Powered By Blogger

Friday, January 13, 2012

Pesanan Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ikutlah perinsip permainan catur dan jangan jadi Haji Dam". Begitulah pesanan Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah subuh kepada jemaah disalah sebuah surau di Bandaraaya Alor Setar pagi semalam.

Dalam permainan "Dam" yang digemari oleh ramai orang melayu suatu ketika dulu, Dam yang mendapat gelaran Haji amat berkuasa dan mereka boleh membunuh lawan disekeliling mereka tak kira kiri,kanan depan dan belakang malah mereka bebas bergerak keseluruh pelusuk gelanggang tersebut. Semuanya berniat untuk mendapat gelaran "Haji Dam" agar dapat lebih kuasa dan menghapuskan segmua lawan untuk mencapai kemenangan bagi pihaknya.

Manakala dalam permainan catur yang popular dikalangan masyarakat bukan Islam dan Melayu khususnya, semua bala tentera disekelilingnya perlu mempertahankan Raja(Agama) berpalangnya agar tidak diistiharkan  tewas.

Kesimpulannya beliau mengingatkan kita sebagai umat Islam agar mula sedar dan bangun untuk mempertahankan Agama Islam kerana  hanya dengan kekuatannya sahaja  yang boleh menjadi ubat atau perangsang kepada kekuatan ummah.

Kalau Islam lemah dan runtuh sudah tentu umatnya juga akan turut dihina dan seluruh umat dan negara akan musnah dan lenyap. Ayuh semua bangkit dan marilah kita semua dengan penuh bersemangat memperjuangkan kegemilangan agama Islam dengan memeperkuatkan amalan kita mengerjakan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan segala larangannya. Lakukan apa saja yang terdaya agar Agama Islam terus menjadi agama yang agung dan mulia di dunia ini.

Insyaallah hanya Islam yang boleh menjayakan segalanya. Jadi berfikirlah secara Islam dalam segala urusan kita didunia ini.




No comments:

Post a Comment