Powered By Blogger

Saturday, April 9, 2011

RASUAH perkataan yang tidak menakutkan..................


Dengar perkataan RASUAH pun dah tak berapa nak gentar atau takut. Apatah lagi perbuatan ini pulak boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua pehak iaitu penerima dan pemberi. Itulah pasainya masalah RASUAH ini tak boleh dihapuskan sejak dari dulu lagi seperti juga masalah PELACURAN.

Aku rasa mula-mula sekali dewan bahasa kena cari istilah baru untuk menggantikan perkataan RASUAH ini agar ianya nampak lebih jijik dan menakutkan seperti BUNUH. Apanamanya aku pun tak berapa tau. Mungkin PENIPU, SONGLAP, SOGOK atau apa saja yang biar ganas sikit bunyinya.

Selain dari itu, penjawat-penjawat awam lain yang mengetahui akan jalan dan punca kerja penipuan ini hendaklah berani tampil kehadapan untuk bekerjasama dengan melaporkan kes ini dengan ikhlas kepada pehak berkuasa.

Apa-apa pun masalah ini sememangnya telah menjadi darah daging atau amalan hidup manusia masakini. Hanya nilai dan bentuknya sahaja yang berbeza. Bermula dengan makan-makan, karaoke, main golf, sponsor hadiah hari keluarga dan sukan serta pembelian meja malam amal, angpau hari raya China dan Melayu dan perbagai bentuk yang dibuat secara resmi oleh kebanyakan Jabatan Kerajaan sejak lama dulu; Sebenarnya semua ini lebih kurang SOGOKKAN juga sebab semua penyumbang itu memberi kerana mereka ada mempunyai hubungan intim perniagaan dengan Jabatan Kerajaan berkenaan.

No comments:

Post a Comment