Powered By Blogger

Saturday, December 22, 2012

Dato Tajuddin mula merayu dah.......

Dato Tajuddin Abd. Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga merupakan Pengerusi Felcra Bhd merayu kepada pemimpin-pemimpin Koperasi Peserta Felcra agar menolong beliau dan Perdana Menteri dengan meyokong mereka dalam PRU nanti bagi memastikan BN terus kekal memerintah.

Beliau yang berucap meresmikan majlis mesyuarat agung tahunan koperasi berkenaan kepada perwakilan-perwakilan dari 145 buah koperasi peserta felcra dari seluruh negara di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur petang tadi.

Beliau menjelaskan sejumlah RM1.5 bilion nilai kontrak telah diberikan secara pemberian terus kepada kopersi peserta felcra sepanjang empat tahun dia menerajui Felcra sebagai Pengerusi.
Dan dia menerangkan bahawa kerajaan mempunyai agenda yang lebih besar lagi dimasa akan datang untuk memperbesarkan perniagaan Felcra bagi menjamin penambahan pendapatan Felcra dan seterusnya meningkatkan pendapatan peserta-peserta seluruh negara.

Bagi merialisasikan objektif dan perancangan berkenaan, sokongan dari barisan kepimpinan peserta adalah sangat-sangat diperlukan sebagai tanda syukur dan terima kasih kepaea usaha kerajaan dalam membangunkan masyarakat peserta.


Tuesday, December 18, 2012

Salah seorang bakal calun wanita utk PRU13 di Perlis.

 
Pecah berita bahawa ini adalah (kiri) merupakan salah seorang wanita yang
dikatakan bakal calun yang akan diletak oleh PR untuk bertanding salah satu
kerusi DUN di Perlis dalam PRU13 nanti.
 
Ketika ditemui pagi tadi, beliau dan beberapa sukarelawati PR sedang sibuk
bertandang dari rumah ke rumah pengundi-pengundi disalah satu kawasan DUN 
di Bahagian Kangar. Beliau berkeyakinan PR Perlis akan memberi tentangan hebat
dan sedang mengatur beberapa starategi untuk menarik orang ramai terutama
pengundi baru untuk memilih calun dari Pakatan Rakyat.
 
 
 
 

Monday, December 10, 2012

Sebut saja Projek KeraaaJaan .........inilah hasilnya!

Sebuah jawatankuasa khas menyenaraikan semua penyelewengan yang berlaku di zaman BN di Negeri Kedah telah ditubuhkan dan hasilnya, kerugian dan anggaran kerugian bagi setiap 'projek sakit' tinggalan BN itu adalah seperti berikut:

Yayasan Islam -RM11 juta, projek udang Kerpan -RM8.31, Jerai International Park -RM22 juta, Projek 990East Langkawi -RM48 juta, Seri Temin -RM25.6 juta, Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar -RM145 juta, Taliworks Langkawi -RM125 juta, Kompleks MPSPK -RM10 juta, Projek balak laluan TEKIH -RM3 juta, ubahsuai Seri Mentaloon -RM2 juta dan projek feedlot di Pendang -RM3.5 juta. Jumlah keseluruhannya ialah RM403.41 juta!

sumber bloglistMalaysia- ZULKIFLI YAHAYA

_________________________________________________________________________________

Sampai bilalah isu cerita begini nak hilang. Sejak dari dulu sebut saja projek yang dibuat kerajaan terutama melalui agensi atau apa C lagi tak tau, semuanya selalunya akan berakhir denagan C kata orang Cina.

Suahati berpendapat bab berniaga ini eloklah diserahkan kepada Syarikat-syarikat tertentu yang punyai kepakaran dan sejarahnya yang tersendiri serta kuat modal serta modal insannya.

Orang KeraaaJaan ini eloknya tak payah dok berniaga laaaa, buat habis harta dan duit hasil negeri sahaja yang terpaksa dok tanggung jelaskan hutang dan bayar saman kepada pihak-pihak tertentu terutaama rakan kongsi yang terdiri dar kroni-kroni yang sememangnya sejak awal-awal lagi berniat tidak ikhlas dan jujur dalam menjalankan perniagaan atau perkongsian itu.

Nak habaq bagi, didunia ini kalau sesuatu yang menguntungkan, maka tidak akan ada orang yang akan datang mengajak kita berkongsi akan perniagaan yang menguntungkan itu. Manakala kalau datang seseorang atau pihak tertentu untuk meminta kita membiayai atau berkongsi modal atau meminta kita membiayaai perniagaannya dengan janji untung, maka itu satu pembohongan belaka kerana sudah tentu pihak berkenaan berada dalam permasalahan dan berniat untuk hidup dan cari makan atas harta atau modal kita semata-mata.

Lagi baik Kerajaan kalau duit berlebih, buat saja apa yang dipinta dan diperlu rakyat dan lakukan dengan  telus dan terus kepada rakyat agar tidak menjadi apa yang pepatah kata " Mahal Rantai dari Berok" dan " Orang Lain Makan Isi Rakyat Hanya Makan Kuah".


Sunday, December 2, 2012

Boleh tahan lama ke KRIM ni...........

Kedai Rakyat 1 Malaysia yang terletak di Bangunan SPPM Alor Setar.
Nampak sunyi dan sepi sahaja setiap hari serupa bangunan tidak berpenghuni.

