Monday, April 26, 2010

CiNtA OrAnG MuDa


Demi cinta, orang muda zaman ini sanggup buat apa sahaja. memang tidak dinafikan zaman bercinta adalah suatu zaman yang paling indah dan seronok sekali. keindahan dan keseronokan ini selalunya telah menghalang kita dari menjadi waras dan boleh menjadikan kita seolah-olah manusia bodoh lagi bangang.

Apa tidaknya,telah terbukti akibat berada dalam zaman percintaan pasangan sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya.Membunuh, menipu,merogol telah menjadi biasa dalam percintaan. Malah perkara-perkara kecil seperti membiarkan tubuh diulik oleh pasangan, memberi wang dan harta pada pasangan serta sanggup meninggalkan ibu bapa yang melahirkannya demi membeli ayat cinta yang belum pasti originalitinya.

Ini bukan cinta dik, ini adalah tarikan nafsu yang memang seronok sekali kalau selalu berduaan dengan pasangan kita. kalau perkara-perkara diatas tadi perlu dilakukan kerana cinta, sememangnya itu Cinta Palsu dan cubalah tinggalkanya demi kebaikkan diri sendiri.

Sayangilah diri anda yang serba cantik dan sempurna kurniaan Allah swt.Insyaallah cinta suci akan ditemui kalau jalan pencariannya betul dan dengan mempunyai niat yang baik.Usahlah bimbang jika anda tidak mempunyai pacaran kerana lambat laun jodoh anda akan diketemukan juga oleh Allah swt.

Sunday, April 25, 2010

Lega Rasanya hati ini...................

Baru terasa lega sikit sakit mata dan telinga Ahti sejak 17 April lalu. Bermula esok Isnin dah kurang sikit perang saraf yang agak ketara dalam media arus perdana kita.Tak dak cerita lain,hang kata sana pembohong,sini kata sana penipu, semuanya berkisar kepada menyalahkan orang lain.

Bagi rakyat sebenarnya itu semua tidaklah banyak mempengaruhi akan pemikirannya. Sebenarnya apa yang rakyat marah sangat ialah kerana mereka (rakyat )terasa kerajaan hanya mementingkan kekuatan politik untuk terus berkuasa melebihi dari usaha untuk menjaga kepentingan rakyat.

Pengumuman perojek berjuta atau berbillion itu sebenarnya menguntungkan secara langsung para peniaga atau korporat.Rakyat hanya memperolehi kuahnya sahaja. Apa yang rakyat hendak sekarang ini ialah peruntukan secara terus atau langsung kepada rakyat.

Rakyat mahu cukai untuk keperluan rakyat diturunkan,kemudahan pelajaran hingga peringkat tinggi sepatutunya percuma,rakyat tidak sepatutnya meminta derma untuk bantuan rawatan penyakit kronik terutama di hospital kerajaan,

Untuk makluman pemerintah, kalau semuanya keperluan rakyat percuma dan murah,mereka tidak perlu mempunyai pendapatan yang tinggi untuk menjalani kehidupan harian,dan mereka akan tentunya menyokong kuat akan Party Pemerintah.

Jadi gunakan sebaik kekayaan negara untuk keperluan kehidupan rakyat kalau mahu negara ini kekal di bawah pemerintahan party yang ada sekarang.

Ahti tetap akan balas jasa dan budi baik orang yang membantu Ahti..........

Thursday, April 22, 2010

Beli Kereta Perisai Pulak.......


Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran
Apr 22, 10 3:58pm dari Malaysikini.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.

Kaya,kaya,kaya dah Malaysia la ni.Baru saja dok bising pasai Kapal Selam kini timbul pula Kereta Perisai. Macam nak perang pulak rasanya.Bagus le,tumpang duit tengah banyak ni,atau pun mungkin nak buat duit sebelum PRU13 ni.

Setahu teman, rekomen member beli proton pun dapat komisen Rm200 inikan pula berjuta-juta dan berbillion-billion ringgit.Untungle kome.Nak buat camna dah rezeki dia.

Teman tak kisah dia nak sagat banyak mana pun.Dah orang nak kasi komisen.Yang penting hak rakyat kena jagale,seperti bil perubatan penyakit kronik, yuran pengajian di IPTA dan IPTS, dan lain cukai yang melibatkan rakyat kenalah kurangkan seminimum mungkin.

Yang pasti bonus penjawat awam janganlah buat-buat tak kisah pulak nanti.

