Powered By Blogger

Sunday, April 11, 2010

Budak 17 Tahun Perbodohkan Exco Dan Ketua Pengarah PLKN

Sebagai bekas penjawat awam,aku malu sekali melihat berita di akhbar hari ini yang mengatakan Seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah PLKN kena tipu dengan seorang budak berusia 17 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tunku Mahkota Pahang.

Patut lah heboh sampai Parlimen dua tiga hari ini bahawa sistem keselamatan Malaysia didakwa telah diintip oleh agen negara luar. Memang boleh percaya punya cerita ini kalau melihat kepada betapa mudahnya agensi kerajaan kita dibolosi oleh puak penipu.

Sebagai contoh, kekadang Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dengan mudah membenarkan sesiapa sahaja terutama pihak Syarikat perniagaan dan orang-orang tertentu untuk mengadakan perbagai promosi jualan di dalam kawasan pejabat atau sekolah terutamanya.

Memang orang kita mudah percaya terutama bila tengok orang hebat-hebat yang pakai pakaian kemas dan berkereta besar.Bukan setakat layanan "first class" diberi, duit pun dia tolong kutip bagi.

Kalau orang kampong dengan berpakaian selekeh yang berurusan dengan pejabat kerajaan nescaya tidak akan mendapat layanan baik.

Begitulah dunia, tiada ada yang hebat dan sempurna sebenarnya. Semuanya tipu daya sahaja dan dari dulu hingga kini sebenarnya kita melakukan perkara yang sama sahaja. Yang bezanya ialah suasana dan masanya sahaja

No comments:

Post a Comment