Powered By Blogger

Sunday, September 8, 2013

PERKASA mahu PM memperkasa langkah atasi defisit negara


PERKASA mahu PM bertindak lebih bijak atasi masalah defesit negara



Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali  berkata kepada Free Malaysia Today, Perdana Menteri perlu bijak mengemukakan langkah alternatif sekiranya benar-benar mahu mengurangkan kadar defisit negara dan bukan hanya mengurangkan kadar subsidi minyak semata-mata.

Langkah itu termasuk memotong gaji menteri, pegawai kakitangan awam berpangkat tinggi berpangkat  Jawatan Gred Utama Sektor Awam (Jusa) termasuk ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara lima sehingga 10% selain mengurangkan perbelanjaan penganjuran majlis rasmi.
“Kalau nak kurangkan defisit maka sepatutya secara serentak kena tengok belanja negara yang kita rasa tak produktif atau yang perlu dikorbankan.

“Tentu rakyat akan rasa lega tengok gaji menteri dipotong 5-10%…kena serentak maka rakyat tentu rasa ini tindakan betul dan mereka boleh
terima,” katanya.

Kadang-kadang boleh pakai juga kepala Datuk Ibrahim Ali Presiden PERKASA. Orang macam ini yang rakyat perlukan sekarang untuk menjadi jurucakap membawa masalah rakyat kepada pihak atasan.

Kebanyakan yang ada di atas terutamanya yang berjawatan tinggi dalam kerajaan selalunya lebih  suka bercakap bagi pihak Kerajaan dan hanya bertindak menerangkan langkah-langkah dan tindakan Kerajaan semata-mata.

Harap-harap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin NGO dan Kerjaan yang lain selain pembangkang turut mahu menyaurakan perkara-perkara yang sebenarnya mengikut kehendak dan keperluan rakyat.