Monday, April 19, 2010

Khairy Tunjuk Berani...................


Jangan2 ada poster calun-calun berkepit dengan artis pula.

Khairy: Buang bahan kempen provokatif
dari Malaysiakini.

Tahniah kepada Khairy KPUmno yang telah menunjukkan sifat profesinalisma dalam menghadapi kempen PRK Hulu Selangor. Betullah kata orang luar bahawa Malaysia masih berada ditahap rendah lagi dalam mengamalkan demokrasi terutama dalam menghadapi pilihanraya.

Sepatutnya masing-masing calun yang bertanding itu yang lebih bercakap dan berkempen untuk menerangkan apa yang dia boleh dan akan dilakukannya untuk membantu rakyat terutama dikawasannya.

Ini tidak,bila ada saja PRK di sesuatu kawasan, orang yang lain yang menyibuknya dan berkempen menghentam calun lawan. Tak perlu buang masa dan suara kerana rakyat sekarang nak dengar kalau dari kerajaan,apa yang dia boleh kasi untuk kesenangan rakyat. Dan pembangkang pula biasalah punya kelebihan kerana dia hanya perlu mengkeritik apa yang kerajaan lakukan. Dia belum memerintah negara jadi senang baginya untuk berkempen dengan hanya menyatakan angan atau impiannya.

Harap-harap banyak lagi pemimpin macam Khairy akan muncul lepas ini.

Saturday, April 17, 2010

Akan Banyak Adegan begini di Hulu Selangor nanti......



Suahati percaya senario begini akan dapat dilihat selepas ini di Hulu Selangor. Bukan sahaja dapat makan bersama VVIP malah hari-hari sepanjang kempen pilihanraya kecil ini boleh makan free. Bukan sahaja dapat bersalam dengan para VVIP termasuk menteri malah kalau bernasib baik boleh dapat buah tangan lagi.

Selamat berangkat dan berkampong di Hulu Selangor. Buat duitlah kome kat sana. Kepada para peniaga kecil apa lagi sebat cukup-cukup akan peluang yang tak selalu datang ini.

Suahati suka main kot belakang aja.........he.he.he.

Sunday, April 11, 2010

Budak 17 Tahun Perbodohkan Exco Dan Ketua Pengarah PLKN

Sebagai bekas penjawat awam,aku malu sekali melihat berita di akhbar hari ini yang mengatakan Seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah PLKN kena tipu dengan seorang budak berusia 17 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tunku Mahkota Pahang.

Patut lah heboh sampai Parlimen dua tiga hari ini bahawa sistem keselamatan Malaysia didakwa telah diintip oleh agen negara luar. Memang boleh percaya punya cerita ini kalau melihat kepada betapa mudahnya agensi kerajaan kita dibolosi oleh puak penipu.

Sebagai contoh, kekadang Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dengan mudah membenarkan sesiapa sahaja terutama pihak Syarikat perniagaan dan orang-orang tertentu untuk mengadakan perbagai promosi jualan di dalam kawasan pejabat atau sekolah terutamanya.

Memang orang kita mudah percaya terutama bila tengok orang hebat-hebat yang pakai pakaian kemas dan berkereta besar.Bukan setakat layanan "first class" diberi, duit pun dia tolong kutip bagi.

Kalau orang kampong dengan berpakaian selekeh yang berurusan dengan pejabat kerajaan nescaya tidak akan mendapat layanan baik.

Begitulah dunia, tiada ada yang hebat dan sempurna sebenarnya. Semuanya tipu daya sahaja dan dari dulu hingga kini sebenarnya kita melakukan perkara yang sama sahaja. Yang bezanya ialah suasana dan masanya sahaja

Friday, April 9, 2010

Suara Hati

Semua manusia mempunyai cerita dan pandangan yang tersendiri. Bayangkan berapa banyak cerita dan kisah yang telah kita lalui sejak awal kelahiran kita ke dunia ini.

Semua kisah-kisah lampau dan cerita hari ini terngiang-ngiang dalam kepala kita bagai pita rakaman. Semuanya dirasakan masih segar dalam ingatan kita. Ada suka dan ada yang menyedihkan.

Adalah diharapkan melalui Suahati ini, semua kisah dan dan perjalanan hidup serta pandangan mengenai alam kehidupan dunia ini dapat dilahirkan dengan seikhlasnya.

Apasaja kisah dan cerita yang berkisar mengenai manusia sejagat di dunia ini adalah merupakan fokus utama penulisan Suahati.