Friday, May 20, 2011

Panggilan "Yang Berhormat" buat mereka lupa diri


"Dengarlah dan cari jalan untuk menyelesaikan masalah rakyat". Ini adalah amanat Tan Sri Muhyidin Yassin kepada semua pemimpin-peminpin Barisan Nasional sebagai senjata untuk menghadapi piliharaya umum ke-13 kelak.

Sebenarnya inilah tugas hakiki Wakil Rakyat yang dipilih pada setiap kali pilihanraya dan seterusnya menjadi impian kepada keseluruhan rakyat marhaen.

Umum diketahui selalunya selepas sahaja selesai pilihanraya, keadaan akan terjadi sebaliknya dan tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat apatah lagi selalunya janji akan tinggal janji.

Setelah selesai pilihanraya dan mendapat gelaran "Yang berhormat" keadaan dan prilaku mereka yang terpilih kadang-kadang bertukar 360% dari sifat dan keadaan seperti yang kita kenali semasa sebelum pilihanraya.

Selepas pilihanraya "YB" ini akan datang ke kampong-kampong berjumpa rakyat didalam majlis-majlis tertentu bersama orang-orang besar lain dan mulalah mereka mencanangkan itu dan ini terutamanya apa yang telah dan akan kerajaan laksanakan yang semuanya besar-besar dan hebat-hebat belaka.

Kadang-kadang apa yang dicakapkan itu langsung tiada kaitan dan berkepentingan dengan rakyat setempat, dengan lain perkataan "Rakyat mahu benda lain, yang kerajaan dok bagi benda lain".

Bersesuaian dengan pesanan Timbalan Perdana Menteri berkenaan kepada semua pemimpin BN yang mesti mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat tersebut, adalah wajar panggilan "Yang Berhormat" untuk semua ADUN dan MP itu ditukarkan kepada panggilan asal zaman dahulu kala (1960-70an) iaitu "Wakil Rakyat".

Mungkin dengan panggilan ini, semua ADUN dan MP akan sedar bahawa mereka semua diundi dan dipilih oleh rakyat serta tugas hakiki mereka adalah memperjuangkan permasalah rakyat dan menyuarakan kehendak rakyat kepada pehak atasan yakni kerajaan yang memerintah.

Apa tunggu lagi, esok mula kita panggil mereka dengan panggilan baru "Wakil Rakyat" @ "Tok Wakil".........kot baru depa mau sedaq sikit.

Wednesday, May 18, 2011

Hadiah Hari Guru yang disalahertikan...


Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Biasalah, selalunya pahat akan selalu berbunyi setelah rumah siap dibina. Apa-apa pun kita tunggu surat pekeliling yang sah dan lengkap mengenai kenaikkan gaji itu sebelum kita perdebatkan.

Apa yang nyata, hadiah tersebut lebih merupakan kepada pengstrukturan semula perjawatan dan kedudukan gred gaji terhadap jawatan-jawatan tertentu didalam perkhidmatan perguruan terutama yang melibatkan Pentadbiran sekolah dan guru.

Biasalah, yang dapat pangkat akan tersenyum lebar, manakala yang tertinggal akan merasa ditindas dan dipinggirkan. Apa tidaknya kalau dah 5 tahun gaji dah mati dan tidak merasa apa-apa kenaikan pangkat serta gajinya. Disebalik itu terdapat pulak rakan-rakan juniornya dan ketua-ketua atasan melompat-lompat naik gred gaji serta pangkatnya.

Tuesday, May 17, 2011

YB Hj Hashim Jasin terima anugerah dari DYMM Tuanku Raja Perlis



Tahniah kepada YB Tuan Hj Hashim Jasin ADUN Sanglang yang dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) sempena sambutan hari ulang tahun ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis.

Ini merupakan fenomena yang menarik kerana walaupun YB Hj.Hashim Jasin adalah merupakan ADUN Pembangkang di negeri berkenaan, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan untuk menganugerahkan darjah berkenaan berdasarkan penglibatan dan jasa beliau terhadap masyarakat dan politik tanahair selama ini.

Inilah yang kita kehendaki sesuai dengan zaman globalisasi masakini dimana perbezaan fahaman politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat negara kita.

Biarlah perbezaan fahaman dan keahlian parti politik itu dilihat hanya sebagai alat untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya sepertimana mengikut amalan demokrasi.

Dan sebagai rakyat, tidak kira dari parti mana sekalipun kita semua adalah sama dan berhak untuk mendapat apajua yang disalurkan oleh kerajaan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Saturday, May 14, 2011

Bila Melayu nak membela Islam.



Perkasa ugut jihad jika Kristian teruskan agenda rampas status Islam
TERKINI @ 09:37:08 AM 15-05-2011
Oleh Clara Chooi
May 15, 2011 Malaysia Insider

Patutlaaaa susah nak ceritakan hal Islam kepada pemegang Agama dan Bangsa lain selain Melayu di Malaysia ni. Asal dengar saja kebangkitan Agama lain, mulalah semangat naik menggila. Tapi bila seruan azan berkumandang dari Mesjid dan surau, buat2 pekak aje macam tak paham apa2 makna pun.

Wednesday, May 4, 2011

Bila "sumpah Laknat" digunapakai oleh pemerintah.


Alangkah senangnya semua urusan pentadbiran negara kita bila "Sumpah Laknat" alaf baru ini diterimapakai dan diiktiraf oleh semua pehak terutama pemerintah negara kita Malaysia tercinta ini.

Semua bakal Pak Menteri dan Perdana Menteri akan dikehendaki melalui acara angkat sumpah ini bagi mengelakkan mereka menyalahgunakan kuasa dan harta kerajaan waima memberikan projek serta tender kerajaan kepada saudaramara dan sahabat handai.

Semua pesalah atau suspek jenayah juga akan dikenakan tindakan yang serupa bagi mengelakkan kes-kes tertangguh begitu lama di mahkamah.

Alhamdulillah, nampaknya ini satu kemajuan kearah perlaksanaan hukum hudud dinegara ini oleh pemerintah kita masakini.

Yang susahnya nanti ialah bila kita semua dikehendaki "sumpah Laknat" oleh para isteri kita bila kita lewat pulang atau kembali dari outstation kelak!hahahah beranikah anda semua bersumpah nanti didepan isteri masing-masing ?