Powered By Blogger

Tuesday, April 16, 2013

Fathur Bari Mat Jaya jadi umpan BN di DUN Sanglang



Sebagaimana yang telah diduga, Ustaz Fathur Bari Mat jaya yang mewakili Ulamak Muda UMNO telah terpilih untuk bertanding atas tiket BN pada PRU13 5 Mei nanti.

Beliau telah diumumkan semalam  untuk mewakili BN di DUN Sanglang yang telah diketahui umum menjadi kubu kuat PAS sejak sekian lama.

DUN Sanglang bakal menjadi medan pertarungan hebat bila dua muka baru PAS dan UMNO ini akan merebut kerusi yang dulunya diwakili Hj.Hashim Jasin Pesuruhjaya PAS Perlis.

PAS yang akan diwakili muka baru  iaitu Cik Gu Shukri Ramle anak tempatan yang dikenali ramai di DUN Sanglang. Fathur Bari anak kepada bekas Mufti Perlis yang merupakan orang orang dari DUN Guar Sanji dikatakan menjadi umpan kepada BN untuk memenangi kerusi DUN Sanglang yang sekian lama berada di tangan PAS.

Selain Fathur Bari BN Perlis turut mempertaruhkan muka baru yang boleh menang dalam PRU13 kali ini. Antara muka baru yang tidak kurang hebatnya ialah Azlan Man bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam di DUN Pauh, Ir Shaharuddin Ismai di Parlimen Kangar, Hjh Rela Ahmad di DUN Bintong mewakili Wanita UMNO manakala Puteri UMNO diwakili Asmaiza Ahmad di DUN Cuping, serta Nurhisham Yaakub di DUN Simpang Empat dan Khor Hock Keng di DUN Titi Tinggi mewakili MCA.

Manakala muka lama yang kembali semula kali ini ialah bekas ADUN Besei Datuk Zulhaidi pula akan mengambil alih tempat Datuk Azmi Khalid yang dulunya mewakili Parlimen Padang Besar.

Apa yang menariknya kali ini ialah BN juga tidak dapat lari dari dikatakan party anak beranak kerana Datuk Ismail kassim adik kepada Datuk Shahidan Kasim bertukar tempat dengan abangnya di DUN Tambun Tulang manakala Shahidan di kerusi Parlimen Arau.

Dan Fathur Bari Mat Jaya juga ada hubungan kekeluargaan dengan mereka dimana anak perempuan Datuk Seri Shahidan adalah merupakan isteri kepada adik Fathur Bari. Begitulah al kisahnya.

No comments:

Post a Comment