Friday, October 14, 2011

Halalkah makanan yang dijual di Restoran ini

Semasa berjalan untuk mencari pengalas perut pagi tadi, terpandang sebuah restoran yang agak canggih yang kini banyak ada di bandar-bandar di Negeri Kedah dan Perlis.

Restoran ini yang menyajikan masakan melayu dan barat seperti perbagai masakan dari mee, ayam, roti bakar dan banyak lagi menunya  adalah dimiliki oleh Syarikat Sdn.Bhd.

Melihat kepada pekerjanya yang terdiri dari ramai remaja Melayu, tentu membuatkan kita terus masuk dan memesan menu makanan yang disajikan. Namun apabila timbul rasa mushkil mengenai pemilik kedai ini, ana terus bertanya tentang status HALAL kedai ini kerana ana tidak nampak sebarang tanda cop HALAL yang dipamerkan.

Ana merasa sedikit ragu takut-takut pemilik kedai ini bukan dari kalangan orang yang beragama Islam. Dan kalau betul restoran ini dimiliki oleh orang yang bukan Islam, adakah kita boleh yakin yang dia akan mendapatkan bekalan daging dan ayam yang HALAL yakni dari pembekal yang beragama Islam.

Kalau ini yang bermain dalam fikiran kalian, adalah lebih baik kita makan saja di restoran yang sah pemiliknya beragama Islam atau makanlah di restoran yang ada sijil kelulusan status HALAL yang sah dikeluarkan oleh JAKIM.


Sunday, October 9, 2011

Dia dah nak umum dahhhhhhhh

Datuk Seri Najib berkata " Gendang piliharaya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai ". Beliau berkata demikian kepada 8000 ahli BN yang hazir dimajlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan Ahad tadi di PWTC.

Dan beliau juga telah berpesan kepada ahli-ahli BN bahawa kalau nak menang dalam pilihanraya PRU13 nanti kenalah buat cara nak menang. Kalau masing-masing dok bertelagah sesama sendiri, alamat kalahlah nanti semuanya.

Peringatan Datuk Seri najib ini sebenarnya juga berguna untuk puak pembangkang yang terlalu yakin dengan kekuatan mereka. Kalau barisan pembangkang juga inginkan kemenangan dalam PRU13 nanti, mereka juga perlu bertindak secara nak menang. Kalau asyik dok bertelagah juga sesama sendiri, alamatnya bukan sahaja yang dikejor tak dapat, tapi yang dijinjing juga akan berciciran.

PRU13 kali ini adalah merupakan kayu ukur kekuatan sebenar kepada kedua-dua pihak samada BN ataupun PR. PR kalau tidak mampu mempertahankan kesemua negeri yang dibawah perintahnya sekarang ini atau tidak dapat menawan semula Perak dan Terangganu, maka ianya akan jatuh tersungkur dan akan melambatkan proses mempertingkatkan kekuatan mereka.

Manakala BN pulak kalau ia terpaksa melepaskan beberapa negeri lagi kepada puak PR, maka ternyata hayatnya telah semakin hampir tamat dan terbukti rakyat tetap menolak corak pemerintahan mereka. Dan Datuk Seri Najib tentu tidak akan rela membiarkan keadaan ini terjadi kerana PRU13 ini adalah merupakan KPA beliau dan bukti kekuatan politik beliau dan seterusnya menjamin kelangsungan beliau untuk menerajui kerajaan BN dibumi Malaysia ini.

Walau apa pun yang akan mendatang, kini sepak mula bola pilihanraya telah bermula. Semua yang terlibat telah merasai kepanasan demamnya. Mulalah kita akan dihantui oleh kesibukkan yang amat dan sebagai rakyat yang diperlukan undinya sudah tentu akan mendapat layanan VIP dimana-mana dan kadang-kadang banyak baik dari buruknya bila berada dalam musim pilihanraya ini.

Rebutlah peluang ini dan pandai-pandailah mencari kesempatan dimana yang boleh. Yang penting undi kita adalah rahsia dan terpulang kepada kita untuk menentukan kotak mana yang perlu digariskan.

Saturday, October 8, 2011

Bajet umpan piliharaya.

Pembentangan bajet 2012 oleh PM Najib semalam sebenarnya tidak menampakan sebarang kejutan dan keajaiban kerana semua yang dinyatakan telah dijangka dan dalam pengetahuan umum.

Semua tidak boleh menafikan bahawa bajet 2012 yang dikeluarkan PM Najib semalam adalah petanda awal bahawa PRU 13 akan menjelang sebelum pembentangan bajet 2013 akan datang.

Seperti biasa setiap kali pembentangan bajet, penjawat awam adalah kumpulan sasar yang terus diberi perhatian. Ini mungkin kerana kerajaan yang memrintah menganggap kumpulan ini adalah agen penting dan penyokong kuat kerajaan yang menjulang bendera party kerajaan yang memerintah. Bajet kali ini sekali lagi penjawat awam mendapat durian runtuh melalui nikmat bonus tambahan, pelarasan gaji baru dan kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi serta tambahan umur persaraan kepada 60 tahun.

Pemberian RM500 kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM3000 adalah satu kaedah pemberian terus wang kepada rakyat dimana di zaman Pak lah dulu juga  pernah semua pemilik kereta diberi peruntukkan ini untuk menampung kos kenaikan harga minyak.

Pemberian ini sebenarnya tidaklah dikisahkan sangat oleh rakyat bawahan kerana mereka sebenarnya menaruh harapan yang lebih besar lagi agar kerajaan dapat membantu mereka dengan kaedah yang lebih berbentuk jangkapanjang serta dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan sejahtera.

Rakyat sangat-sangat berharap agar yuran pengajian IPT dan IPTS dilihat semula agar tidak membebankan   pelajar dengan jumlah pinjaman yang banyak dengan PTPTN. Rakyat juga bukan setakat mahu  kerajaan membatal charge rawatan pemeriksaan warga emas sebanyak RM1 di hospital malah rakyat mahu kerajaan juga menanggung dengan percuma akan segala kos rawatan perubatan rakyat di hospital kerajaan.

Sungguhpun semua akhbar melaporkan dimuka depan bahawa bajet tahun ini adalah Bajet Untuk Semua, namun terdapat lagi ruang-ruang yang boleh dilakukan oleh kerajaan demi membantu rakyat berpendapatan rendah menikmati kehidupan yang sejahtera dan selesa di bumi Malaysia yang makmur ini.

Walau apa pun komen kita, semuanya telah terbentang dan kita hanya boleh berharap apa yang tertulis dan ternyata tersebut hendaklah dilaksanakan dengan baik dan sesempurnanya bagi mencapai maksud yang disasarkan.

Rebutlah 232.8 bilion yang akan dihamburkan sepanjang 2012 nanti. Ianya bagai daun-daun kering yang melayang jatuh dari langit kebumi ini. Siapa yang cepat dan cekap akan memperolehinya dengan cara masing-masing. Ada yang dapat banyak dan akan ada yang dapat sedikit, akan ada orang yang senang memperolehinya dan akan ada juga yang tidak memperolehinya langsung. Semuanya ini adalah ketentuan Allah swt dan merupakan rezeki yang telah ditentukan.