Powered By Blogger

Wednesday, November 26, 2014

Ini pandangan sebenar......

Ana memang salah seorang pengikut setia yang selalu membaca The Scribe A Kadir Jasin. Ini adalah kerana ana beranggapan pandangan dari beliau adalah merupakan pandangan yang bebas dari unsuru-unsur mengampu dan mempunyai agenda tersembunyi disebalik tulisannya. Lagipun dia kini orang pencen dan tidak ada apa-apa jawatan penting dalam Kerajaan.....orang bebas macam ana laaaa.

Pandangan bebas inilah yang kita mahu walaupun pahit, kritikan dan teguran sebenarnya diperlukan agar semua dapat menilai dan mentaksirkannya. Yang baik tak perlu dipuji kerana semua yang Kerajaan buat dan datang dari atas baik-baik belaka. Yang tak baik dan tak eloknya adalah jalannya atau orang yang melaksanankannya.

Ini salah satu petikan dari tulisan  dalam The Scribe A kadir Jasin 25 Nov.2014 semasa beliau di tanya oleh setesen TV Singapura mengenai kemampuan Umno untukberubah dan seterusnya  menyaingi PR?
Ini katanya:

 Siang tadi saya ditanya oleh sebuah stesen TV Singapura apakah mampu Umno berubah menjadi lebih muda bagi menyaingi PR? Saya kata mesti, tetapi susah atau mustahil.

2. Saya kata, saya kurang yakin dasar dan rancangan pendaftaran terus ahli, khususnya belia akan berkesan, kalau Umno terus dipimpin oleh kepemimpinan tua, letih dan tercemar. Orang muda mahu bukti perubahan. Bukan cakap kosong saja.

3. Mohd Najib berkokok mengenai transformasi, tapi di mulut saja. Buktinya dialog antara beliau dengan Noh Omar. Kalau kepemimpinan negeri yang kecundang pun tak diganti, bagaimana kita boleh mengharapkan perubahan.

4. Muhyiddin pun omong kosong saja kalau tak bertindak dan Ahmad Zahid berpotensi ketinggalan kapal kalau tak berani turun ke bawah untuk gerakkan perubahan. "You will not be the DPM if Muhyiddin decides to (eventually) throw in the towel."

5. Saya katakan mustahil Mohd Najib akan berhenti atau diberhentikan macam Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mustahil menyekat Tun Dr Mahathir daripada terus mengkritik.

6. Kritikan Dr Mahathir tidak akan mengubah Mohd Najib tetapi boleh mengubah sokongan orang Melayu, khususnya generasi muda, terhadap Umno/BN dalam PRU akan datang. Mohd Najib tak kalah tetapi Umno-BN kecundang.

7. Pembahas msh pula, antara lain, berkata: “Sy cuma berharap agar proses untuk gantikan Presiden Umno ini dilancarkan 'ASAP' sebelum sy pengsan atau anak2 cucu sy kelak mati dgn mata tercelik.”

8. Sebenarnya beban apa yang Mohd Najib lakukan, seperti 1MDB, sudah pun cukup untuk membuatkan sdr pengsan dan anak cucu sdr mati dengan mata terbeliak. Siapa pun ambil alih, termasuk Pakatan Rakyat, rakyat jelata akan tetap beban hutang 1MDB yang berpuluh berbilion ringgit itu kalau ia muflis. 1MBD sudah terlalu besar untuk boleh dibiarkan gagal. Natijahnya kita kena keluarkan duit supaya 1MDB tak gagal.

9. Tetapi adakah pembahas dan perwakilan berani sentuh hal ini dalam persidangan?

10. Atau adakah feudalisme Umno sudah sampai ke tahap di mana peranan ahli dan perwalikan bukan lagi "to ask why, but to do and die"?

Wallahuaklam.

dari The Scribe A Kadir Jasin

No comments:

Post a Comment