MTUC Dan CUEPACS Kendalikan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia – Najib

Petikan dari Bernama 12 Mei, (Serdang) — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi satu lagi hadiah istimewa kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).
Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.
 
Tergelak juga mendengar pelawaan ini. Hairan kalau MTUC dan CUEPACS mahu menerima pelawaan ini dan menerjunkan diri dalam bidang perniagaan peruncitan yang dianggap sangat tinggi risiko terutama kalau ianya dikendalikan oleh Koperasi apatah lagi oelh badan atau kesatuan seperti MTUC dan CUEPACS ini.
 
Tak serik-serik lagi dengan pengalaman lampau dan mampukah Kedai Rakyat 1 Malaysia ini bersaing dengan Hyper Market dan Super Market yang ada di seluruh pelusuk tanah air dan dikendalikan oleh Syarikat-Syarikat yang telah lama berpengalaman dan mempunyai rangkaian pengedarannya yang telah kukuh dan cekap.
 
Bagi ana bukan kedai yang penting, tapi barangan yang bermutu dan harga yangu berpatutan. Apa guna kita membuka kedai kalau kita boleh memperolehi barangan dengan harga yang murah dan bermutu dari kedai yang sedia ada. Mengapa tidak kerajaan menggunakan kuasanya sahaja untuk menentukan keluaran barangan-barangan tertentu terutama keluaran tempatan yang harganya murah boleh terjual atau dipasarkan di Pasar raya besar sedia ada seperti di TESCO atau GIANT dan MYDIN. Dan yang lebih penting kerajaan sepatutnya menentukan barangan keperluan rakyat seperti susu,ubatan dan peralatan kesihatan sepatutnya berada pada tahap harga yang murah.
 
Harap-harap MTUC dan CUEPACS berfikir dua kali untuk menerima pelawaan ini dan meneliti secara terperinci akan  tujuan penubuhannya sebelum menerima pelawaan untuk mencebur diri dalam perniagaan yang dikira tinggi risikonya ini bagi sebuah pertubuhan.
 
Berdoalah agar Kedai Rakyat 1 Malaysia ini mencapai matlamatnya dan terus kekal bersaiang di pasaran. Insy Allah kalau niatnya baik dan bertujuan baik akan berjayalah nanti tapi jika sebaliknya tujuan ini untuk kepentingan tertentu, akan kita lihatlah nanti akan akibatnya.
 
 

Saturday, December 1, 2012

Mengapa I Love PM.......


                                          I Love PM. Mengapa tidak I Love UMNO .............?

Friday, November 23, 2012

Orang Perlis mahu orang baru...........

Petikan dari freemalaysiatoday.com ....22/11

Dua bekas menteri Perlis tanding kerusi DUN?

 
 
"PETALING JAYA: Dalam usaha untuk meredakan konflik perebutan jawatan Menteri Besar di Perlis, dua ahli Parlimen akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka ialah ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar).
Menurut sumber, Azmi akan bertanding DUN Beseri manakala Radzi di Kuala Perlis.
Kerusi Menteri Besar menjadi perebutan di kalangan wakil rakyat Umno sejak `pemecatan’ Datuk Seri Shahidan Kassim dalam pilihan raya umum 2008.
Kumpulan penyokong Shahidan tidak mahu menerima Datuk Seri Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar yang dilantik pada 2008.
Sehingga kini krisis kepimpinan Umno negeri belum selesai sepenuhnya walaupun Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis.
“Dua muka baru yang dijangka bertanding ialah bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh di Parlimen Kangar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin di Padang Besar."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila tengok nama-nama ini, nampak sangat Perlis memang ketandusan pemimpin-pemimpin baru yang muda terutama dari UMNO.

Ingatkan akan muncul nama-nama baru yang terdiri dari anak-anak Perlis yang hebat-hebat dan competent yang akan dicalonkan kelak.

Apa boleh buat ramai cerdik pandai dan yang bijaksana berada di luar Perlis dan jarang pulak boleh bertapak dalam barisan kepimpinan party yang memerintah sekarang. Akhirnya mereka-mereka yang telah bersarang lama dalam UMNO Bahagian itulah yang merebut dulu peluang menjadi calon dan seterusnya mentadbir negeri Perlis yang bukan sahaja kecil malah serba kekurangan.

Biar mati adat jangan mati anak, begitulah juga dalam UMNO dan BN. Walaupun ada lagi manusia yang lebih layak dan boleh diketengahkan sebagai calon, tapi jarang hal ini akan berhasil kerana padahnya amat berbahaya sekali.

Yang pasti kalau nak orang baru kena pilih party baru, baru boleh perintah cara baru.

Saturday, November 17, 2012

Berita Sejuk : Ramai lagi yang akan letak jawatan selepas ini.......

Ketua Pemuda Umno Perlis: Saya sudah penat, sebab itu letak jawatan.

Itu tajuk utama semua blog dan berita di akhbar harian 16 Nov lalu. Ramai dikalangan pemerhati politik sudah tidak terkejut dengan senario ini lagi,kerana taktik sebegini sudah lama digunapakai oleh para pemain politik tanah air ini.

Adalah tidak menghairankan pulak kalau selepas ini banyak lagi tajuk-tajuk ini akan berada di dada akhbar arus perdana serta media cetak lain seperti disemua rangkain Tv milik Media Prima.

Semua telah maklum bahawa PRU13 telah hampir menjelma dan masing-masing nampak sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangannya. Bukan sahaja golongan rakyat marhaen yang telah terasa sangat gatal tangannya untuk memangkah, para pemimpin party daripada yang kecil sehingga peringkat tertinggi juga pun kini amat teruja menunggu tarikhnya diumumkan oleh PM kita.

Jadi selepas ini akan adalah dikalangan mereka-mereka ini yang ingin mengambil kesempatan dan peluang akan kedatangan pesta terbesar ini iaitu PRU13 nanti untuk meraih sesuatu untuk kepentingan peribadi mereka.

Akan ada selepas ini ramai lagi pemimpin-pemimpin kerdil dan besar dari berbagai party dan muncul mengumumkan hasrat mereka untuk melepaskan  jawatan dalam party mereka dan ada juga yang menunjukan hasrat untuk menyertai party lawan.

Setengah mereka itu ada yang tidak terpilih jadi calun dan memegang jawatan-jawatan tertentu, ada juga yang permohonan keatas sesuatu projek,permit dan lain-lain kepentingan mereka di tolak atau tidak diluluskan dan ada pulak yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat tender-tender kerja kontrak dan ada juga yang cuba menggunakan ini sebagai cara mengugut pehak tertinggi parti dengan tujuan tertentu.

Mereka-mereka ini boleh dianggap kebudak-budakan dan boleh dikaitkan dengan pepatah ini "Jok-Jok Tali Kuda, Kena Pujuk Baliklah Dia"

Walaubagaimana pun SUAHATI amat kagum kalau ada dikalangan mereka yang sanggup melepaskan jawatan tertinggi yang disandang serta turut mengistiharkan pulak dirinya menyertai lain-lain parti untuk meneruskan perjuangannya yang didakwanya demi untuk Agama, Rakyat dan Negara . Ini baru berani dan pemimpin politik sejati.

Wednesday, October 10, 2012

Ini dia MB Perlis lepas nie.........

Kalau nak tau, inilah bakal MB Perlis selepas PRU13 nanti. Ini adalah jalan terakhir bagi  menamatkan kemelut politik yang berlarutan antara Sahidan Kassim dan Md.Isa Sabu  yang sampai kini tak habis-habis lagi.

Orang kata "biar padan muka", asyik dok berebut sangat kerusi MB tu, kita bagi kat orang lain terus. Kata salah seorang warga emas yang jugak orang setia UMNO Perlis sejak zaman Pak Sheikh Ahmad dulu.

Hj. Mohd Anuar Tahir yang kini Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis dijangkan akan dinobatkan sebagai MB Perlis sekiranya PR berjaya menawan kerusi DUN Perlis dalam PRU 13 nanti.

PAS yang kini hanya menguasai 2 kerusi dari keseluruhan 15 kerusi DUN nampaknya terpaksa bekerja keras dan perlu berupaya menampilkan calun muka baru bertaraf 'super star' kalau mahu impiannya tertunai dalam PRU13 nanti.

Sama-samalah kita tunggu ketibaan PRU13 nanti, dan kita patut terima hakikat bahawa semuanya adalah ketentuan Allah yang maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui dan kita selaku rakyat jelata hanya mampu mengundi dan berharap sahaja. Wallahualam.

Saturday, September 15, 2012

Ternyata Shahidan Kassim disukai Wanita.........

Ternyata DSSK terus menjadi pujaan pergerakan wanita UMNO bilamana semua perwakilan wanita yang menghaziri mesyuarat perwakilan wanita Umno Bahagian Arau pada 8 september lalu mahukan Dato Seri Shahidan kekal bertanding pada PRU 13 akan datang.

Semua 128 cawangan wanita dari bahagian Arau yang diketuai oleh Hjh mastika Junaida dan Timbalannya Datin Hjh Shamsidar Mohd Yassin yang juga isteri kepada mantan MB Perlis itu juga mendesak agar satu kerusi DUN di Bahagian Arau juga dikhaskan kepada calun wanita.

Mereka mendakwa sudah sampai masanya jasa-jasa kaum wanita dikenang dan dibalas dengan secukupnya berdasarkan tugas dan peranan wanita telah terbukti membantu kecemerlangan UMNO selama ini.


Kita patut sokong agar kaum wanita diberi keutamaan kerana merekalah sebenarnya yang berada disebalik sebarang sesuatu kejayaan itu. Tampa wanita kaum lelaki jadi tidak bermakna.

Wednesday, July 4, 2012

Pantun seloka pilihanraya

Seorang rakan dari Perlis mengirim pantun ini kepada ana tadi,
bunyinya begini:

Peneroka dapat saham
Driver taxi dapat tayar
Dekat-dekat pilihanraya kita kena paham
Minum kopi pun YB sanggup bayar.

Pemerintah tabor wang
Janji boleh menang piliharaya
Otak rakyat terawang2
YB2 nanti kaya raya

Di Serawak ada Kuala Tatau
Kuala Pilah Negeri Sembilan
1 Malaysia semua dah tau
Umpan BN dah tak jalan.

kah3......pandai depa cipta pantun sebegini, gelak pecah perut juga dibuatnya.
Terima kasih sahabatku Zul Gunting Rambut dari Kangar yang menyumbangkan pantunseloka ini.


