Thursday, August 4, 2011

Rakyat dapat RM1.50 syarikat dapat berjuta!


Inilah salah satu contoh bagaimana wang dana dari syarikat-syarikat kerajaan digunakan.Penggunaan wang yang dibuat atas nama sumbangan ini selalunya boleh menguntungkan pehak-pehak tertentu dengan memperalatkan nama rakyat.

Sumbangan dari IM Developement Berhad ini nampak baik dan mungkin ada manafaatnya. Tetapi bagi orang-orang yang berfikiran kritis terutama dari golongan pemerhati politik akan mempunyai pendapat yang berbeza. Mereka melihat sumbangan ini tidak begitu diperlukan sangat oleh rakyat sebaliknya kerajaan mempunyai motif tertentu disebalik pemberian akhbar percuma ini, seperti kata pepatah "ada udang di sebalik mee".

Apa tidaknya, adakah dengan sekeping akhbar bernilai RM1.50 untuk seorang rakyat itu memadai atau menepati kehendak rakyat. Dengan kata lain adakah itu yang ditagihkan oleh rakyat dari kerajaan.

Semua rakyat mengetahui bahawa syarikat utusan melayu yang dikatakan milik UMNO kini sedang menghadapi krisis kewangan akibat kejatuhan jualan akhbar harian berkenaan. Dan sumbangan itu sebenarnya adalah untuk membantu melariskan jualan akhbar berkenaan.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan selalu berkata kalau hendak menolong orang susah jangan diberi ikan, tetapi berilah pancing dan biarkan dia berusaha untuk mencari ikan dengan menggunakan pancing yang diberikan itu.


Inilah yang dikatakan, niat baik tapi jalannya tidak berapa betul dan selalunya peruntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat terdapat lubang besar ketirisan yang membolehkan pehak-pehak tertentu mengaut keuntungannya. Kata orang sekarang "rakyat dapat seringgit, depa balun juta-juta ringgit".

1 comment:

  1. jom kita selamatkan rakyat Malaysia dari BN. undi pakatan rakyat.

    *mohon follow dan pautkan blog saya kat sini. blog tuan dalam senarai blog PR seperti yang diminta.

    http://www.penburukonline.blogspot.com/

    ReplyDelete