknat" digunapakai oleh pemerintah.


Alangkah senangnya semua urusan pentadbiran negara kita bila "Sumpah Laknat" alaf baru ini diterimapakai dan diiktiraf oleh semua pehak terutama pemerintah negara kita Malaysia tercinta ini.

Semua bakal Pak Menteri dan Perdana Menteri akan dikehendaki melalui acara angkat sumpah ini bagi mengelakkan mereka menyalahgunakan kuasa dan harta kerajaan waima memberikan projek serta tender kerajaan kepada saudaramara dan sahabat handai.

Semua pesalah atau suspek jenayah juga akan dikenakan tindakan yang serupa bagi mengelakkan kes-kes tertangguh begitu lama di mahkamah.

Alhamdulillah, nampaknya ini satu kemajuan kearah perlaksanaan hukum hudud dinegara ini oleh pemerintah kita masakini.

Yang susahnya nanti ialah bila kita semua dikehendaki "sumpah Laknat" oleh para isteri kita bila kita lewat pulang atau kembali dari outstation kelak!hahahah beranikah anda semua bersumpah nanti didepan isteri masing-masing ?

Thursday, April 21, 2011

Datuk Seri Shahidan Kassim sedia tempur.


YB ADUN Guar Sanji Sdr Jefri nampak berbincang sesuatu dengan bekas bossnya mantan Menteri Besar Perlis Dato Seri Shahidan Kassim di suatu majlis di Mesjid ALwi Kangar.

Datuk Seri Shahidan ADUN Tambun Tulang yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Arau dikatakan telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa dan timbul desas desus beberapa nama telah pun disenaraikan beliau untuk dicalunkan bertanding bagi 5 DUN dan 1MP didalam kawasan Parlimen Arau yang diketuai beliau.

Beberapa nama yang terdiri dari muka baru juga telah dikaitkan untuk merampas semula DUN Sanglang dan Simpang Empat yang kini dikuasai PAS kebetulan terletak didalam Parlimen Arau.

Bolehkah missi Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan YAB Dr.Mat Isa MB perlis kini merealisasikan impian ini. Ini banyak bergantung kepada siapakah calun-calun yang akan bertanding pada PRU 13 kelak.

Wednesday, April 20, 2011

1Malaysia E Mail Untung Syarikat bukan Rakyat !



@NajibRazak Mohd Najib Tun Razak
Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary.
21 hours ago via TweetDeck
Retweeted by Jaishana and others

Dalam kita sibuk untuk berjimat dan berusaha mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi menampong kos sara hidup, PM kita muncul dengan idea baru untk memberi percuma E Mail kepada kita semua.

Setahu ana, semua yang ada kemudahan komputer dan akses internet sudah pasti mempunyai lebih dari satu akaun e-mail termasuk ana yang mempunyai 3 akaun e-mail berbeza.Semua ini diperolehi secara percuma pun. Dan ana percaya bagi mereka yang tidak ada mempunyai sebarang akaun e-mail itu adalah terdiri dari mereka-mereka yang tinggal di luar bandar dan gulungan yang tidak mampu untuk memiliki komputer apatah lagi untuk melangan akses internet yang melibatkan kos diantara Rm38-RM120 sebulan.

Apa tujuannya wallahualam, tapi pada pandangan ana selaku rakyat jelata, kebanyakkan projek kerajaan yang kononnya untuk kesejahteraan rakyat boleh diumpamakan seperti kata pepatah; " Depa dapat isi(Syarikat)kita dapat kuah(Rakyat)"

Sudah lama sebenarnya rakyat semua melihat perkara sebegini terjadi. Semua projek kerajaan seolah-olah sepertiserampang dua mata; "Ada udang disebalik mee" . Semuanya dimanipulasi oleh syarikat-syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan mudah dengan bersandarkan kepada projek untuk rakyat.

