Powered By Blogger

Friday, May 20, 2011

Panggilan "Yang Berhormat" buat mereka lupa diri


"Dengarlah dan cari jalan untuk menyelesaikan masalah rakyat". Ini adalah amanat Tan Sri Muhyidin Yassin kepada semua pemimpin-peminpin Barisan Nasional sebagai senjata untuk menghadapi piliharaya umum ke-13 kelak.

Sebenarnya inilah tugas hakiki Wakil Rakyat yang dipilih pada setiap kali pilihanraya dan seterusnya menjadi impian kepada keseluruhan rakyat marhaen.

Umum diketahui selalunya selepas sahaja selesai pilihanraya, keadaan akan terjadi sebaliknya dan tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat apatah lagi selalunya janji akan tinggal janji.

Setelah selesai pilihanraya dan mendapat gelaran "Yang berhormat" keadaan dan prilaku mereka yang terpilih kadang-kadang bertukar 360% dari sifat dan keadaan seperti yang kita kenali semasa sebelum pilihanraya.

Selepas pilihanraya "YB" ini akan datang ke kampong-kampong berjumpa rakyat didalam majlis-majlis tertentu bersama orang-orang besar lain dan mulalah mereka mencanangkan itu dan ini terutamanya apa yang telah dan akan kerajaan laksanakan yang semuanya besar-besar dan hebat-hebat belaka.

Kadang-kadang apa yang dicakapkan itu langsung tiada kaitan dan berkepentingan dengan rakyat setempat, dengan lain perkataan "Rakyat mahu benda lain, yang kerajaan dok bagi benda lain".

Bersesuaian dengan pesanan Timbalan Perdana Menteri berkenaan kepada semua pemimpin BN yang mesti mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat tersebut, adalah wajar panggilan "Yang Berhormat" untuk semua ADUN dan MP itu ditukarkan kepada panggilan asal zaman dahulu kala (1960-70an) iaitu "Wakil Rakyat".

Mungkin dengan panggilan ini, semua ADUN dan MP akan sedar bahawa mereka semua diundi dan dipilih oleh rakyat serta tugas hakiki mereka adalah memperjuangkan permasalah rakyat dan menyuarakan kehendak rakyat kepada pehak atasan yakni kerajaan yang memerintah.

Apa tunggu lagi, esok mula kita panggil mereka dengan panggilan baru "Wakil Rakyat" @ "Tok Wakil".........kot baru depa mau sedaq sikit.

No comments:

Post a Comment