Thursday, July 29, 2010

Bila Guru dibenar Berpolitik

Berita terbaru yang agak menggemparkan rakyat jelata bila guru dari gred D41 hingga D48 dibolehkan bergerak aktif dalam politik negara.Ini bermakna gulungan ini akan mula menceburi secara aktif dalam politik tanah air dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam pertubuhan politik.

Apa yang menghairankan kita ialah selama ini gulungan ini mengeluh sakan memohon perbagai kenaikan elaun dan gaji kerana tidak cukup masa dan tangan kerana sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran sekolah dan menjaga kebajikan serta pelajaran murid-mirid sekolah dari pagi sampai malam.

Selama ini juga murid-murid sekolah selalu mengadu kepada ibu bapa yang guru-guru selalu ponteng dan jarang masuk mengajar di kelas kerana sibuk menghaziri kursus-kursua anjuran pelbagai jabatan serta terpaksa berada diluar sekolah kerana menghaziri majlis-majlis tertentu.

Selepas ini, kita pun tak tahu apa nak jadi pada anak-anak kita, bilamana tiba musim pilihanraya, cikgu-cikgu tersebut akan sibuk dengan berkempen dan terpaksa memohon cuti untuk bertugas dengan party dia.

Apakah rasionalnya kelulusan ini wallahualam,tetapi kita tidak nampak ianya boleh membantu kepada pembangunan negara sebaliknya ia boleh mengundang kepada banyak keburukan daripada kebaikannya.

Inilah kerana sumbangan Guru terhadap pembangunan pendidikan negara telah ternyata dan seorang guru itu boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara dengan pelbagai cara walaupun tidak menyertai mana-mana parti polotik.

Saturday, July 3, 2010

Tip mengurus pasangan

Semua orang pernah mengalami zaman bercinta. Dan semua mengakui ianya amat manis sekali dan terbukti memang lebih banyak suka dari duka.

Kehidupan manis ini sebenarnya menjadi pengajaran kepada kita dan ianya patut diteruskan sampai bila-bila iaitu selepas masuk gerbang perkahwinan sehinggalah kehari tua. Kalau kehidupan zaman bercinta itu diterus dan diamalkan selamanya,insyaallah barulah keharmonian kehidupan keluarga itu akan dapat dinikmati sehingga akhir hayat kita

Antara amalan dan carahidup zaman bercinta yang dihindari setelah menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri ialah:

- Tidak menjadi seperti belangkas lagi dimana masing-masing membawa diri masing-
masing dan jarang nampak bersama kecuali di dalam rumah sahaja.

- Tidak lagi mempunyai minat yang sama seperti masa bercinta dan masing-masing
tidak terlibat dengan aktiviti yang sama.

- Tidak bersependapat seperti masa zaman bercinta sebaliknya sering bertengkar dan
berbeza pandangan walaupun mengenai rancangan Tv.

- Tidak selalu dapat makan bersama samaada sarapan pagi, makan tegahari dan malam
kerana masing-masing sibuk dengan urusan atau berbeza waktu lapang.

- Tidak lagi sering memberi hadiah kepada pasangan kerana setelah berumahtangga poket
selalu pokai dan tidak mampu menanggung kehidupan berkeluarga

- Tidak lagi mahu bergaya dan berusaha untuk menarik perhatian pasangan sebaliknya
lebih suka bermesra dan menarik perhatian orang lain.

- Tidak lagi "passion" atau intim dengan pasangan seperti masa berdating dizaman
bercinta.

Dan banyak lagi amalan dan usaha-usaha yang kita lakukan semasa bercinta atau semasa memenangi hati kekasih kita telah kita tinggalkan setelah berada dalam alam rumahtangga. Apa sebabnya entahlah tapi yang pasti memang fitrah manusia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu tapi tidak berupaya melakukan sesuatu untuk mengekalkannya.

Ingatlah CINTA bermakna rela menyerahkan segalanya, dan kalau kita mahu ianya kekal selama-lamanya, hendaklah kita rela menyerahkan apa saja yang ada dan mendatang.