Banyak lagi usaha atau projek yang boleh dilaksanakan untuk kepentingan rakyat secara langsung. Diharap para penasihat ekonomi dan kewangan kepada YAB Perdana Menteri kita lebih bijak memilih dan melihat akan kehendak rakyat yang sebenar-benarnya.

Sunday, April 17, 2011

Benarkah Media Internet menggugat parti pemerintah?



'Demokrasi terbuka, media internet sukarkan kemenangan'
Apr 17, 11 12:57pm dari Malaysia Kini
Kongsi 189
Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Dan satu lagi sebabnya ialah rakyat kini adalah terdiri dari generasi baru yang mempunyai tahap kelulusan dan pengetahuan yang tinggi mengenai sosial,agama, ekonomi serta politik dunia serta negara khusunya.

Gulungan ini sebenarnya tidak mementingkan kekuatan parti politik tapi mereka lebih gemar memerhati dan melihat kepada dasar dan polisi kerajaan yang memerintah. Mana-mana parti politik yang memerintah negara perlu memihak dan bertindak menguntungkan rakyat dan mendengar suara rakyat. Inilah yang dikehendaki rakyat generasi baru.

Mereka ingin mendengar suarahati mereka dilaungkan di dewan Parlimen yang mulia oleh wakil-wakil rakyat mereka. Mereka bukan mahu wakil-wakil rakyat yang kerjanya hanya melemahkan pehak party lawan dan hanya bertindak memperkuatkan kedudukannya untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan peribadinya.

Kepada ADUN dan MP yang ada bertindaklah menjadi Wakil kepada Rakyat dan jangan jadi Pegawai Kerajaan.Itulah surahati saya.

Monday, April 11, 2011

Jam Omega


Untung Syarikat jam Omega dapat liputan iklan free kat akhbar-akhbar dan rancangan TV. Sekarang semua mamat-mamat kat kampong aku p siam untuk mendapatkan Jam Omega dengan harga yang berpatutan.
Aku pun turut terpengaruh juga sebab sejak kebelakangan ni asyik dok dengar jenama jam itu aje hari-hari. Jam Rado yang aku pakai ni pun dah agak lama sangat dan rasa-rasanya dah tiba masanya aku beli jam yang baru. Jadi hampa tunggu apa lagi ! Jom kita p cari Jam Omega .

Saturday, April 9, 2011

RASUAH perkataan yang tidak menakutkan..................


Dengar perkataan RASUAH pun dah tak berapa nak gentar atau takut. Apatah lagi perbuatan ini pulak boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua pehak iaitu penerima dan pemberi. Itulah pasainya masalah RASUAH ini tak boleh dihapuskan sejak dari dulu lagi seperti juga masalah PELACURAN.

Aku rasa mula-mula sekali dewan bahasa kena cari istilah baru untuk menggantikan perkataan RASUAH ini agar ianya nampak lebih jijik dan menakutkan seperti BUNUH. Apanamanya aku pun tak berapa tau. Mungkin PENIPU, SONGLAP, SOGOK atau apa saja yang biar ganas sikit bunyinya.

Selain dari itu, penjawat-penjawat awam lain yang mengetahui akan jalan dan punca kerja penipuan ini hendaklah berani tampil kehadapan untuk bekerjasama dengan melaporkan kes ini dengan ikhlas kepada pehak berkuasa.

Apa-apa pun masalah ini sememangnya telah menjadi darah daging atau amalan hidup manusia masakini. Hanya nilai dan bentuknya sahaja yang berbeza. Bermula dengan makan-makan, karaoke, main golf, sponsor hadiah hari keluarga dan sukan serta pembelian meja malam amal, angpau hari raya China dan Melayu dan perbagai bentuk yang dibuat secara resmi oleh kebanyakan Jabatan Kerajaan sejak lama dulu; Sebenarnya semua ini lebih kurang SOGOKKAN juga sebab semua penyumbang itu memberi kerana mereka ada mempunyai hubungan intim perniagaan dengan Jabatan Kerajaan berkenaan.

