Powered By Blogger

Wednesday, May 15, 2013

Shahidan Kassim diperkuat Najib dengan jawatan Menteri di JPM

Perlantikan Dato Seri Shahidan Kassim MP Arau yang terkenal dengan gelaran "Thaksin Perlis" ini nampaknya memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam percaturan politik Perlis.

Shahidan yang terkenal dengan sikapnya yang begitu pemurah dan "hemoi" kata orang Perlis sememangnya digemari dan menjadi buah mulut ramai penduduk Perlis terutama dikalangan ibu-ibu tunggal dan warga emas.

 Perlantikan ini sememangnya telah diduga kerana beliau adalah dikira calon paling layak dan sesuai sekali bagi menduduki kabinet Najib mewakili kuota UMNO Perlis. Bertepatan pulak Perlis telah berjaya mengekalkan statusnya sebagai negeri kuat BN walaupun 2 kerusi DUN telah kalah tipis kepada PR dalam PRU13 lalu..

Berbekalkan statusnya kini sebagai Menteri di JPM, kuasanya di Perlis akan lebih berbisa dan dijangka akan menguasai semula UMNO Perlis.
Pengguguran Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad dalam senarai PRU13 baru-baru ini dan dengan kedudukan MB yang baru di Perlis akan memperkuatkan lagi pengaruh DSSK dalam UMNO Perlis kelak. Beliau  kini adalah Ketua UMNO Bahagian Arau manakala adiknya YB Ismail Kassim adalah Timbalannya.

Adakah kemelut politik Perlis akan sedikit reda atau berakhir selepas ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana pula rentak baru politik Perlis yang hanya ada tiga bahagian ini akan berkemundang selepas ini.


No comments:

Post a Comment