Sunday, January 13, 2013

Kalau bagi Pengarah JKR uruskan tentu tak beginikan.....



Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011.
Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali.sumber berita: Hangit blog.
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu lah sebabnya masing-masing suka sangat kalau ada agensi kerjaan nak di swastakan. Apa lagi bila dah jadi syarikat korporat, masing-masing boleh buat sesuka hati termasuk menjual sebahagian harta syarikat dan mengagih-agihkan laba syarikat berkenaan.

Dulu, semasa penjawat awam menguruskannya semuanya pun beres jugak, dan gaji Pengarah JKR dan jurutera yang menguruskannya tidaklah banyak sebegini cuma cukup sekadar bayar loan rumah dan sebuah kereta sebelum pencen.

2 comments:

  1. Ya memang betul...gaji pengarah JKR paling tinggi campur elaun ada...15-18,000 je...itupun JUSA,...
    tak adalah sampai berjuta-juta....

    ReplyDelete
  2. Bhai Suahati...

    Memang pon... dulu masa semua nih sama ader bawah Jabatan Bekalan Air (JBS) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) ... semuanyer selesai takder masalah... kos operasi pon tak la besar mana...

    Nih.. gaji Rozali Ismail sebulan tue jer boleh bayar gaji beratus orang kakitangan sebulan....... aper daaa...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete