Powered By Blogger

Friday, September 30, 2011

PRU13; mengapa Pm Najib perlu segerakan.

Semalam Pak Menteri Nazri Aziz menasihati Pm Najib agar tidak perlu mengadakan PRU13 dengan kadar yang segera semata-mata untuk menentukan sokongan peribadi memandangkan tempoh penggal pilihanraya akan tamat pada 2013 nanti.

Isu ini timbul kerana ramai  pemerhati politik menjangkakan yang PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa terdekat ini. Ini berdasarkan kepada situasi politik dan isu-isu yang diketengahkan oleh PM Najib kini banyak menjurus kepada memenangi hati rakyat dan kemuncaknya sudah tentu akan tertumpu kepada pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober nanti.

Sebenarnya PM Najib bukanlah berhajat untuk melihat kekuatannya melalui pilihanraya kerana dia sememangnya telah kuat dan antara yang paling layak dalam UMNO untuk memegang jawatan itu kini.

 Apa yang dikehendakinya melalui PRU13 nanti sebenarnya, ialah barisan kepimpinan dan menteri kabinet yang sealiran dengan pendapat dan kehendaknya sesuai dengan motto transformasi yang dicanangkannya. Melalui PRU13 nanti akan mudah baginya membentuk barisan baru yang lebih berpihak kepadanya kerana dijangka akan ramai menteri-menteri kabinet yang ada sekarang akan gugur dan terpaksa meninggalkan Putra Jaya.

Apa-apa pun kita percaya sebagai seorang Perdana Menteri, sudah tentu dia dan barisan penasihatnya mempunyai percaturan yang betul lagi tepat mengenai apa jua keputusan yang bakal dibuatnya. Namun kesan dari keputusannya itu sudah tentu akan terkena untung dan ruginya kepada sesetengah pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment