Powered By Blogger

Friday, July 29, 2011

Cikgu dijangka dapat habuan lagi pada pembentangan bajet nanti.


Memetik kata-kata seorang penceramah dari BTN pada seminar pagi tadi, Datuk Seri Najib dijangka akan mengumumankan satu lagi bentuk insentif sebagai hadiah untuk kaum guru.

Seminar sehari yang dianjurkan khusus kepada seramai lebih kurang 400 orang guru itu banyak menerangkan tentang keadaan dan kepentingan kesetabilan politik tanah air kita Malaysia.

Rasa-rasanya macam-macam hadiah dan ganjaran akan diumumkan nanti dimasa pembentangan bajet demi memenuhi slogan Rakyat didahulukan. Adalah perkara biasa sesebuah kerajaan terpaksa menggubal dasar-dasar terbaru yang boleh mengambilhati rakyat terutama apabila hampir dengan tarikh pilihanraya.

Sebenarnya itulah kunci untuk mengekalkan kuasa memerintah sebenarnya iaitu memakmurkan rakyat dengan menjadikan kehidupan rakyat lebih sempurna dan selesa.

Rakyat sebenarnya tiada memilih sangat siapa dan party mana yang perlu menjadi pemerintah, tetapi rakyat mahukan pemimpin dan kerajaan yang sanggup mendengar suara mereka dan seterusnya melayan mereka dengan adil dan saksama.

Sunday, July 24, 2011

Kayanya TNB.


Wauuuuu order kereta baru nampaknya. Ohhh apa kesahnya kan banyak masyukkk bulan ini. Kalau kurang untung nanti penaik lagi kadar harganya. Adaaaaa dia kesahhhh. Berniaga dengan rakyat malaysia ini senang sikit.

Ini baru sederet kereta baru yang ada disebuah pejabat. Kalau campur seluruh negara tentu sepanjang Sungai Perak apa deretan kereta baru ini. kaya,kaya,kaya ejen yang membekalkannya.

Harap-harap lepasni janganleee cepat sangat sampai kerumah kita kalau bil rumah kita tertunggak atau lewat bayar bil.

Saturday, July 23, 2011

Hikmah disebalik kedatangn Najib ke Perlis


Lawatan resmi selama satu hari Datuk Seri Najib ke Perlis semalam adalah lain dari yang lain. Itulah kata-kata yang terbit dari YB Jefri ADUN Guar Sanji yang juga merupakan salah seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Perlis ketika diminta pendapatnya semalam.

Selalunya kita akan beranggapan bahawa kedatangan seorang PM atau Pemimpin tertinggi parti itu adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah atau isu dalama party yang timbul dalam negeri berkenaan.

Berbeza dengan lawatan PM Najib ke Perlis semalam yang seolah-olah menampakkan ianya merupakan satu kejayaan kepada Dato Seri Md Isa Sabu dalam mentadbir Negeri Perlis selepas menggantikan tempaat Dato Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Najib kini telah mula yakin dengan cara Md Isa Sabu mengepalai Kerajaan negeri dan telah mengiktiraf keupayaan YB Meteri Besar baru bersama teamnya mengurustadbir dengan baik akan pentadbiran dan politik Negeri Perlis.

Inilah hadiah sebenar yang dibawa Najib untuk rakyat negeri Perlis semalam dan adalah diharapkan Perlis selepas ini akan terus maju dan aman bagi membolehkan rakyatnya menikmati kehidupan yang lebih makmur dan sempurna segalanya.

Hahaha akan ada pulak orang yang akan rasa tak senang hati dan tak boleh tidur malam selepas ini!

Friday, July 22, 2011

Jom pakat-pakat p sambut PM Najib di Perlis


Hari ini PM kita Datuk Seri najib mengorbankan cutinya untuk turun padang bersama rakyat Negeri Perlis.

Maka seluruh rakyat negeri Perlis hari ini sibuk gila kehulu hilir untuk menyambut kedatangan pemimpin kesayangan mereka yang datang dengan membawa buah tangan yang berharga katanya untuk seluruh rakyat negeri paling utara itu.

