Friday, September 30, 2011

PRU13; mengapa Pm Najib perlu segerakan.

Semalam Pak Menteri Nazri Aziz menasihati Pm Najib agar tidak perlu mengadakan PRU13 dengan kadar yang segera semata-mata untuk menentukan sokongan peribadi memandangkan tempoh penggal pilihanraya akan tamat pada 2013 nanti.

Isu ini timbul kerana ramai  pemerhati politik menjangkakan yang PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa terdekat ini. Ini berdasarkan kepada situasi politik dan isu-isu yang diketengahkan oleh PM Najib kini banyak menjurus kepada memenangi hati rakyat dan kemuncaknya sudah tentu akan tertumpu kepada pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober nanti.

Sebenarnya PM Najib bukanlah berhajat untuk melihat kekuatannya melalui pilihanraya kerana dia sememangnya telah kuat dan antara yang paling layak dalam UMNO untuk memegang jawatan itu kini.

 Apa yang dikehendakinya melalui PRU13 nanti sebenarnya, ialah barisan kepimpinan dan menteri kabinet yang sealiran dengan pendapat dan kehendaknya sesuai dengan motto transformasi yang dicanangkannya. Melalui PRU13 nanti akan mudah baginya membentuk barisan baru yang lebih berpihak kepadanya kerana dijangka akan ramai menteri-menteri kabinet yang ada sekarang akan gugur dan terpaksa meninggalkan Putra Jaya.

Apa-apa pun kita percaya sebagai seorang Perdana Menteri, sudah tentu dia dan barisan penasihatnya mempunyai percaturan yang betul lagi tepat mengenai apa jua keputusan yang bakal dibuatnya. Namun kesan dari keputusannya itu sudah tentu akan terkena untung dan ruginya kepada sesetengah pihak yang terlibat.

Wednesday, September 21, 2011

Jenayah disekolah.......kisah benar.

Sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah di sekolah-sekolah semakin berleluasa. Bermula dengan kes curi,ugut,gaduh,pencabulan dan sampai kepada kejadian merosakkan harta benda awam iaitu membakar banggunan sekolah itu sendiri.

Tidak pernah terlintas bahawa kejadian jenayah-jenayah berat boleh berlaku disekolah. Namun itulah realitinya yang sedang berleluasa sekarang. Pelajar atau Remaja hari ini lebih berani dan bertindak diluar batasan dan kawalan kita sebenarnya. Kerana apa? wallahualam. 

Bukan isu mencari salah siapa atau dimana silapnya, tapi ini ada kes terbaru yang berlaku disalah sebuah sekolah di utara semenanjung. Ceritannya agak lawak tapi ianya tetap perlakuan jenayahh

Apa tidaknya, sekumpulan pelajar dari kelas tercorot telah bertindak nekad membawa kotak 'Bantuan OKU'  dan mengutip derma kepada pelajar-pelajar lain dari kelas ke kelas dengan muka selamba tampa disyaki oleh guru dan pelajar lain.

Kejadian yang berlaku diwaktu akhir seisi sekolah ini, akhirnya disedari juga oleh pelajar pintar iaitu "Pengawas" yang merasa hairan mengapa pelajar-pelajar kelas akhir ini yang tidak punyai apa-apa jawatan diberi tugas untuk mengutip derma lalu terus menghubungi guru berkaitan.

Tengok, betapa cekapnya idea pelajar sekarang sehingga sanggup dan mampu bertindak demikian rupa. Mereka-mereka inilah bakal keluar sebagai masyarakat dan warga penduduk Malaysia akan datang.

Masyaallah, sebenarnya sekolah adalah kilang ilmu. Tapi kalau yang datang kesekolah itu tidak berminat untuk mencari ilmu, itulah yang akan terjadi. Ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab mendidik dan mengasuh kepada sekolah atau guru. 

Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap proses pembesaran anak-anak mereka kerana sebenarnya anak-anak itu adah kita semasa kecil dan akan datang. Mereka membawa bendera keturunan kita.

 

Wednesday, September 14, 2011

Banjir di Perlis apa hikmahnya?

Banjir di Perlis kini menjadi topik utama sembangkosong dikalangan seluruh rakyatnya terutama di pejabat-pejabat kerajaan, kedai-kedai kopi, mesjid dan surau.hatta dimana saja bilamana terdapat sekumpulan manusia melebihi dari seorang sedang berbual atau bertemu.

 Banyak orang melihat masalah banjir ini sebagai suatu keadaan atau perkara yang menimbulkan kesukaran (kesulitan ) yang memerlukan penyelesaian dengan beberapa perkiraan atau tindakan.

 Namun bagi orang yang bijak pandai dan pencari peluang, masalah banjir yang sering melanda seluruh negeri Perlis ini kadang-kadang boleh mendatangkan keuntungan bagi sesetengah pehak. Apa tidaknya; bagi gulungan ini slogan ilmu perniagaan dan sosial politik ada menyatakan "Problem is our opportunity".

 Nah tengok ni, Yayasan Pok dan Kassim yang diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim awal-awal lagi telah bersedia untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Sudah tentu berpusu-pusu mangsa banjir akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan dan sedikit sebanyak nama DSSK akan terus dijulang sebagai seorang YB yang pemurah dan suka membantu rakyat.

 Mana yang dikehendaki rakyat, peruntukan bantuan mangsa banjir atau peruntukan untuk menyelesai atau mengelak banjir. Tepuk kepala tanyalah mereka.

Saturday, September 3, 2011

Halalkah kedai ini ?


Halalkah restoran ini? Ini menjadi tanda tanya kerana Restoran ini yang namanya "Alaf baru" tertera nama pemiliknya bukan dari bangsa Melayu. Restoran ini terletak di perhentian rehat dan rawat Rawang lebuhraya utara selatan menghala ke utara.

Restoran ini menghidangkan makanan dari perbagai jenis mee dan bihun serta nasi goreng dilayani oleh pekerja-pekerja wanita dari negara jiran dan mendapat sambutan dari pelanggan dari orang-orang Melayu bergama Islam.

Melihat kepada nama pemilik kedai ini, menjadikan ana terasa was-was kerana tiada tanda "Halal" dipapan tanda restoran ini atau pengesahan dari pehak plus yang mengatakan restoran ini menyediakan makanan halal untuk kaum muslim.

Eloklah kita turut sama perhati dan mengambilalih tempat JAKIM untuk memastikan status halal sesebuah restoran itu mengikut kayu ukur kita sendiri untuk keselamatan sebelum terus membuat pesanan atau memasukinya.