Thursday, June 21, 2012

Peringatan buat mereka yang mengaku dirinya Islam


Ust Abd Ghani Shamsudin bekas orang kuat PUM dalam satu ceramahnya di Alor Setar semalam mengingatkan kepada semua yang mengaku dirinya sebagai orang Islam agar benar-benar mengikut segala suruhan Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya sebagaimana yang terkandung di dalam kitab suci Allah iaitu Al-Quran. Dan kita juga disarankan agar beribadah dan mengamalkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw kepada kita semua agar diri kita tidak mudah disesatkan.

Beliau  juga menyarankan agar corak pemerintahan negeri Kedah Darulaman kini dapat dikekalkan dan diterima oleh rakyat negeri ini dan negara ini keseluruhannya.

"Jangan sia-siakan hidup ini, dan jangan biarkan kita selaku umat Islam mati dalam keadaan jahiliyyah. Hanya Islam sahaja yang boleh melindungi kita semua dan Islam saja yang oleh menyatukan kita semua Insyaallah.

Saturday, May 26, 2012

Pesara kanan kerajaan diburu party politik

Sejak kebelakangan ini timbul di sana sini beberapa orang pesara kerajaan yang dulunya berjawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan turut menyertai party politik tertentu.

Penerjunan gulungan ini dalam politik tanahair tidaklah begitu menghairankan kerana ianya telah lama berlaku. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tindakan gulungan ini yang berani mengistiharkan secara terbuka menyertai party pembangkang adalah sangat menarik minat pemerhati politik termasuk rakyat marhaen.

Sebenarnya gulungan pesara ini banyak sekali mempunyai rahsia tersendiri. Sepanjang perkhidmatan mereka yang hampir 30 tahun terlibat dalam perkhidmatan kerajaan sudah memberi peluang kepada mereka untuk bukan sahaja mahir malah membolehkan mereka  mengetahui perbagai liku dan ranjang dalam segala hal perkhidmatan kerajaan. Semua dasar dan sistem serta perlaksanaan jentera pentadbiran kerajaan diketahui mereka ini termasuk kelemahan dan kepincangan yang berlaku.

Jadi tidak hairanlah kini pesara-pesara kerjaan terutama yang dulunya berjawatan tinggi kini menjadi rebutan party-party yang ada bagi memperkuatkan jentera party masing-masing.

Pilihlah jalan masing-masing dan yang terbaiknya eloklah kita berkata apa yang sebenarnya berlaku dan beritahulah kebenarannya mengenai sesuatu perkara yang benar-benar kita ketahui. Semoga tindakan kita nanti boleh memberi kebaikan kepada semua pehak terutama gulungan rakyat yang memerlukan kehidupan yamg lebih makmur dan selesa dibumi Malaysia yang kaya raya ini.

Monday, April 30, 2012

musim pasang bendera........

Sekarang ini di Malaysia ialah musim menaikkan bendera party oleh ahli parti masing-masing. Nak tau apa sebab mereka ini sibuk menaikkan bendera ini dan ada pulak sesetengah orang sibuk menukarkan bendera kesukaannya. Kalau dulu dia pasang bendera parti A kini dia tiba-tiba bertukar pulak kepada bendera parti lain.

Hahahaha semuanya ada sebabnya terjadi begini. Dan antaranya ialah :

1. Gagal mendapat wang BR1M
2. Gagal mendapat sumber bantuan banjir
3. Kalah jawatan dalam pemilihan AJK cawangan parti
4. Tidak dapat apa-apa tender projek sepanjang tahun lalu
5. Kontarak kantin sekolah dan cuci kawasan di sekolah2 kerajaan ditamatkan dan tidak disambung semula
6. Anak gagal mendapat pekerjaan yang dipohon dalam jabatan kerajaan
7. Namanya tidak terpilih dalam senarai lawatan sambil melancung yang dianjur parti
8. Berbulu melihat kawan2nya  yang mendapat perbagai kemudahan kerana baik dgn YB kerajaan
9. Marah kerana anaknya gagal mendapat komputer riba pemberian sekolah
10.Marah kerana dah lama dah jalan masuk kampong dia belum diturap dengan tar

Dan perbagai macam alasan lagi boleh dicari yang menyebabkan mereka ini mengibarkan bendera parti mereka samada di tepi jalan atau di atas pokok di hadapan rumah mereka.

Selalunya YB dan orang kuat parti akan mengambil tindakan segera serta memberi perhatian yang serius kepada mereka-mereka ini. Berbeza dengan ahli setia yang hanya senyap dalam menyokong sesuatu parti itu, golongan ini kadang-kadang akan mendapat berbagai manafat dan habuan dari pemimpin parti yang takut akan kehilangan undi atau sokongan mereka.

Apa lagi, buatlah sesuatu kalau mau ambil kesempatan dan faedah dari demam PRU13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa saja lagi.



Saturday, April 21, 2012

Mampukah MCA bangun semula di Kedah........

 Pagi tadi secara kebetulan bersarapan pagi di restoran yang sama dengan YB Ahli Parlimen Alor Setar yang juga orang kuat MCA Kedah YB Datuk Chor Chee Heung.

Ditanya soalan apakah  MCA akan memohon tambahan kerusi  di negeri kedah dalam  PRU13 akan datang, beliau dengan selamba menjawab "boleh menang dengan kerusi yang diperuntukan pun telah memadai",

Dalam PRU12 yang lalu MCA Kedah telah diperuntukkan 2 kerusi Parlimen iaitu Alor setar dan Padang Serai manakala 4 kerusi dewan Undangan Negeri ialah di Kota Darulaman, Gurun, Bakar Arang dan Kulim.

Kecuali Gurun semua kerusi DUN yang dipertandingkan MCA telah tewas manakala hanya kerusi Parlimen Alor Setar yang diwakili Datuk Chor sahaja yang berjaya dimenangi dengan kemenangan tipis iaitu hanya dengan majoriti 184 undi menewaskan calun DAP.

MCA dijangka akan kekal dengan pengagihan kerusi seperti PRU12 yang lalu iaitu 2 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN kini sedang bersiap sedia dengan calun-calun baru dan strategi baru memenangi kembali hati pengundi terutama dari kalangan pengundi Tionghua.

Bolehkah MCA menawan kembali kubu kuatnya yang terlepas kepada parti pembangkang pada PRU12 lalu? Ini yang menjadi tanda soal kerana situasi serta selera pengundi baru tak kira apa bangsa dewasa ini amat sukar dikenalpasti. Semua ini bergantung kepada sejauhmana kerajaan yang memerintah kini terutama BN dapat menyakinkan pengundi bahawa Rakyat akan terus didahulukan dalam apa saja bentuk dasar dan program pembangunan yang akan dilaksanakan nanti.


Tuesday, April 3, 2012

Nah..ini bukti orang korporat berpolitik kerana wang

 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
 
Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan
syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Ini adalah bukti nyata untuk kita semua mengapa golongan korporat berlumba-lumba malah tergila-gila akan jawatan dalam polotik. Mereka akan melakukan apa saja malah sanggup melabur dan berhabis jutaan ringgit bagi mendapat tempat dan kedudukan dalam parti politik terutama parti yang memerintah negara.

Ahli perniagaan Malaysia samada di kampong, daerah, negeri dan negara sekarang ini penuh berlegar-legar d isekeling pembesar-pembesar negara bagai lalat hijau menghurung bangkai. Mereka bukan sibuk mengurus perniagaan mereka tetapi sibuk bersama orang politik dan pembesar negara bagi melobi jawatan dalam parti politik.

Kerana apa tu! kerana habuan yang menantinya bila ada jawatan dalam parti adalah sangat besar dan boleh menjamin kekayaan kereka bertambah-tambah.

Bila ada jawatan dalam sesebuah parti politik terutama yang memeritah negara ini, senang bagi mereka untuk berhubung dengan lebih rapat lagi dengan pihak pemerintah dan dengan mudah untuk mendapat peluang perniagaan dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan kerajaan.

Nak salah siapa, orang politk bagaimana kah yang diperlukan kita sebagai rakyat bihli politik yang berjuang menggunakan wang atau ahli politik yang bersemangat juang membela nasib rakyat dan keadilan untuk semua.

Hampa pikirlah sendiri kerana kita boleh membuat pilihan dan ditangan kitalah mereka terpilih dan dipilih.

Tuesday, March 27, 2012

Ini yang sepatutnya.

Tahniah kepada PLUS yang bertindak bijak mengeluarkan arahan ini.
Sepatutnya penguasa peremis lain pun dapat mengambil contoh ini.
Larangan ini bukan bermakna rakyat Malaysia tidak pemurah orangnya.
Larangan ini adalah untuk mengelakkan kejadian kutipan derma tipu ini terus  berleluasa.

Umum mengetahui kerajaan negara kita mempunyai pelbagai kementerian dan jabatan khusus dan mempunyai peruntukan yang banyak untuk pelbagai aktiviti dan bantuan.
Negara kita ada macam-macam dana yang punyai jutaan ringgit untuk tujuan  ini.
Negara kita ada pelbagai NGO dan badan amal untuk tujuan memberi bantuan ini.
Ada macam2 jabatan dan kementerian, ada baitulmal, ada macam-macam yayasan, dan ada macam2 institusi yang terlibat dalam memberi bantuan dan sumber kewangan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Menjadi tandatanya kepada masyarakat umum kenapa timbul lagi peminta derma dan pencari sumbangan dimerata-rata tempat seperti di peremis awam, mesjid, tempat parkir kereta dan ada juga yang berkunjung dari rumah ke rumah terutama dihari cuti am.

Bukan kedekut atau bakhil, tapi kadang-kadang timbul jugak dihati kecil ini, "betul ke mereka ini memerlukan bantuan atau memangnya ini kerja mereka untuk mendapat sumber wang dengan mudah."

Ingatlah memberi itu lebih baik dari meminta.
 

Monday, March 12, 2012

Apa kata PM Najib mengenai Kak Jat

Satu demi satu musibah dan isu mendatangi kepala PM kita sejak akhir akhir ini.

Semuanya berkisar dan memerlukan ketajaman dan kekuatan mental beliau untuk menghadapinya.

Dan sejak akhir-akhir ini apa saja yang disarankan dan dilakukan semuanya seolah-olah tidak menjadi dan menjadi bahan tawa pehak musuh politiknya.

Beginilah keadaannya bila seseuatu pertubuhan atau badan itu tidak berapa kukuh dan kuat. Apatah lagi bila yang ada disekeliling kita juga terdiri dari mereka-mereka yang lemah dan yang hanya pandai mengambil kesempatan serta keuntungan peribadi tampa mengira kesan yang bakal dihadapi.

Cerita mengenai Kak Jat yang mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Mneteri yang menjaga kebajikan keluarga dan wanita semalam sebenarnya  telah diduga. Namun tidak timbul  isu perletakan jawatan sebenarnya  kerana apa yang diberitakan ialah mengenai tamat temponya sebagai Senator yang dilantik kerajaan.

Tidak perlu dia mengumumukan apa-apa kerana kerajaan PM Najib yang akan menentukan mengenai kedudukannya selepas itu.

Pengumumannya itu seolah-olah untuk meraih sokongan peribadi atau mungkin  dia telah menerima lampu isyarat  awal dari ketuanya.

Meminjam kata-kata Bung Moktar, ianya baik tetapi agak terlewat tindakannya itu. Sekarang ramailah rakan-rakan kak Jat dan musuh dalamannya sedang berangan-angan untuk menggantikannya. Siapakah dia, tentulah selepas PRU13 nanti.

Monday, March 5, 2012

Punca sebenar kemelut Kedah........

Semua sibuk dengan kemelut krisis perlantikan exco kerajaan negeri Kedah seminggu ini. Satu Malaysia dok bercerita sana sini dengan perbagai versi mengenai kisah 3 Abdul di Kedah. Sudah menjadi lumrah alam dan kesukaan manusia yang tidak berapa kuat imannya yang amat gemar dengan berita-berita buruk dan sebaliknya tidak menyukai berita-berita baik.

Macam-macam cerita terdengar tentang bagaimana kemelut krisis 3 Abdul di Kedah ini timbul. Ada yang kata orang itu salah dan ada yang kata orang ini salah dan ada tu pulak yang meletakkan kesalahannya pada orang lain yang tiada kaitan dengan mereka ini.

Mana satu yang  betul wallahualam. Yang penting kita sebagai rakyat marhaen ini, bukan nak tahu sangat apa masalah mereka, apatah lagi tidak niat langsung untuk memperbetulkannya. ikut suka hampalah kata orang Kedah.

Sebagai rumusannya, kita semua boleh rumuskan bahawa semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerja nafsu dan syaitan yang sentiasa menggoda kita manusia ini, apatah lagi ianya mungkin lebih kuat godaannya terhadap mereka yang mendakwa lebih arif dan kuat pegangan agama mereka.

Semuanya ini adalah kerana tidak SABAR. Inilah punca segalanya. Semua kita telah maklum dan faham benar dengan istilah ini. Dan semua kita telah melihat banyak sangat sebelum ini beberapa manusia yang bergelar pemimpin tinggi telas tewas dan gugur dek kerana TIDAK SABAR.

Bagi ana, bermula dengan kejatuhan Musa Hitam, Tengku Razalie Hamzah, Sahril Samad, Mokhtar Hashim, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali, Khir Toyo, dan yang terbaru Hassan Ali serta banyak lagi sinarai pemimpin-pemimpin muda lain yang tumpas di pertengahan jalan dalam perjuangan mereka.  Semuanya adalah kerana faktor SABAR.

Begitulah kemelut yang melanda Kedah ini. Semuanya kerana mereka itu adalah dari gulungan manusia yang tidak boleh lagi bersabar. Baikkah tilndakan mereka itu! Wallahualam dan marilah kita berdoa semoga Allah terus memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka yang terlibat ini.

Ini beberpa petikan ayat-ayat Allah dan Hadith mengenai SABAR untuk renungan kita.

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) .

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)k pilihan:

Sunday, February 19, 2012

Peserta Felcra dapat "nasi sejuk"....



  Habuan yang dinantikan ribuan peserta FELCRA ternyata hambar kerana apa yang diumumkan PM 1Malaysia dalam perhimpunan rakyat semalam dianggap "nasi sejuk" oleh  peserta Felcra semua.

Dividen yang diumumkan setiap tahun oleh Felcra itu sebenarnya hanya retorik semata-mata kerana ia sebenarnya adalah wang lebihan peserta hasil jualan kelapa sawit dan susu getah dari ladang-ladang peserta Felcra yang diurustadbir kan oleh felcra .

Dividen yang dikatakan itu sebenarnya adalah hasil pendapatan ladang-ladang milik peserta Felcra setelah ditolak kos-kos tertentu serta hutang pembangunan oleh Felcra yang sememangnya perlu dipulangkan kepada peserta setelah akaun ditutup pada setiap tahun.

Tiada apa yang diberi PM 1Malaysia sebagai hadiah istimewa untuk peserta-peserta Felcra semalam melainkan percikan bunga api dan persembahan konsert percuma oleh artis-artis tempatan.

 30 ribu peserta  dari seluruh negara yang diangkut dengan bas percuma oleh Felcra ternyata sedikit kecewa kerana tiada ole-ole yang istimewa diberikan kepada mereka seperti yang selalu PM berikan kepada Peneroka Felda.

