Powered By Blogger

Saturday, December 22, 2012

Dato Tajuddin mula merayu dah.......

Dato Tajuddin Abd. Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga merupakan Pengerusi Felcra Bhd merayu kepada pemimpin-pemimpin Koperasi Peserta Felcra agar menolong beliau dan Perdana Menteri dengan meyokong mereka dalam PRU nanti bagi memastikan BN terus kekal memerintah.

Beliau yang berucap meresmikan majlis mesyuarat agung tahunan koperasi berkenaan kepada perwakilan-perwakilan dari 145 buah koperasi peserta felcra dari seluruh negara di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur petang tadi.

Beliau menjelaskan sejumlah RM1.5 bilion nilai kontrak telah diberikan secara pemberian terus kepada kopersi peserta felcra sepanjang empat tahun dia menerajui Felcra sebagai Pengerusi.
Dan dia menerangkan bahawa kerajaan mempunyai agenda yang lebih besar lagi dimasa akan datang untuk memperbesarkan perniagaan Felcra bagi menjamin penambahan pendapatan Felcra dan seterusnya meningkatkan pendapatan peserta-peserta seluruh negara.

Bagi merialisasikan objektif dan perancangan berkenaan, sokongan dari barisan kepimpinan peserta adalah sangat-sangat diperlukan sebagai tanda syukur dan terima kasih kepaea usaha kerajaan dalam membangunkan masyarakat peserta.


Tuesday, December 18, 2012

Salah seorang bakal calun wanita utk PRU13 di Perlis.

 
Pecah berita bahawa ini adalah (kiri) merupakan salah seorang wanita yang
dikatakan bakal calun yang akan diletak oleh PR untuk bertanding salah satu
kerusi DUN di Perlis dalam PRU13 nanti.
 
Ketika ditemui pagi tadi, beliau dan beberapa sukarelawati PR sedang sibuk
bertandang dari rumah ke rumah pengundi-pengundi disalah satu kawasan DUN 
di Bahagian Kangar. Beliau berkeyakinan PR Perlis akan memberi tentangan hebat
dan sedang mengatur beberapa starategi untuk menarik orang ramai terutama
pengundi baru untuk memilih calun dari Pakatan Rakyat.
 
 
 
 

Monday, December 10, 2012

Sebut saja Projek KeraaaJaan .........inilah hasilnya!

Sebuah jawatankuasa khas menyenaraikan semua penyelewengan yang berlaku di zaman BN di Negeri Kedah telah ditubuhkan dan hasilnya, kerugian dan anggaran kerugian bagi setiap 'projek sakit' tinggalan BN itu adalah seperti berikut:

Yayasan Islam -RM11 juta, projek udang Kerpan -RM8.31, Jerai International Park -RM22 juta, Projek 990East Langkawi -RM48 juta, Seri Temin -RM25.6 juta, Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar -RM145 juta, Taliworks Langkawi -RM125 juta, Kompleks MPSPK -RM10 juta, Projek balak laluan TEKIH -RM3 juta, ubahsuai Seri Mentaloon -RM2 juta dan projek feedlot di Pendang -RM3.5 juta. Jumlah keseluruhannya ialah RM403.41 juta!

sumber bloglistMalaysia- ZULKIFLI YAHAYA

_________________________________________________________________________________

Sampai bilalah isu cerita begini nak hilang. Sejak dari dulu sebut saja projek yang dibuat kerajaan terutama melalui agensi atau apa C lagi tak tau, semuanya selalunya akan berakhir denagan C kata orang Cina.

Suahati berpendapat bab berniaga ini eloklah diserahkan kepada Syarikat-syarikat tertentu yang punyai kepakaran dan sejarahnya yang tersendiri serta kuat modal serta modal insannya.

