Powered By Blogger

Wednesday, February 5, 2014

Bermulalah bulan Pesta Melawat Kajang N25


Semalam telah diumumkan SPR tarikh penamaan calon PRK bagi Kawasan DUN N25 Kajang iaitu pada 11 Mac nanti manakala 23 Mac ialah tarikh pengundian bagi 39278 pengundi-pengundi yang berdaftar sehihgga kini.

Bagai pengumuman tarikh melihat anak bulan sebagai bermula Ramadhan dan tarikh sambutan Hari Raya, pengumuman ini sangat-sangat dinantikan oleh mereka-mereka yang terlibat dan berkepentingan.

Penduduk-penduduk Kajang terutama dikalangan pemain party politik serta peniaga turut menyambut gembira kedatangan bulan PRK ini kerana selalunya rezeki mencurah-curah turun sepanjang bulan bermula hari diumumkan tarikh penamaan calon sehinggalah selesai hari mengundi nanti.

Lazimnya kedatangan orang ramai ke kawasan PRK akan berlipat ganda sepanjang bulan diadakan PRK. Ini memberi peluang kepada penjanaan ekonomi kepada peniaga-peniaga tempatan dalam semua sektor samada peruncitan, perkhidmatan dan selainnya. Pendudu tempatan terutama pengundi juga akan turut menikmati untungnya bilamana banyak bantuan berbentuk kewangan dan peruntukan projek pembangunan akan disalurkan kerjaan ke kawasan ini.

Dan yang paling seronok sekali tentulah kroni-kroni dan orang kuat party yang bertanding yang akan sibuk kehulu-hilir sepanjang bulan ini dengan kantung penuh dengan bajet yang kadang-kadang mungkin lebih banyak dari RM1.6 juta yang diguna SPR untuk menjayakan PRK N25 Kajang.