Namun bagi Datuk TAR, perhimpunan ini amat berjaya sekali kerana beliau telah dapat meyakinkan PM Najib bahawa beliau tetap berpengaruh dan punya kekuatan di Negeri Perak yang sangat-sangat memerlukan kuasa ajaib dalam PRU13 akan datang.

Begitulah politik, permainan kuasa yang memerlukan kuasa untuk memiliki kuasa seterusnya.


Friday, February 17, 2012

Felcra taja perhimpunan rakyat di Changkat lada


Esok 18Feb 2012 PM Najib akan bertemu rakyat di Changkat Lada kawasan bandar baru yang dibangunkan oleh Felcra.

100 ribu rakyat jelata dr seluruh pelusuk negara sudah tentu akan diangkut menyertainya perhimpunan besar ini yang entah apa tujuannya.

Melihat kepada persiapan yang telah diatur, perhimpunan ini dijangka yang terbesar pernah dibuat dan menelan belanja ynag tidak kurang jutaan ringgitnya.
Ini semua bukan masalah kerana Pak Tajuddin yang menerajui Felcra sekarang ini mempunayi cukup banyak dana untuk mengaturkannya.


Ini adalah antara khemah VIP yang akan menempatkan tetamu-tetamu VIP dalam perhimpunan rakyat tersebut yang akan diadakn pada jam 8.00 malam 18 feb.esok.

Apa manafaat dan faedah kepada rakyat dari perhimpunan yang bernilai jutaan ringgit ini, sama-samalah kita tunggu dan lihatnya.


Tuesday, January 31, 2012

Pemimpin politik punca masyarakat berbalah.........

Ustaz Khazim dengan lantang menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin besar party politiklah sebenarnya punca utama menyebabkan masyarakat malaysia berpecah-belah dan berbalah sesama sendiri.

Kerana ingin berkuasa dan memiliki kuasa tertentu mereka-mereka ini sanggup menggunakan perbagai cara dan jalan bagi membentuk dan memperkuatkan  kumpulan penyokong masing-masing.

Beliau berkata demikian dalam ceremahnya di Alor setar malam tadi yang diadakan di perkarangan restoran Belinda Nasi Ayam. Beliau berharap semua pemimpin politik terutama yang beragama Islam hendaklah kembali kepada ajaran Al-Quran dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw dalam usaha mereka memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara agar ianya boleh mendapat kebarkatan dari Allah swt.


Saturday, January 14, 2012

Satu pengiktirafan kepada pemimpin PR

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah.

 Diberitakan beberapa orang pemimpin PR lain juga turut tersenarai menerima anugerah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 hari ini.

Penganugerahan bintang kebesaran Sultan Kedah kepada beberapa pemimpin PR yang memerintah negeri Kedah Darul Aman ini merupakan suatu pengiktirafan yang tinggi dari Baginda Sultan kepada barisan pemimpin PR yang memerintah di negeri jelapang padi ini.

Semoga Kedah terus makmur di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dan  Allah terus memberi rahmat dan berkat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah. Daulat Tuanku.

Friday, January 13, 2012

Pesanan Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ikutlah perinsip permainan catur dan jangan jadi Haji Dam". Begitulah pesanan Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah subuh kepada jemaah disalah sebuah surau di Bandaraaya Alor Setar pagi semalam.

Dalam permainan "Dam" yang digemari oleh ramai orang melayu suatu ketika dulu, Dam yang mendapat gelaran Haji amat berkuasa dan mereka boleh membunuh lawan disekeliling mereka tak kira kiri,kanan depan dan belakang malah mereka bebas bergerak keseluruh pelusuk gelanggang tersebut. Semuanya berniat untuk mendapat gelaran "Haji Dam" agar dapat lebih kuasa dan menghapuskan segmua lawan untuk mencapai kemenangan bagi pihaknya.

Manakala dalam permainan catur yang popular dikalangan masyarakat bukan Islam dan Melayu khususnya, semua bala tentera disekelilingnya perlu mempertahankan Raja(Agama) berpalangnya agar tidak diistiharkan  tewas.

Kesimpulannya beliau mengingatkan kita sebagai umat Islam agar mula sedar dan bangun untuk mempertahankan Agama Islam kerana  hanya dengan kekuatannya sahaja  yang boleh menjadi ubat atau perangsang kepada kekuatan ummah.

Kalau Islam lemah dan runtuh sudah tentu umatnya juga akan turut dihina dan seluruh umat dan negara akan musnah dan lenyap. Ayuh semua bangkit dan marilah kita semua dengan penuh bersemangat memperjuangkan kegemilangan agama Islam dengan memeperkuatkan amalan kita mengerjakan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan segala larangannya. Lakukan apa saja yang terdaya agar Agama Islam terus menjadi agama yang agung dan mulia di dunia ini.

Insyaallah hanya Islam yang boleh menjayakan segalanya. Jadi berfikirlah secara Islam dalam segala urusan kita didunia ini.




Tuesday, January 10, 2012

Pemimpin no 1 Malaysia alaf baru.

Semua kita tidak boleh menafikan bahawa telah termetri dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia akan nama seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Tidak kira yang menyukainyai atau yang terpaksa membencinya, nama Anwar Ibrahim tetap berkisar malah terngiang-ngiang seperti bisikkan di dalam kepala kebanyakan kita terutama yang terlibat dalam politik tanahair.

Bagi ana, semua kita selaku manusia boleh memimpin dan menjadi pemimpin. Tapi untuk bertindak dan berjuang bagi mendapat tempat selaku Pemimpin  sebagaimana yang dilalui oleh Hamba Allah yang bernama Anwar Ibrahim ini, sudah tentu amat sukar dan tidak akan termampu  oleh kita semua.

Bermula dari peristiwa pemecatannya dari meangotai barisan kabinet kerajaan pada tahun 1997, Anwar Ibrahim seolah-olah seorang penjenayah membahaya  dan menjadi buruan pihak penguasa kerajaan. Saban hari beritanya tersebar, tersiar dan diperkatakan diseluruh pelusuk tanahair. gambar wajahnya tersiar, terpapar dan terpancar hari-hari dan ditatap oleh seluruh lapisan masyarakat.

Dan semalam 9 januari 2012 yang mempopularkan angka 901 merupakan lanjutan dari peristiwa 1997. Sejak dari tarikh keramat itu hingga kini sudah banyak perkara dan matabenda yang terkorban dan terpaksa dikorbankan . Berjuta wang ringgit telah dibelanjakan dan banyak telah masa diberikan sesetengah pihak untuk tujuan itu. Dan berbagai kisah dan cerita yang kita dengar mengenainya.

Apakah semua ini dan perlukah semua ini lagi. Ana lihat kisah Anwar Ibrahim ini tidak akan ada penamatnya, Inilah adalah kerana apa yang diperjuankan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya adalah perjuangan rakyat. Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan alat kepada rakyat  untuk menyuarakan  kebangkitan suara rakyat terhadap kepincangan serta beberapa kelemahan kerajaan yang memerintah.

Kepada kerajaan yang memerintah, eloklah bersedia dengan kebangkitan suara rakyat ini. Adalah lebih baik pemerintah yang ada kini mendahulukan apa jua kehendak rakyat dan utamakan pencapaian dengan melihat semula bebarapa dasar dan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan agar tidak berlaku salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa dikalangan pemimpin dan jentera pentadbiran kerajaan.

Rakyat kini berada dizaman millenium dan mereka bukan sahaja boleh melihat malah boleh menilai apa jua yang dilakukan oleh pemerintah. Pemikiran dan tahap pengetahuan barisan kabinet dan pemimpin kerajaan kini telah sama level dengan kedudukan rakyat jelata . Terkilas ikan di laut, sudah tahu jantan betinanya.

Namun detik 901 telah memberi kemenangan kepada semua pihak. pembebasan Anwar Ibrahim membuatkan semua merasa lega tak kira yang menyukainya ataupun yang memsuhinya. Keputusan yang boleh disifatkan sebagai keadaan menan-menang ini boleh membuatkan semua menarik nafas lega buat sementara waktu mungkin. Masing-masing mendakwa beroleh laba  dari keputusan yang dibuat oleh Hakim berkenaan. Alhamdulillah semuanya adalah ketentuan Allah swt dan semua kita Insyaallah akan memperolehi limpah kurnia dariNya kelak.

Keputusan kes Anwar Ibrahim 901 dijangkan akan mencorakkan senario politik tanahair kita. Pru 13 nanti adalah titik tolaknya. Berjayakah Anwar Ibrahim menyemarakan lagi api kemaraan pakatan pembangkang atau berjayakah BN mengembalikan kuasa besarnya keatas rakyat negara ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti.





















Sunday, January 8, 2012

Inilah penyudahnya cerita.

The Star/Asia News Network
Sunday, Jan 08, 2012
PETALING JAYA: Selangor executive councillor Datuk Dr Hasan Ali has been sacked from PAS with immediate effect, party organ HarakahDaily reported Sunday.
actions, which were deemed detrimental to the party.
Dr Hasan, who is also former Selangor PAS commissioner and assemblyman for Gombak Setia, has been critical of PAS' leadership, particularly on the welfare state concept espoused by the party, which he said deviated from its original struggle of championing Islam.

Memang patut pun PAS ambil keputusan sebegini. Tak guna menyimpan seorang pemimpin sedemikian rupa. Seorang yang mendakwa Pakar Motivasi berpengalam selama 38 tahun tapi bertindak macam orang kampong kepala masam.

kalau dia seorang pemimpin yang betul-betul jujur sejujur dan seamanah Nabi Muhamad saw yang menjadi idola kita umat Islam, ana percaya dia tidak bertindak sebagaimana tindakan dan prilaku dia sekarang ini.

Selaku orang yang berpengaruh,ternama dan berjawatan, tindakan dia yang menentang secara terang-terangan terhadap party dan rakan-rakan pemimpin lain telah menunjukkan siapa sebenarnya Hasan Ali ini.

Pemimpin pergi dan datang dan dalam sejarah politik Malaysia, jarang pemimpin yang dipecat selain Anwar Ibrahim yang dapat hidup dan berjaya dengan party barunya. Biarlah dia dengan dunianya dan kita doakan dia berjaya dan berbahagia dengan dunia barunya kelak.