Bila sudah jemu..................


Masa bercinta dulu bukan main baik lagi tingkahlakunya. Apa pasangan suruh semua diikutnya. Betullah kata orang, berkahwen ni serupa beli kereta juga. Masa baru-baru dapat kereta tu,bukan main sayang lagi kepadanya. Dikilatnya siang malam dan setengah tu, siap dibungkuskan lagi dengan kain disebelah malamnya.

Setelah beberapa lama selalunya selepas 3 tahun, mulalah terasa jemu. Ada saja alasan dicari untuk menukar kereta baru. Begitulah dengan perkahwinan dihari ini. Majlis kahwin dilakukan dengan meriah sekali bagai menyambut seorang "Raja". Beribu-ribu ringgit malah ratusan ribu dihabiskan untuk memeriahkan majlis berkenaan.

Kes diatas boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada kita semua. Mengapa terjadi dan siapa bersalah wallahualam. Namun apa yang mesti kita ingat bahawa apa jua yang berlaku itu adalah ujian kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Tapi apa jua kelemahan dan keburukan yang berlaku itu adalah disebabkan perbuatan dan kesalahan yang dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri.

Wednesday, April 6, 2011

Belum siasat dah mati................

Customs officer in graft probe falls to death at MACC building

KUALA LUMPUR: A Customs officer under probe for graft involving unpaid taxes is believed to have fallen to his death from the 3rd Floor of the MACC Building in Jalan Cochrane here on Wednesday morning.

The remains of the officer, who had been released on bail two days ago, was found at 10.15am.

It is learnt that the officer had returned to the MACC office on Wednesday to meet the investigation officer.

MACC director of investigations Datuk Mustafar Ali, who confirmed the incident, said the investigation officer had told the Customs officer to wait and went to collect the case file.

"When he came back, he found the Customs officer missing," he added.

MACC is scheduled to hold a press conference on the incident Wednesday afternoon. -thest

Selalunya kita dok tengok cerita TV akan kisah-kisah tragik begini. Nampaknya adegan ini kini semakin menjadi-jadi didalam kehidupan nyata kita di Malaysia kini.

Seperti biasa, polis akan menyiasat segera kes ini dan hasilnya wallahualam. Apakah keadaan sebenar peristiwa ini terjawab selepas selesai siasatan ini. Hanya yang berkenaan sahaja yang mengetahuinya.

Selepas ini sesiapa yang dipanggil SPRM untuk disoal siasat hendaklah dibenarkan membawa teman atau pengawalnya sendiri.

Monday, April 4, 2011

Penemuan baru ubat herba


Boleh percaya ke? Akhbar tabloid perdana hari ini melaporkan buah ini kini menjadi buruan orang kita terutama yang mempunyai masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Nak tau betul atau tidak, kena cubalah dulu. Wallahualam.

Wednesday, March 30, 2011

Kisah Video Sex makin bertmbah sirinya..........


5 SOALAN MAUT UNTUK ANWAR ?
1) sejak 2 tahun lepas apa kamu buat di thailand ?
2) dengan siapa kamu pergi ke sana ?
3) apa aktiviti kamu selepas pertemuan dengan orang kenamaan ?
4) hotel mana kamu menginap ?
5) siapa yang membiayai segala 'KOS' kamu?

Ini lima soalan yang dikemukan oleh Datok SK yang mendakwa begitu intim berkawan dengan Bang Anwar.Di petik dari Blog anti PKR

Tuuuu la lain kali pilih sikit orangnya kalau nak berkawan.Jangan pakai hentam saja. Mentang-mentang depa semua tu kaya dan berpangkat kita pun main percaya dan terpengaruh dengan lenggok dan baiknya.

Semua orang sekarang berkawan ada makna dan tujuan.Susah nak dapat kawan yang betul-betul berkawan kerana Allah swt semata-mata. Jadi nasihat ana kepada pemimpin dan bakal pemimpin-pemimpin negara, berhati-hatilah memilih kawan dan khadam untuk membantu perjuagan anta. Jangan biar kawan makan kawan.