Orang KeraaaJaan ini eloknya tak payah dok berniaga laaaa, buat habis harta dan duit hasil negeri sahaja yang terpaksa dok tanggung jelaskan hutang dan bayar saman kepada pihak-pihak tertentu terutaama rakan kongsi yang terdiri dar kroni-kroni yang sememangnya sejak awal-awal lagi berniat tidak ikhlas dan jujur dalam menjalankan perniagaan atau perkongsian itu.

Nak habaq bagi, didunia ini kalau sesuatu yang menguntungkan, maka tidak akan ada orang yang akan datang mengajak kita berkongsi akan perniagaan yang menguntungkan itu. Manakala kalau datang seseorang atau pihak tertentu untuk meminta kita membiayai atau berkongsi modal atau meminta kita membiayaai perniagaannya dengan janji untung, maka itu satu pembohongan belaka kerana sudah tentu pihak berkenaan berada dalam permasalahan dan berniat untuk hidup dan cari makan atas harta atau modal kita semata-mata.

Lagi baik Kerajaan kalau duit berlebih, buat saja apa yang dipinta dan diperlu rakyat dan lakukan dengan  telus dan terus kepada rakyat agar tidak menjadi apa yang pepatah kata " Mahal Rantai dari Berok" dan " Orang Lain Makan Isi Rakyat Hanya Makan Kuah".


Sunday, December 2, 2012

Boleh tahan lama ke KRIM ni...........

Kedai Rakyat 1 Malaysia yang terletak di Bangunan SPPM Alor Setar.
Nampak sunyi dan sepi sahaja setiap hari serupa bangunan tidak berpenghuni.

MTUC Dan CUEPACS Kendalikan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia – Najib

Petikan dari Bernama 12 Mei, (Serdang) — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi satu lagi hadiah istimewa kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).
Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.
 
Tergelak juga mendengar pelawaan ini. Hairan kalau MTUC dan CUEPACS mahu menerima pelawaan ini dan menerjunkan diri dalam bidang perniagaan peruncitan yang dianggap sangat tinggi risiko terutama kalau ianya dikendalikan oleh Koperasi apatah lagi oelh badan atau kesatuan seperti MTUC dan CUEPACS ini.
 
Tak serik-serik lagi dengan pengalaman lampau dan mampukah Kedai Rakyat 1 Malaysia ini bersaing dengan Hyper Market dan Super Market yang ada di seluruh pelusuk tanah air dan dikendalikan oleh Syarikat-Syarikat yang telah lama berpengalaman dan mempunyai rangkaian pengedarannya yang telah kukuh dan cekap.
 
Bagi ana bukan kedai yang penting, tapi barangan yang bermutu dan harga yangu berpatutan. Apa guna kita membuka kedai kalau kita boleh memperolehi barangan dengan harga yang murah dan bermutu dari kedai yang sedia ada. Mengapa tidak kerajaan menggunakan kuasanya sahaja untuk menentukan keluaran barangan-barangan tertentu terutama keluaran tempatan yang harganya murah boleh terjual atau dipasarkan di Pasar raya besar sedia ada seperti di TESCO atau GIANT dan MYDIN. Dan yang lebih penting kerajaan sepatutnya menentukan barangan keperluan rakyat seperti susu,ubatan dan peralatan kesihatan sepatutnya berada pada tahap harga yang murah.
 
Harap-harap MTUC dan CUEPACS berfikir dua kali untuk menerima pelawaan ini dan meneliti secara terperinci akan  tujuan penubuhannya sebelum menerima pelawaan untuk mencebur diri dalam perniagaan yang dikira tinggi risikonya ini bagi sebuah pertubuhan.
 
Berdoalah agar Kedai Rakyat 1 Malaysia ini mencapai matlamatnya dan terus kekal bersaiang di pasaran. Insy Allah kalau niatnya baik dan bertujuan baik akan berjayalah nanti tapi jika sebaliknya tujuan ini untuk kepentingan tertentu, akan kita lihatlah nanti akan akibatnya.
 
 

Saturday, December 1, 2012

Mengapa I Love PM.......


                                          I Love PM. Mengapa tidak I Love UMNO .............?