Sunday, December 2, 2012

Boleh tahan lama ke KRIM ni...........

Kedai Rakyat 1 Malaysia yang terletak di Bangunan SPPM Alor Setar.
Nampak sunyi dan sepi sahaja setiap hari serupa bangunan tidak berpenghuni.

MTUC Dan CUEPACS Kendalikan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia – Najib

Petikan dari Bernama 12 Mei, (Serdang) — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi satu lagi hadiah istimewa kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).
Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.
 
Tergelak juga mendengar pelawaan ini. Hairan kalau MTUC dan CUEPACS mahu menerima pelawaan ini dan menerjunkan diri dalam bidang perniagaan peruncitan yang dianggap sangat tinggi risiko terutama kalau ianya dikendalikan oleh Koperasi apatah lagi oelh badan atau kesatuan seperti MTUC dan CUEPACS ini.
 
Tak serik-serik lagi dengan pengalaman lampau dan mampukah Kedai Rakyat 1 Malaysia ini bersaing dengan Hyper Market dan Super Market yang ada di seluruh pelusuk tanah air dan dikendalikan oleh Syarikat-Syarikat yang telah lama berpengalaman dan mempunyai rangkaian pengedarannya yang telah kukuh dan cekap.
 
Bagi ana bukan kedai yang penting, tapi barangan yang bermutu dan harga yangu berpatutan. Apa guna kita membuka kedai kalau kita boleh memperolehi barangan dengan harga yang murah dan bermutu dari kedai yang sedia ada. Mengapa tidak kerajaan menggunakan kuasanya sahaja untuk menentukan keluaran barangan-barangan tertentu terutama keluaran tempatan yang harganya murah boleh terjual atau dipasarkan di Pasar raya besar sedia ada seperti di TESCO atau GIANT dan MYDIN. Dan yang lebih penting kerajaan sepatutnya menentukan barangan keperluan rakyat seperti susu,ubatan dan peralatan kesihatan sepatutnya berada pada tahap harga yang murah.
 
Harap-harap MTUC dan CUEPACS berfikir dua kali untuk menerima pelawaan ini dan meneliti secara terperinci akan  tujuan penubuhannya sebelum menerima pelawaan untuk mencebur diri dalam perniagaan yang dikira tinggi risikonya ini bagi sebuah pertubuhan.
 
Berdoalah agar Kedai Rakyat 1 Malaysia ini mencapai matlamatnya dan terus kekal bersaiang di pasaran. Insy Allah kalau niatnya baik dan bertujuan baik akan berjayalah nanti tapi jika sebaliknya tujuan ini untuk kepentingan tertentu, akan kita lihatlah nanti akan akibatnya.
 
 

No comments:

Post a Comment