Powered By Blogger

Saturday, April 21, 2012

Mampukah MCA bangun semula di Kedah........

 Pagi tadi secara kebetulan bersarapan pagi di restoran yang sama dengan YB Ahli Parlimen Alor Setar yang juga orang kuat MCA Kedah YB Datuk Chor Chee Heung.

Ditanya soalan apakah  MCA akan memohon tambahan kerusi  di negeri kedah dalam  PRU13 akan datang, beliau dengan selamba menjawab "boleh menang dengan kerusi yang diperuntukan pun telah memadai",

Dalam PRU12 yang lalu MCA Kedah telah diperuntukkan 2 kerusi Parlimen iaitu Alor setar dan Padang Serai manakala 4 kerusi dewan Undangan Negeri ialah di Kota Darulaman, Gurun, Bakar Arang dan Kulim.

Kecuali Gurun semua kerusi DUN yang dipertandingkan MCA telah tewas manakala hanya kerusi Parlimen Alor Setar yang diwakili Datuk Chor sahaja yang berjaya dimenangi dengan kemenangan tipis iaitu hanya dengan majoriti 184 undi menewaskan calun DAP.

MCA dijangka akan kekal dengan pengagihan kerusi seperti PRU12 yang lalu iaitu 2 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN kini sedang bersiap sedia dengan calun-calun baru dan strategi baru memenangi kembali hati pengundi terutama dari kalangan pengundi Tionghua.

Bolehkah MCA menawan kembali kubu kuatnya yang terlepas kepada parti pembangkang pada PRU12 lalu? Ini yang menjadi tanda soal kerana situasi serta selera pengundi baru tak kira apa bangsa dewasa ini amat sukar dikenalpasti. Semua ini bergantung kepada sejauhmana kerajaan yang memerintah kini terutama BN dapat menyakinkan pengundi bahawa Rakyat akan terus didahulukan dalam apa saja bentuk dasar dan program pembangunan yang akan dilaksanakan nanti.


No comments:

Post a Comment