Thursday, July 29, 2010

Bila Guru dibenar Berpolitik

Berita terbaru yang agak menggemparkan rakyat jelata bila guru dari gred D41 hingga D48 dibolehkan bergerak aktif dalam politik negara.Ini bermakna gulungan ini akan mula menceburi secara aktif dalam politik tanah air dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam pertubuhan politik.

Apa yang menghairankan kita ialah selama ini gulungan ini mengeluh sakan memohon perbagai kenaikan elaun dan gaji kerana tidak cukup masa dan tangan kerana sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran sekolah dan menjaga kebajikan serta pelajaran murid-mirid sekolah dari pagi sampai malam.

Selama ini juga murid-murid sekolah selalu mengadu kepada ibu bapa yang guru-guru selalu ponteng dan jarang masuk mengajar di kelas kerana sibuk menghaziri kursus-kursua anjuran pelbagai jabatan serta terpaksa berada diluar sekolah kerana menghaziri majlis-majlis tertentu.

Selepas ini, kita pun tak tahu apa nak jadi pada anak-anak kita, bilamana tiba musim pilihanraya, cikgu-cikgu tersebut akan sibuk dengan berkempen dan terpaksa memohon cuti untuk bertugas dengan party dia.

Apakah rasionalnya kelulusan ini wallahualam,tetapi kita tidak nampak ianya boleh membantu kepada pembangunan negara sebaliknya ia boleh mengundang kepada banyak keburukan daripada kebaikannya.

Inilah kerana sumbangan Guru terhadap pembangunan pendidikan negara telah ternyata dan seorang guru itu boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara dengan pelbagai cara walaupun tidak menyertai mana-mana parti polotik.

No comments:

Post a Comment