Tuesday, March 27, 2012

Ini yang sepatutnya.

Tahniah kepada PLUS yang bertindak bijak mengeluarkan arahan ini.
Sepatutnya penguasa peremis lain pun dapat mengambil contoh ini.
Larangan ini bukan bermakna rakyat Malaysia tidak pemurah orangnya.
Larangan ini adalah untuk mengelakkan kejadian kutipan derma tipu ini terus  berleluasa.

Umum mengetahui kerajaan negara kita mempunyai pelbagai kementerian dan jabatan khusus dan mempunyai peruntukan yang banyak untuk pelbagai aktiviti dan bantuan.
Negara kita ada macam-macam dana yang punyai jutaan ringgit untuk tujuan  ini.
Negara kita ada pelbagai NGO dan badan amal untuk tujuan memberi bantuan ini.
Ada macam2 jabatan dan kementerian, ada baitulmal, ada macam-macam yayasan, dan ada macam2 institusi yang terlibat dalam memberi bantuan dan sumber kewangan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Menjadi tandatanya kepada masyarakat umum kenapa timbul lagi peminta derma dan pencari sumbangan dimerata-rata tempat seperti di peremis awam, mesjid, tempat parkir kereta dan ada juga yang berkunjung dari rumah ke rumah terutama dihari cuti am.

Bukan kedekut atau bakhil, tapi kadang-kadang timbul jugak dihati kecil ini, "betul ke mereka ini memerlukan bantuan atau memangnya ini kerja mereka untuk mendapat sumber wang dengan mudah."

Ingatlah memberi itu lebih baik dari meminta.
 

Monday, March 12, 2012

Apa kata PM Najib mengenai Kak Jat

Satu demi satu musibah dan isu mendatangi kepala PM kita sejak akhir akhir ini.

Semuanya berkisar dan memerlukan ketajaman dan kekuatan mental beliau untuk menghadapinya.

Dan sejak akhir-akhir ini apa saja yang disarankan dan dilakukan semuanya seolah-olah tidak menjadi dan menjadi bahan tawa pehak musuh politiknya.

Beginilah keadaannya bila seseuatu pertubuhan atau badan itu tidak berapa kukuh dan kuat. Apatah lagi bila yang ada disekeliling kita juga terdiri dari mereka-mereka yang lemah dan yang hanya pandai mengambil kesempatan serta keuntungan peribadi tampa mengira kesan yang bakal dihadapi.

Cerita mengenai Kak Jat yang mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Mneteri yang menjaga kebajikan keluarga dan wanita semalam sebenarnya  telah diduga. Namun tidak timbul  isu perletakan jawatan sebenarnya  kerana apa yang diberitakan ialah mengenai tamat temponya sebagai Senator yang dilantik kerajaan.

Tidak perlu dia mengumumukan apa-apa kerana kerajaan PM Najib yang akan menentukan mengenai kedudukannya selepas itu.

Pengumumannya itu seolah-olah untuk meraih sokongan peribadi atau mungkin  dia telah menerima lampu isyarat  awal dari ketuanya.

Meminjam kata-kata Bung Moktar, ianya baik tetapi agak terlewat tindakannya itu. Sekarang ramailah rakan-rakan kak Jat dan musuh dalamannya sedang berangan-angan untuk menggantikannya. Siapakah dia, tentulah selepas PRU13 nanti.

Monday, March 5, 2012

Punca sebenar kemelut Kedah........

Semua sibuk dengan kemelut krisis perlantikan exco kerajaan negeri Kedah seminggu ini. Satu Malaysia dok bercerita sana sini dengan perbagai versi mengenai kisah 3 Abdul di Kedah. Sudah menjadi lumrah alam dan kesukaan manusia yang tidak berapa kuat imannya yang amat gemar dengan berita-berita buruk dan sebaliknya tidak menyukai berita-berita baik.

Macam-macam cerita terdengar tentang bagaimana kemelut krisis 3 Abdul di Kedah ini timbul. Ada yang kata orang itu salah dan ada yang kata orang ini salah dan ada tu pulak yang meletakkan kesalahannya pada orang lain yang tiada kaitan dengan mereka ini.

Mana satu yang  betul wallahualam. Yang penting kita sebagai rakyat marhaen ini, bukan nak tahu sangat apa masalah mereka, apatah lagi tidak niat langsung untuk memperbetulkannya. ikut suka hampalah kata orang Kedah.

Sebagai rumusannya, kita semua boleh rumuskan bahawa semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerja nafsu dan syaitan yang sentiasa menggoda kita manusia ini, apatah lagi ianya mungkin lebih kuat godaannya terhadap mereka yang mendakwa lebih arif dan kuat pegangan agama mereka.

Semuanya ini adalah kerana tidak SABAR. Inilah punca segalanya. Semua kita telah maklum dan faham benar dengan istilah ini. Dan semua kita telah melihat banyak sangat sebelum ini beberapa manusia yang bergelar pemimpin tinggi telas tewas dan gugur dek kerana TIDAK SABAR.

Bagi ana, bermula dengan kejatuhan Musa Hitam, Tengku Razalie Hamzah, Sahril Samad, Mokhtar Hashim, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali, Khir Toyo, dan yang terbaru Hassan Ali serta banyak lagi sinarai pemimpin-pemimpin muda lain yang tumpas di pertengahan jalan dalam perjuangan mereka.  Semuanya adalah kerana faktor SABAR.

Begitulah kemelut yang melanda Kedah ini. Semuanya kerana mereka itu adalah dari gulungan manusia yang tidak boleh lagi bersabar. Baikkah tilndakan mereka itu! Wallahualam dan marilah kita berdoa semoga Allah terus memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka yang terlibat ini.

Ini beberpa petikan ayat-ayat Allah dan Hadith mengenai SABAR untuk renungan kita.

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) .

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)k pilihan: