Powered By Blogger

Friday, October 14, 2011

Halalkah makanan yang dijual di Restoran ini

Semasa berjalan untuk mencari pengalas perut pagi tadi, terpandang sebuah restoran yang agak canggih yang kini banyak ada di bandar-bandar di Negeri Kedah dan Perlis.

Restoran ini yang menyajikan masakan melayu dan barat seperti perbagai masakan dari mee, ayam, roti bakar dan banyak lagi menunya  adalah dimiliki oleh Syarikat Sdn.Bhd.

Melihat kepada pekerjanya yang terdiri dari ramai remaja Melayu, tentu membuatkan kita terus masuk dan memesan menu makanan yang disajikan. Namun apabila timbul rasa mushkil mengenai pemilik kedai ini, ana terus bertanya tentang status HALAL kedai ini kerana ana tidak nampak sebarang tanda cop HALAL yang dipamerkan.

Ana merasa sedikit ragu takut-takut pemilik kedai ini bukan dari kalangan orang yang beragama Islam. Dan kalau betul restoran ini dimiliki oleh orang yang bukan Islam, adakah kita boleh yakin yang dia akan mendapatkan bekalan daging dan ayam yang HALAL yakni dari pembekal yang beragama Islam.

Kalau ini yang bermain dalam fikiran kalian, adalah lebih baik kita makan saja di restoran yang sah pemiliknya beragama Islam atau makanlah di restoran yang ada sijil kelulusan status HALAL yang sah dikeluarkan oleh JAKIM.


1 comment:

  1. Salam, most likely memang halam la. (nampak halal tapi hxrxm).Tapi yg peliknye mmg dikunjungi oleh ramai org2 Islam esp kat KL ni. Kdg2 tu restoran dah sah nama non muslim, dan takde sijil Halal JAKIM, tapi ramai org Islam yg makan ikut tekak je. Asalkan staf2 restoran tu bangsa Melayu dan tak nampak 'benda' tu secara terang2, ramai yg tak bimbang. Yg penting tempatnya ada Kelas and airconditioned! Saya dah muak melihat situasi ni di KL. Bukan bekalan dg dan ayam shj yg kita patut risaukan, tetapi semua perencah dan perasa 'istimewa' yg digunakan, storage room, perkakas dan dapur semua tu benar2 suci ke dan 1001 perkara lg.

    ReplyDelete