Thursday, March 24, 2011

Manusia paling popular di Malaysia kini.


Wajah ini aku kategorikan sebagai paling popular sekali di Malaysia sejak dulu lagi. Bermula zaman dia remaja dan bergerak dalam pergerakkan belia sehinggalah menjadi orang no.2 negara dan kini setelah keluar dari penjara, wajah dan nama beliau tetap menjadi igauaan dan sebutan ramai manusia pada tiap saat, minit, jam, hari malah sediakala.

Tak kiralah penyokong atau penentangnya, yang pasti hampir setiap waktu semua rakyat Malaysia seolah-olah dipaksa untuk menyebut dan mengetahui perkembangannya. Kemana saja kita pergi dan berada di bumi Malaysia ini, kita tidak boleh mengelak dari melihat dan mendengar mengenai dirinya.

Apa hikmahnya wallahualam,Allah Maha mengetahui dan Maha berkuasa dan dia yang menentukan segalanya.Segala puji bagi Allah, atas segala keadaan.

Hebat depa nie..........



Tak semena-mena timbul dua nama keramat yang menambahkan lagi ribut dalam negara yang kita cintai selama ini.

Dua nama yang rakyat pun dah tak berapa nak ingat lagi ini telah menggemparkan bukan sahaja politik negara tetapi telah memulakan teknik terbaru untuk menjatuhkan lawan masing-masing.

lihatlah wajah mereka, sekurang-kurangnya kita dapat menilai sendiri sejauhmanakah keikhlasan mereka ini dalam menjaga kepentingan negara dan rakyat marhaen seperti kita ini.

Kepada pembesar dan tokoh-tokoh negarawan sekelian yang bergelar Datuk, Datuk Seri,Tan Sri dan berbagai-bagai gelaran lagi, berbuatlah kebaikkan dan perbuatan yang diredhai oleh Allah SWT. Gunakanlah kuasa dan kekayaan yang ada itu untuk jalan Allah dan ingatlah, setiap apa yang dilakukan kita di dunia ini pasti akan mendapat balasan samada di dunia atau pun di akhirat.

Monday, March 7, 2011

Selamat hari WANITA


Selamat menyambut Hari WANITA. Tidak dinafikan penglibatan kaum wanita hari ini amat membanggakan.

Semua mengetahui kaum WANITA kini sudah maju dan hampir menyaingi kaum Lelaki dalam semua lapangan. Lihatlah dimana saja situasi dan lokasinya, kita akan dapati seolah-olah kaum WANITA sudah melebihi bilangannya dari kaum lelaki.

Namun harus diingat, semua kita manusia sebenarnya adalah sama, yang membezakan kita hanyalah kepandaian dan kelebihan masing-masing. Setiap makhluk dijadikan Allah SWT.mempunyai kelebihan yang tersendiri. Terpulanglah kepada kita menjanakannya.

sesungguhnya kita ini dijadikan oleh Allah swt dan kepadaNya jua kita akan kembali nanti.

Apa dah jadi........................



Bergaduh,buli,ponteng sekolah dan merusuh kini mula menjadi perkara biasa dikalangan pelajar sekolah dewasa ini.

Perkara ini semakin hari semakin menjadi kerana mungkin pelajar-pelajar ini merasakan ianya bukan kesalahan besar dan mereka selalunya tiada dipersalahkan. Ramai sangat yang menjadi pembela menjadikan mereka "besar kepala".

Dimanakah silapnya semua ini, dan apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kita semua untuk membendung perkara ini. Kita tidak mahu sekolah suatu hari nanti menjadi tempat yang tidak selamat untuk anak-anak kita yang ingin mencari ilmu.

sesuatu perlu dilakukan walaupun terpaksa merombak keseluruhan dasar pelajaran yang sedia ada agar keadaan tidak menjadi lebih buruk lagi.