Powered By Blogger

Monday, April 30, 2012

musim pasang bendera........

Sekarang ini di Malaysia ialah musim menaikkan bendera party oleh ahli parti masing-masing. Nak tau apa sebab mereka ini sibuk menaikkan bendera ini dan ada pulak sesetengah orang sibuk menukarkan bendera kesukaannya. Kalau dulu dia pasang bendera parti A kini dia tiba-tiba bertukar pulak kepada bendera parti lain.

Hahahaha semuanya ada sebabnya terjadi begini. Dan antaranya ialah :

1. Gagal mendapat wang BR1M
2. Gagal mendapat sumber bantuan banjir
3. Kalah jawatan dalam pemilihan AJK cawangan parti
4. Tidak dapat apa-apa tender projek sepanjang tahun lalu
5. Kontarak kantin sekolah dan cuci kawasan di sekolah2 kerajaan ditamatkan dan tidak disambung semula
6. Anak gagal mendapat pekerjaan yang dipohon dalam jabatan kerajaan
7. Namanya tidak terpilih dalam senarai lawatan sambil melancung yang dianjur parti
8. Berbulu melihat kawan2nya  yang mendapat perbagai kemudahan kerana baik dgn YB kerajaan
9. Marah kerana anaknya gagal mendapat komputer riba pemberian sekolah
10.Marah kerana dah lama dah jalan masuk kampong dia belum diturap dengan tar

Dan perbagai macam alasan lagi boleh dicari yang menyebabkan mereka ini mengibarkan bendera parti mereka samada di tepi jalan atau di atas pokok di hadapan rumah mereka.

Selalunya YB dan orang kuat parti akan mengambil tindakan segera serta memberi perhatian yang serius kepada mereka-mereka ini. Berbeza dengan ahli setia yang hanya senyap dalam menyokong sesuatu parti itu, golongan ini kadang-kadang akan mendapat berbagai manafat dan habuan dari pemimpin parti yang takut akan kehilangan undi atau sokongan mereka.

Apa lagi, buatlah sesuatu kalau mau ambil kesempatan dan faedah dari demam PRU13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa saja lagi.



Saturday, April 21, 2012

Mampukah MCA bangun semula di Kedah........

 Pagi tadi secara kebetulan bersarapan pagi di restoran yang sama dengan YB Ahli Parlimen Alor Setar yang juga orang kuat MCA Kedah YB Datuk Chor Chee Heung.

Ditanya soalan apakah  MCA akan memohon tambahan kerusi  di negeri kedah dalam  PRU13 akan datang, beliau dengan selamba menjawab "boleh menang dengan kerusi yang diperuntukan pun telah memadai",

Dalam PRU12 yang lalu MCA Kedah telah diperuntukkan 2 kerusi Parlimen iaitu Alor setar dan Padang Serai manakala 4 kerusi dewan Undangan Negeri ialah di Kota Darulaman, Gurun, Bakar Arang dan Kulim.

Kecuali Gurun semua kerusi DUN yang dipertandingkan MCA telah tewas manakala hanya kerusi Parlimen Alor Setar yang diwakili Datuk Chor sahaja yang berjaya dimenangi dengan kemenangan tipis iaitu hanya dengan majoriti 184 undi menewaskan calun DAP.

MCA dijangka akan kekal dengan pengagihan kerusi seperti PRU12 yang lalu iaitu 2 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN kini sedang bersiap sedia dengan calun-calun baru dan strategi baru memenangi kembali hati pengundi terutama dari kalangan pengundi Tionghua.

Bolehkah MCA menawan kembali kubu kuatnya yang terlepas kepada parti pembangkang pada PRU12 lalu? Ini yang menjadi tanda soal kerana situasi serta selera pengundi baru tak kira apa bangsa dewasa ini amat sukar dikenalpasti. Semua ini bergantung kepada sejauhmana kerajaan yang memerintah kini terutama BN dapat menyakinkan pengundi bahawa Rakyat akan terus didahulukan dalam apa saja bentuk dasar dan program pembangunan yang akan dilaksanakan nanti.


Tuesday, April 3, 2012

Nah..ini bukti orang korporat berpolitik kerana wang

 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
 
Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan
syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Ini adalah bukti nyata untuk kita semua mengapa golongan korporat berlumba-lumba malah tergila-gila akan jawatan dalam polotik. Mereka akan melakukan apa saja malah sanggup melabur dan berhabis jutaan ringgit bagi mendapat tempat dan kedudukan dalam parti politik terutama parti yang memerintah negara.

Ahli perniagaan Malaysia samada di kampong, daerah, negeri dan negara sekarang ini penuh berlegar-legar d isekeling pembesar-pembesar negara bagai lalat hijau menghurung bangkai. Mereka bukan sibuk mengurus perniagaan mereka tetapi sibuk bersama orang politik dan pembesar negara bagi melobi jawatan dalam parti politik.

Kerana apa tu! kerana habuan yang menantinya bila ada jawatan dalam parti adalah sangat besar dan boleh menjamin kekayaan kereka bertambah-tambah.

Bila ada jawatan dalam sesebuah parti politik terutama yang memeritah negara ini, senang bagi mereka untuk berhubung dengan lebih rapat lagi dengan pihak pemerintah dan dengan mudah untuk mendapat peluang perniagaan dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan kerajaan.

Nak salah siapa, orang politk bagaimana kah yang diperlukan kita sebagai rakyat bihli politik yang berjuang menggunakan wang atau ahli politik yang bersemangat juang membela nasib rakyat dan keadilan untuk semua.

Hampa pikirlah sendiri kerana kita boleh membuat pilihan dan ditangan kitalah mereka terpilih dan dipilih.