Powered By Blogger

Wednesday, April 24, 2013

Lagi kerusi DUN BN akan tumbang kepada PR di Perlis.

Bekas Exco dan Adun Sena Perlis yg lebih senang dipanggil dengan Cik Gu Selamat tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi yang dimenangi BN pada 2008 lalu boleh jatuh kepada calun PR pada PRU13 nanti.

Selain dari DUN Sanglang dan DUN Simpang Empat yang telah dimenangi PAS pada PR pada 2008 dulu, beberapa DUN yang menjadi kubu kuat BN mungkin akan jatuh ketangan PR berikutan selera pengundi baru dan faktor pengguguran Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang merupakan tulang belakang UMNO Bahagian Kangar                         

Tampa menyebut DUN manakah yang bakal kecundang pada PRU13 nanti, beliau yang masih kuat menyokong UMNO berharap kepimpinan UMNO Perlis dan calun yang terpilih perlu membuat kejutan akhir untuk  untuk menentukan kemenangn berpihak kepada BN.

Umum mengetahui politik Perlis dikatakan bagai berada dalam keadaan panas sejak peristiwa pengguguran Datuk Seri Shahidan dari kerusi Menteri Besar Perlis pada 2008 lalu. Sejak tarikh itu sehinggalah kini bahang tersebut sentiasa berbara dan kini mula panas semula dengan pengguguran  Datuk Seri Radzi dari senarai calun PRU13.

Pemilihan calun-calun BN yang bertanding dalam PRU13 kali ini juga turut dipertikaikan bukan sahaja oleh , UMNO bahagian, malah pengundi-pengundi dan ahli-ahli UMNO sendiri juga turut mempertiakai dan memperkecilkan calun pilihan BN kali ini.

Kemenangan BN kali ini banyak bergantung kepada muka baru yang dicalunkan. Mampukah mereka mempertahankan kemaraan calun PR pada 5 Mei nanti. Sama-samalah kita nanti dan menunggunya kerana dalam masa terdekat ini macam-macam boleh terjadi  yang boleh mempengaruhi pengundi.

PR melalui PAS kini menguasai 2 kerusi DUN (Sanglang dan Simpang Empat) dari keseluruhan 15 kerusi dijangka akan menambah dengan mudah tiga lagi kerusi DUN manakala dua kerusi di Indera kayangan dan Titi Tinggi yang diwakili calun kaum Cina untuk menentang calun dari MCA juga  merupakan "kerusi panas" yang diidamkan PR.

No comments:

Post a Comment