Tuesday, September 14, 2010

Berakhirnya Pesta Makan Orang Malaysia

Berakhir sudah amalan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semestinya disambut meriah sekali oleh Umat islam di Malaysia. Sepanjang 30 hari berpuasa semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa sibuk dengan mengadakan majlis berbuka berpuasa dan mesjid-mesjid juga penuh sesak dengan kesibukkan menusia yang berpusu-pusu datang untuk mengerjakan solat sunnat tarawih sama sibuknya dengan keadaan di pasar ramadan yang menjual perbagai juadah berbuka.

Selepas 30 hari berpuasa dan ketibaan Shawal pula juga umat Islam Malaysia sekali lagi sibuk dengan solat sunnat Hari Raya dan selepas itu akan berkunjung kesana-sini untuk bersalam-salaman dan menjamu selera hidangan hari raya. Tak cukup dengan itu,tradisi rumah terbuka kini menjadi semakin popular dan kemestian bagi sesetengan keluarga mengadakannya untuk rakan tualan dan saudara mara.

Pendek kata, kedua-dua amalan suci dan penuh hikmah ini iaitu Berpuasa dan Berhari Raya di kalangan orang Islam Malaysia kini lebih menjurus kepada merayakan Pesta Makanan.

Suahati sangat kagum dengan gulungan ini kerana sanggup mngeluarkan belanja yang begitu banyak dan tenaga semata-mata untuk meraikan orang lain dan memeriahkan kedua hari kebesaran Islam ini.

Semoga amalan mereka ini diterima Allah swt dan diharapkan mereka juga akan melakukan yang sama untuk lain-lain suruhan agama Islam sepeti meyembelih kambing untuk menyambut kelahiran bayi atau Aqiqah dan turut mengadakan korban semasa kedatangan Aidiladha nanti.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment