Powered By Blogger

Wednesday, November 26, 2014

Ini pandangan sebenar......

Ana memang salah seorang pengikut setia yang selalu membaca The Scribe A Kadir Jasin. Ini adalah kerana ana beranggapan pandangan dari beliau adalah merupakan pandangan yang bebas dari unsuru-unsur mengampu dan mempunyai agenda tersembunyi disebalik tulisannya. Lagipun dia kini orang pencen dan tidak ada apa-apa jawatan penting dalam Kerajaan.....orang bebas macam ana laaaa.

Pandangan bebas inilah yang kita mahu walaupun pahit, kritikan dan teguran sebenarnya diperlukan agar semua dapat menilai dan mentaksirkannya. Yang baik tak perlu dipuji kerana semua yang Kerajaan buat dan datang dari atas baik-baik belaka. Yang tak baik dan tak eloknya adalah jalannya atau orang yang melaksanankannya.

Ini salah satu petikan dari tulisan  dalam The Scribe A kadir Jasin 25 Nov.2014 semasa beliau di tanya oleh setesen TV Singapura mengenai kemampuan Umno untukberubah dan seterusnya  menyaingi PR?
Ini katanya:

 Siang tadi saya ditanya oleh sebuah stesen TV Singapura apakah mampu Umno berubah menjadi lebih muda bagi menyaingi PR? Saya kata mesti, tetapi susah atau mustahil.

2. Saya kata, saya kurang yakin dasar dan rancangan pendaftaran terus ahli, khususnya belia akan berkesan, kalau Umno terus dipimpin oleh kepemimpinan tua, letih dan tercemar. Orang muda mahu bukti perubahan. Bukan cakap kosong saja.

3. Mohd Najib berkokok mengenai transformasi, tapi di mulut saja. Buktinya dialog antara beliau dengan Noh Omar. Kalau kepemimpinan negeri yang kecundang pun tak diganti, bagaimana kita boleh mengharapkan perubahan.

4. Muhyiddin pun omong kosong saja kalau tak bertindak dan Ahmad Zahid berpotensi ketinggalan kapal kalau tak berani turun ke bawah untuk gerakkan perubahan. "You will not be the DPM if Muhyiddin decides to (eventually) throw in the towel."

5. Saya katakan mustahil Mohd Najib akan berhenti atau diberhentikan macam Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mustahil menyekat Tun Dr Mahathir daripada terus mengkritik.

6. Kritikan Dr Mahathir tidak akan mengubah Mohd Najib tetapi boleh mengubah sokongan orang Melayu, khususnya generasi muda, terhadap Umno/BN dalam PRU akan datang. Mohd Najib tak kalah tetapi Umno-BN kecundang.

7. Pembahas msh pula, antara lain, berkata: “Sy cuma berharap agar proses untuk gantikan Presiden Umno ini dilancarkan 'ASAP' sebelum sy pengsan atau anak2 cucu sy kelak mati dgn mata tercelik.”

8. Sebenarnya beban apa yang Mohd Najib lakukan, seperti 1MDB, sudah pun cukup untuk membuatkan sdr pengsan dan anak cucu sdr mati dengan mata terbeliak. Siapa pun ambil alih, termasuk Pakatan Rakyat, rakyat jelata akan tetap beban hutang 1MDB yang berpuluh berbilion ringgit itu kalau ia muflis. 1MBD sudah terlalu besar untuk boleh dibiarkan gagal. Natijahnya kita kena keluarkan duit supaya 1MDB tak gagal.

9. Tetapi adakah pembahas dan perwakilan berani sentuh hal ini dalam persidangan?

10. Atau adakah feudalisme Umno sudah sampai ke tahap di mana peranan ahli dan perwalikan bukan lagi "to ask why, but to do and die"?

Wallahuaklam.

dari The Scribe A Kadir Jasin

Tuesday, August 26, 2014

Hajat tak sampai......

Hasrat untuk melihat wanita pertama sebagai MB di dalam lipatan sejarah politik Malaysia berkecai kini. Dimana silapnya.....?
Adakah kerana larangan Agama, Undang-Undang, manusia atau kerana salah Anwar Ibrahim lagi.

Titah Kebawah DYMM Sultan Selangor yang berkehendakan PR menghantar lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan dilantik sebagai MB Selangor bagi menggantikan TSKI menipiskan peluang dan hajat tersebut.

Semuanya perlu bersabar dan redha menerima keputusan berkenaan, kerana Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah SWT yang menentukan segala sesuatu dan berdoalah agar mereka-mereka yang berkuasa menentukan kedudukan ini diberi hidayah dan petunjuk agar keadilan dan keputusan yang terbaik dapat dicapai. Amin.

Friday, August 15, 2014

Inilah Rupa Pakatan Yang Tidak Sepakatan

Pakatan Rakyat boleh di ibarat menghisap rokok, sedap dan mengasyikkan pada awal permulaannya. Tapi apabila telah selesai dan tiada lagi berapi dan berasap, akan dibuang dan dilenyek-lenyekan oleh sipenghisap itu sendiri.



Krisis MB Selangor telah memperlihatkan  kepada kita semua kekuatan dan kedudukan sebenar PAKATAN RAKYAT  selepas PRU13berlalu.

Sekali lagi kelemahan dan kesilapan komponen party dalam Pakatan itu sendiri yang menyebabkan krisis ini berpenjangan dan terus melarat kepada isu pemecatan keahlian Khalid Ibrahim dan seterusnya melucutkan kedudukanya sebagai MB Selangor.

Isu penggantian MB Selangor ini telah menampakkan ketidaksepakatan diantara PAS dan PKR. Isu ini telah nampak seolah-olah tiada kesafahaman dan kurangnya pakatan yang kukuh dalam penentuan keputusan ini. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan Pakatan nampak rapuh dan tidak kuat sejak dari dulu lagi.

Tidak seperti Barisan Nasional, apa saja kata Ketua mereka terutama dari mulut Datuk Seri Najib akan diakur dan dipatuhi tampa sebarang bantahan. Inilah kelebihan dan kekuatan Pakatan dalam Barisan Nasional yang dibina sejak lebih 50 tahun lalu yang menjadi tunjang kekuatan mereka kekal memerintah negara ini.

Barisan Nasional walaupun tidak lekang dari masalah dan krisis samada dalaman dan luaran, tetap boleh bersenada dan sependapat. Ini berbeza dari Pakatan Rakyat yang nampak sahaja bagai tidor bersama dan sebantal  tetapi sebenarnya mereka mempunyai masing-masing mimpi indah mereka sendiri.

Memang tidak dinafikan, PAS agak sukar dan tidak begitu mengizinkan mereka untuk mematuhi dan mengikuti nada dan irama dari selain yang berlandaskan Islam apatah lagi untuk mengikut lagu dan irama yang dialun PKR dan DAP

Percayalah,Pakatan hanya boleh bersama menentang BN tapi dalam masa yang sama mereka tidak akan boleh dan mampu untuk bersama menjayakan missi Pakatan yang terdiri dari perbagai kumpulan manusia yang mempunyai perbagai citarasa.

Selagi PAS yang mendakwa sebuah party yang berlandaskan  Islam tidak mempunyai ketua atau pemimpin yang mencontohi sepenuhnya gaya pimpinan nabi Muhamad SAW, selagi itulah mereka tidak akan dapat mengadakan pakatan dengan sebaiknya dengan mana-mana kumpulan atau boleh bersama dengan pihak-pihak yang tidak sealiran denganya.

Kesimpulannya, jalan ke Putrajaya nampaknya semakin jauh dan sukar untuk dituju, dan yang kekal nanti hanyalah Pakatan Pembangkang yang kuat bersemangat dan bersuara dimeja-meja bulat dan sudut sebagai modal menghangat bual bicara. Wallahualam

Monday, June 9, 2014

Friday, May 30, 2014

Dyna Vs Mah di PRK P76 Teluk Intan

Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Gambar fail The Malaysian Insider.
gambar dari wargamarhaen.blogspot.com


Hari ini pengundi Teluk Intan akan mengundi untuk PRK P76. Sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah antara kedua calon ini yang menjadi pilihan kepada pengundi-pengundi P76 Teluk Intan ke;ak.

Adakah mereka mencari seorang wakil kepada rakyat khususnya untuk Teluk Intan atau mereka memilih seorang Menteri yang akan bersama PM sebagai kerajaan yang memerintah kini.

Harap-harap umpan PM Najib yang awal-awal lagi mengistiharkan jawatan Menteri kepada calonnya yang juga Pereseden Gerakan akan mengena dan sebaliknya akan terjadi sebaliknya jika bukan itu yang menjadi kemahuan pengundi dan rakyat khussusnya masa kini.

Rakyat terutama pengundi kini sebenarnya mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang sebenar-benarnya memperjuangkan hak dan kesejaateraan rakyat. Mereka mahu suara rakyat didengar dan diambil peduli oleh wakil-wakil rakyat yang mereka pilih.

Sama-sama kita tunggu apakah kesudahannya pertarungan Dyana Sofya Vs Mah di Prk P76 malam nanti.InsyaAllah.

Monday, April 28, 2014

Azlan Man mula mengamuk di Perlis

Kalau orang besar atau Pak Menteri rajin turun padang, memang akan jumpa nanti keadaan begini. Apatah lagi kalau lawatan tersebut dibuat secara mengejut atau bukan atas tajuk lawatan resmi.

Sebenarnya banyak perkara-perkara seperti diatas berlaku diluar sana yang kadang- kadang dibiar berlarutan bertahun-tahun dengan seribu alasan.









Wednesday, April 9, 2014

Kedai kopi moden

Seronok tengok orang berniaga kedai kopi sekarang. Semua pakai mesin dan nama minuman dan makanan pun glamour. Towkey boleh relax dan boleh lepas tangan kepada pekerja yang memang terlatih dan cekap.

Yang hebatnya kita sebagai pelangan kena layan diri termasuk berbaris untukbuat pesanan dan mengangkat sendiri makanan dan minuman ke meja pilihan. Ini menjimatkan masa dan dapat mengetasi masalah kekurangan pekerja. Untung sekali, kerana harganya pulak betlipat ganda dari harga kedai kopi niasa.

Jom apa tunggu lagi, kita "TUKAR" kedai kopi lama kepada kedai kopi moden begini pulak.








Thursday, March 20, 2014

Penemuan object terbaru yang dinanti semua.......

Ini object terbaru yang ditemui berselerak dimerata tempat di lokasi N25

Objek ini kini sedang diperhatikan dan mula digeruni sesetengah pehak di PRK N25. Objek ini dljangka akan merungkai segala persoalannya pada 23 Mac nanti InsyaAllah.

Wednesday, February 5, 2014

Bermulalah bulan Pesta Melawat Kajang N25


Semalam telah diumumkan SPR tarikh penamaan calon PRK bagi Kawasan DUN N25 Kajang iaitu pada 11 Mac nanti manakala 23 Mac ialah tarikh pengundian bagi 39278 pengundi-pengundi yang berdaftar sehihgga kini.

Bagai pengumuman tarikh melihat anak bulan sebagai bermula Ramadhan dan tarikh sambutan Hari Raya, pengumuman ini sangat-sangat dinantikan oleh mereka-mereka yang terlibat dan berkepentingan.

Penduduk-penduduk Kajang terutama dikalangan pemain party politik serta peniaga turut menyambut gembira kedatangan bulan PRK ini kerana selalunya rezeki mencurah-curah turun sepanjang bulan bermula hari diumumkan tarikh penamaan calon sehinggalah selesai hari mengundi nanti.

Lazimnya kedatangan orang ramai ke kawasan PRK akan berlipat ganda sepanjang bulan diadakan PRK. Ini memberi peluang kepada penjanaan ekonomi kepada peniaga-peniaga tempatan dalam semua sektor samada peruncitan, perkhidmatan dan selainnya. Pendudu tempatan terutama pengundi juga akan turut menikmati untungnya bilamana banyak bantuan berbentuk kewangan dan peruntukan projek pembangunan akan disalurkan kerjaan ke kawasan ini.

Dan yang paling seronok sekali tentulah kroni-kroni dan orang kuat party yang bertanding yang akan sibuk kehulu-hilir sepanjang bulan ini dengan kantung penuh dengan bajet yang kadang-kadang mungkin lebih banyak dari RM1.6 juta yang diguna SPR untuk menjayakan PRK N25 Kajang.




















Tuesday, January 28, 2014

Kalau DSAI jadi MB Selangor........


Sudah terang lagi bersuluh. Ternyata percaturan kalini amat menarik sekali. Kali ini pasti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengepalai sebuah negeri yg makmur dan maju iaitu Selangor selepas PRK DUN Kajang kelak Insya'Allah.

Ternyata siapa pun tidak boleh mempertikaikan kemampuan DSAI yg berusia 66 tahun itu untuk setakat menjadi seorang MB sedangkan selama ini majoriti rakyat telah yakin berkehendakkan beliau untuk memimpin negara ini sebelumnya.

Ayuh kita tunggu dan lihat perkembangan menarik ini. Sekali lagi kini semua mata termasuk pemerhati politik dunia telah beralih fokus kepada DSAI dan sabar menanti saat dan ketika beliau mengangkat sumpah menjadi MB Selangor nanti.

Politik, sandiwara dunia yang tiada akhirannya.












Sunday, January 5, 2014

Semua cerita pasai BN, naik cemuih lapulakkkkk

Dua tiga hari ini semua dok cerita pasai BN. Bukan depa sokong BN tapi dok sembang sana sini pasai semua harga BARANG NAIK maaaaaa.

Di kedai kopi, surau, pejabat, laman sosial dan semua orang dok merungut pasai semua harga barang mahal dan peniaga mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah. Kata mereka laaaaaa, betul ke salah belum tentu sebab semuanya merungut tampa fakta dan rekod rasanya.
 
Pak menteri kata tuuu Kedai Rakyat 1Malaysia ada. Murah-murah apa harga barangan kat situ.

 

Yang pasti ana rasa semua tu kerana  masing-masing kini tidak cukup wang atau jumlah perbelanjaan kian meningkat kerana ramai antara kita sekarang tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah. Haaahahaaa  berbelanja melebihi dari  apa yang kita perolehi.

Mengapa ana berkata demikian, kerana kalau ke pasar malam,pekan sehari dan market serta kedai-kedai makan, penuh sesak jeeeerr dengan manusi berbelanja. Telefon Chalet dan hotel di Langkawi untuk bercuti, semua penuh jeeeer untuk bulan ini. Banyak pulak duit mereka ini sebab mampu membeli belah dan bercuti.

Sebenarnya sejak dari dulu lagi, siapa pun tidak dapat menghalang akan kenaikan harga barang ini. Buatlah apa pun undang-undang dan akta serta egensi kerajaan banyak mana pun. Harga barangan terpasa naik setiap masa bergantung kepada pasaran serta permintaan dan penawaran. Terpulang kepada kitalah untuk pandai memilih serta mendapatkan barangan yang berkualiti pada tahap harga yang munasabah.

Akhirkata pandai-pandailah kita  mencari jalan  untuk menghadapi masalah kenaikan harga ini. Kita pembeli dan punya duit manakala mereka adalah penjual dan empunya barangan. kalau undi itu adalah hak kita memilih wakil pemerintah maka hak kita juga boleh menentukan masalah kenaikan harga barang ini diatasinya.