Powered By Blogger

Tuesday, May 17, 2011

YB Hj Hashim Jasin terima anugerah dari DYMM Tuanku Raja Perlis



Tahniah kepada YB Tuan Hj Hashim Jasin ADUN Sanglang yang dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) sempena sambutan hari ulang tahun ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis.

Ini merupakan fenomena yang menarik kerana walaupun YB Hj.Hashim Jasin adalah merupakan ADUN Pembangkang di negeri berkenaan, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan untuk menganugerahkan darjah berkenaan berdasarkan penglibatan dan jasa beliau terhadap masyarakat dan politik tanahair selama ini.

Inilah yang kita kehendaki sesuai dengan zaman globalisasi masakini dimana perbezaan fahaman politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat negara kita.

Biarlah perbezaan fahaman dan keahlian parti politik itu dilihat hanya sebagai alat untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya sepertimana mengikut amalan demokrasi.

Dan sebagai rakyat, tidak kira dari parti mana sekalipun kita semua adalah sama dan berhak untuk mendapat apajua yang disalurkan oleh kerajaan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment