Friday, November 23, 2012

Orang Perlis mahu orang baru...........

Petikan dari freemalaysiatoday.com ....22/11

Dua bekas menteri Perlis tanding kerusi DUN?

 
 
"PETALING JAYA: Dalam usaha untuk meredakan konflik perebutan jawatan Menteri Besar di Perlis, dua ahli Parlimen akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka ialah ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar).
Menurut sumber, Azmi akan bertanding DUN Beseri manakala Radzi di Kuala Perlis.
Kerusi Menteri Besar menjadi perebutan di kalangan wakil rakyat Umno sejak `pemecatan’ Datuk Seri Shahidan Kassim dalam pilihan raya umum 2008.
Kumpulan penyokong Shahidan tidak mahu menerima Datuk Seri Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar yang dilantik pada 2008.
Sehingga kini krisis kepimpinan Umno negeri belum selesai sepenuhnya walaupun Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis.
“Dua muka baru yang dijangka bertanding ialah bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh di Parlimen Kangar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin di Padang Besar."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila tengok nama-nama ini, nampak sangat Perlis memang ketandusan pemimpin-pemimpin baru yang muda terutama dari UMNO.

Ingatkan akan muncul nama-nama baru yang terdiri dari anak-anak Perlis yang hebat-hebat dan competent yang akan dicalonkan kelak.

Apa boleh buat ramai cerdik pandai dan yang bijaksana berada di luar Perlis dan jarang pulak boleh bertapak dalam barisan kepimpinan party yang memerintah sekarang. Akhirnya mereka-mereka yang telah bersarang lama dalam UMNO Bahagian itulah yang merebut dulu peluang menjadi calon dan seterusnya mentadbir negeri Perlis yang bukan sahaja kecil malah serba kekurangan.

Biar mati adat jangan mati anak, begitulah juga dalam UMNO dan BN. Walaupun ada lagi manusia yang lebih layak dan boleh diketengahkan sebagai calon, tapi jarang hal ini akan berhasil kerana padahnya amat berbahaya sekali.

Yang pasti kalau nak orang baru kena pilih party baru, baru boleh perintah cara baru.

Saturday, November 17, 2012

Berita Sejuk : Ramai lagi yang akan letak jawatan selepas ini.......

Ketua Pemuda Umno Perlis: Saya sudah penat, sebab itu letak jawatan.

Itu tajuk utama semua blog dan berita di akhbar harian 16 Nov lalu. Ramai dikalangan pemerhati politik sudah tidak terkejut dengan senario ini lagi,kerana taktik sebegini sudah lama digunapakai oleh para pemain politik tanah air ini.

Adalah tidak menghairankan pulak kalau selepas ini banyak lagi tajuk-tajuk ini akan berada di dada akhbar arus perdana serta media cetak lain seperti disemua rangkain Tv milik Media Prima.

Semua telah maklum bahawa PRU13 telah hampir menjelma dan masing-masing nampak sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangannya. Bukan sahaja golongan rakyat marhaen yang telah terasa sangat gatal tangannya untuk memangkah, para pemimpin party daripada yang kecil sehingga peringkat tertinggi juga pun kini amat teruja menunggu tarikhnya diumumkan oleh PM kita.

Jadi selepas ini akan adalah dikalangan mereka-mereka ini yang ingin mengambil kesempatan dan peluang akan kedatangan pesta terbesar ini iaitu PRU13 nanti untuk meraih sesuatu untuk kepentingan peribadi mereka.

Akan ada selepas ini ramai lagi pemimpin-pemimpin kerdil dan besar dari berbagai party dan muncul mengumumkan hasrat mereka untuk melepaskan  jawatan dalam party mereka dan ada juga yang menunjukan hasrat untuk menyertai party lawan.

Setengah mereka itu ada yang tidak terpilih jadi calun dan memegang jawatan-jawatan tertentu, ada juga yang permohonan keatas sesuatu projek,permit dan lain-lain kepentingan mereka di tolak atau tidak diluluskan dan ada pulak yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat tender-tender kerja kontrak dan ada juga yang cuba menggunakan ini sebagai cara mengugut pehak tertinggi parti dengan tujuan tertentu.

Mereka-mereka ini boleh dianggap kebudak-budakan dan boleh dikaitkan dengan pepatah ini "Jok-Jok Tali Kuda, Kena Pujuk Baliklah Dia"

Walaubagaimana pun SUAHATI amat kagum kalau ada dikalangan mereka yang sanggup melepaskan jawatan tertinggi yang disandang serta turut mengistiharkan pulak dirinya menyertai lain-lain parti untuk meneruskan perjuangannya yang didakwanya demi untuk Agama, Rakyat dan Negara . Ini baru berani dan pemimpin politik sejati.