Sunday, August 14, 2011

Ayat2 suci Al-Quran dicorong pembesar suara


Minggu ini kita disibukkan pulak dengan isu larangan menggunakan pembesar suara untuk diperdengarkan bacaan ayat-ayat Quran di Mesjid-mesjid dan surau.Semua kita tak kira yang jahil dan para alim ulama tampil dengan hujah masing-masing.

Kita pun tak tahu apa tujuan sebenar pehak-pehak tertentu yang kini dengan senang hati menggunakan kaset dan cd bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dicorong pembesar suara di Mesjid dan surau. Rasa-rasanya tiada pulak arahan melakukannya yang dikeluarkan oleh pehak JAKIM atau pejak-pehak yang bertanggungjawab mengenai Agama Islam lain.

Adapun Al-Quran adalah sebuah Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhamamad saw dan umatnya. Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manafaatnya, untuk kita memahami dengan teliti isi kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibarnya.(rujuk ayat 29 surah Saad).

Dan menurut ayat 15 dari surah As-sajdah pulak;'sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pulak tidak bersikap sombong takbur.'(rujuk tafsir pimpinan ar-Rahman).

Islam adalah apa yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi ikutlah ajaran dan pesanannya. Dan ingatlah bahawa Agama Islam itu telah sempurna dan beramallah dengan apa yang disuruh Allah swt dan tinggalkanlah larangannya.

Seronok boleh tumpang sama bersuara menyokong akan larangan tersebut, waluapun tak pakar dibidang ini. Wallahualam

No comments:

Post a Comment