Powered By Blogger

Sunday, July 17, 2011

Lemahnya iman kita.

Gambar hiasan:YAB Menteri Besar Kedah yang terpaksa mengenakan syarat tambahan melarang umat Islam dari memasuki peremis pusat hiburan disepanjang Ramadhan di Negeri Kedah. Jadi lepas bulan Ramadhan boleh pulak.......
Orang Islam di Malaysia rupanya masih lagi terpaksa bergantung undang-undang dunia lain bagi menjaga iman mereka. Hukum Islam yang tertera dalam Al-Quran dengan Halal dan Haram serta Makruhnya masih tidak boleh mengalahkan hawa nafsu yang bermaharalela dalam jiwa orang-orang Islam itu sendiri.

Sebenarnya sebagai orang Islam yang beriman dengan Allah swt, kita tidak perlu ada lagi undang-undang atau peraturan tambahan yang perlu diadakan oleh pemerintah bagi menghalang kita semua untuk memasuki atau turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti di pusat hiburan yang bersepah ada dinegara kita ini.

Yang sedihnya, undang-undang ini hanya diperlukan dibulan Ramadhan sahaja dan dengan kata lain seolah-olah dibulan-bulan lain selain Ramadhan adalah tidak menjadi larangan atau kesalahan kepada umat Islam untuk turut sama mengunjunginya.

Kita patut mengambil contoh rakan-rakan Islam kita yang hidup dinegara bukan Islam lain. Pegangan agama Islam mereka tetap kuat dan mereka tetap mengerjakan suruhan Allah dengan penuh taqwa dan ikhlas tampa menghiraukan ujian dan cabaran yang sentiasa melanda kehidupan mereka.Islam adalah cara hidup kita. Ikutlah suruhan Allah swt dan tinggalkan akan segala larangannya.

No comments:

Post a Comment