Tua,muda,kecil,besar,lelaki dan perempuan dan seluruh kakitangan kerajaan akan bersama beliau hari ini untuk berkenduri sakan di dewan 2020, Kangar Perlis.

Seperti zaman dulu kala seperti yang kita ingat dalam buku satera bila mana ada keramaian di Istana Raja maka akan ada puisi yang ana ingat lebihkurang bunyinya begini:

Yang muda datang berlari,
Yang tua datang berpimpin,
Yang kecik datang berkendong,
Yang capek datang bertongkat,
Yang pekak bertanya-tanya,
Yang buta meraba-raba,
Yang panau menyusuur angin,

Yang pasti hari ini ramai dapat makan dan melancung secara percuma keseluruh negeri Perlis. Jangan lupa untuk melawat Wang Klian dan Padang Besar serta makan laksa di Kuala Perlis.

Sunday, July 17, 2011

Lemahnya iman kita.

Gambar hiasan:YAB Menteri Besar Kedah yang terpaksa mengenakan syarat tambahan melarang umat Islam dari memasuki peremis pusat hiburan disepanjang Ramadhan di Negeri Kedah. Jadi lepas bulan Ramadhan boleh pulak.......
Orang Islam di Malaysia rupanya masih lagi terpaksa bergantung undang-undang dunia lain bagi menjaga iman mereka. Hukum Islam yang tertera dalam Al-Quran dengan Halal dan Haram serta Makruhnya masih tidak boleh mengalahkan hawa nafsu yang bermaharalela dalam jiwa orang-orang Islam itu sendiri.

Sebenarnya sebagai orang Islam yang beriman dengan Allah swt, kita tidak perlu ada lagi undang-undang atau peraturan tambahan yang perlu diadakan oleh pemerintah bagi menghalang kita semua untuk memasuki atau turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti di pusat hiburan yang bersepah ada dinegara kita ini.

Yang sedihnya, undang-undang ini hanya diperlukan dibulan Ramadhan sahaja dan dengan kata lain seolah-olah dibulan-bulan lain selain Ramadhan adalah tidak menjadi larangan atau kesalahan kepada umat Islam untuk turut sama mengunjunginya.

Kita patut mengambil contoh rakan-rakan Islam kita yang hidup dinegara bukan Islam lain. Pegangan agama Islam mereka tetap kuat dan mereka tetap mengerjakan suruhan Allah dengan penuh taqwa dan ikhlas tampa menghiraukan ujian dan cabaran yang sentiasa melanda kehidupan mereka.Islam adalah cara hidup kita. Ikutlah suruhan Allah swt dan tinggalkan akan segala larangannya.

Friday, July 15, 2011

Marina, Mokhzani dan Mukriz boleh bersihkan Mahathir



Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia sekian lama sebelum Najib Razak sekarang ini. Adalah tidak mustahil sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut terdapat kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya terutama dalam membuat samada keputusan berhubung dasar atau pun sebarang kelulusan.

Adalah terlalu bongkak dan sombong kalau dia mengatakan bahawa semua yang dilakukannya adalah betul dan seadil-adilnya.

Pada kesempatan ini, adalah diharapkan anak-anak beliau yang banyak berdamping dengan gulungan rakyat jelata akan berani menyuarakan pendapat peribadi mereka sebagai mewakili suara rakyat dalam menegur atau mengkritik dasar serta pentadbiran jentera kerajaan. Selaku anak kepada bekas Perdana Menteri, sudah semestinya pengalaman dan penghidupan mereka selama ini banyak menyimpan perbagai rahsia dan isu bersama mereka.

Semoga dengan cara ini sedikit sebanyak dosa serta sedikit kesilapan dan kesalahan yang dilakukan bapa mereka semasa menjadi Perdana Menteri dulu akan tertebus dan tidak diikuti atau menjadi kesinambungan corak pemerintahan Perdana Menteri sekarang dan akan datang.

Sesungguhnya pengalaman lalu hendaklah dijadikan panduan dan cara yang lalu tidak semestinya sesuai untuk masakini dan akan datang.