Powered By Blogger

Friday, November 23, 2012

Orang Perlis mahu orang baru...........

Petikan dari freemalaysiatoday.com ....22/11

Dua bekas menteri Perlis tanding kerusi DUN?

 
 
"PETALING JAYA: Dalam usaha untuk meredakan konflik perebutan jawatan Menteri Besar di Perlis, dua ahli Parlimen akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka ialah ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar).
Menurut sumber, Azmi akan bertanding DUN Beseri manakala Radzi di Kuala Perlis.
Kerusi Menteri Besar menjadi perebutan di kalangan wakil rakyat Umno sejak `pemecatan’ Datuk Seri Shahidan Kassim dalam pilihan raya umum 2008.
Kumpulan penyokong Shahidan tidak mahu menerima Datuk Seri Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar yang dilantik pada 2008.
Sehingga kini krisis kepimpinan Umno negeri belum selesai sepenuhnya walaupun Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis.
“Dua muka baru yang dijangka bertanding ialah bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh di Parlimen Kangar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin di Padang Besar."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila tengok nama-nama ini, nampak sangat Perlis memang ketandusan pemimpin-pemimpin baru yang muda terutama dari UMNO.

Ingatkan akan muncul nama-nama baru yang terdiri dari anak-anak Perlis yang hebat-hebat dan competent yang akan dicalonkan kelak.

Apa boleh buat ramai cerdik pandai dan yang bijaksana berada di luar Perlis dan jarang pulak boleh bertapak dalam barisan kepimpinan party yang memerintah sekarang. Akhirnya mereka-mereka yang telah bersarang lama dalam UMNO Bahagian itulah yang merebut dulu peluang menjadi calon dan seterusnya mentadbir negeri Perlis yang bukan sahaja kecil malah serba kekurangan.

Biar mati adat jangan mati anak, begitulah juga dalam UMNO dan BN. Walaupun ada lagi manusia yang lebih layak dan boleh diketengahkan sebagai calon, tapi jarang hal ini akan berhasil kerana padahnya amat berbahaya sekali.

Yang pasti kalau nak orang baru kena pilih party baru, baru boleh perintah cara baru.

No comments:

Post a Comment