Powered By Blogger

Sunday, August 21, 2011

Ini agaknya 3 puak yang disebut oleh Che Det.





Rasa-rasanya ini 3 puak yang ujud hasil perpecahan orang Melayu di Malaysia seperti yang disuarakan oleh Mantan PM kita Che Det tuuuu.

1. Puak yang tidak ambil peduli apa yang berlaku disekitarnya dan hanya hidup dengan berserah dan mengikut saja arus dunia ini.

2. Puak yang mempunyai kemahuan dan cita-cita yang tinggi untuk mencapai kemenangan dan kejayaan dalam kehidupan mereka. Dan yang ke-3nya

3. Puak yang ingin mencari keadilan dan kebenaran dalam kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan mendapat keredhaan Allah swt.

Anda berada didalam puak mana?

Sunday, August 14, 2011

Ayat2 suci Al-Quran dicorong pembesar suara


Minggu ini kita disibukkan pulak dengan isu larangan menggunakan pembesar suara untuk diperdengarkan bacaan ayat-ayat Quran di Mesjid-mesjid dan surau.Semua kita tak kira yang jahil dan para alim ulama tampil dengan hujah masing-masing.

Kita pun tak tahu apa tujuan sebenar pehak-pehak tertentu yang kini dengan senang hati menggunakan kaset dan cd bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dicorong pembesar suara di Mesjid dan surau. Rasa-rasanya tiada pulak arahan melakukannya yang dikeluarkan oleh pehak JAKIM atau pejak-pehak yang bertanggungjawab mengenai Agama Islam lain.

Adapun Al-Quran adalah sebuah Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhamamad saw dan umatnya. Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manafaatnya, untuk kita memahami dengan teliti isi kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibarnya.(rujuk ayat 29 surah Saad).

Dan menurut ayat 15 dari surah As-sajdah pulak;'sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pulak tidak bersikap sombong takbur.'(rujuk tafsir pimpinan ar-Rahman).

Islam adalah apa yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi ikutlah ajaran dan pesanannya. Dan ingatlah bahawa Agama Islam itu telah sempurna dan beramallah dengan apa yang disuruh Allah swt dan tinggalkanlah larangannya.

Seronok boleh tumpang sama bersuara menyokong akan larangan tersebut, waluapun tak pakar dibidang ini. Wallahualam

Thursday, August 4, 2011

Rakyat dapat RM1.50 syarikat dapat berjuta!


Inilah salah satu contoh bagaimana wang dana dari syarikat-syarikat kerajaan digunakan.Penggunaan wang yang dibuat atas nama sumbangan ini selalunya boleh menguntungkan pehak-pehak tertentu dengan memperalatkan nama rakyat.

Sumbangan dari IM Developement Berhad ini nampak baik dan mungkin ada manafaatnya. Tetapi bagi orang-orang yang berfikiran kritis terutama dari golongan pemerhati politik akan mempunyai pendapat yang berbeza. Mereka melihat sumbangan ini tidak begitu diperlukan sangat oleh rakyat sebaliknya kerajaan mempunyai motif tertentu disebalik pemberian akhbar percuma ini, seperti kata pepatah "ada udang di sebalik mee".

Apa tidaknya, adakah dengan sekeping akhbar bernilai RM1.50 untuk seorang rakyat itu memadai atau menepati kehendak rakyat. Dengan kata lain adakah itu yang ditagihkan oleh rakyat dari kerajaan.

Semua rakyat mengetahui bahawa syarikat utusan melayu yang dikatakan milik UMNO kini sedang menghadapi krisis kewangan akibat kejatuhan jualan akhbar harian berkenaan. Dan sumbangan itu sebenarnya adalah untuk membantu melariskan jualan akhbar berkenaan.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan selalu berkata kalau hendak menolong orang susah jangan diberi ikan, tetapi berilah pancing dan biarkan dia berusaha untuk mencari ikan dengan menggunakan pancing yang diberikan itu.


Inilah yang dikatakan, niat baik tapi jalannya tidak berapa betul dan selalunya peruntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat terdapat lubang besar ketirisan yang membolehkan pehak-pehak tertentu mengaut keuntungannya. Kata orang sekarang "rakyat dapat seringgit, depa balun juta-juta ringgit".