Powered By Blogger

Tuesday, September 14, 2010

Berakhirnya Pesta Makan Orang Malaysia

Berakhir sudah amalan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semestinya disambut meriah sekali oleh Umat islam di Malaysia. Sepanjang 30 hari berpuasa semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa sibuk dengan mengadakan majlis berbuka berpuasa dan mesjid-mesjid juga penuh sesak dengan kesibukkan menusia yang berpusu-pusu datang untuk mengerjakan solat sunnat tarawih sama sibuknya dengan keadaan di pasar ramadan yang menjual perbagai juadah berbuka.

Selepas 30 hari berpuasa dan ketibaan Shawal pula juga umat Islam Malaysia sekali lagi sibuk dengan solat sunnat Hari Raya dan selepas itu akan berkunjung kesana-sini untuk bersalam-salaman dan menjamu selera hidangan hari raya. Tak cukup dengan itu,tradisi rumah terbuka kini menjadi semakin popular dan kemestian bagi sesetengan keluarga mengadakannya untuk rakan tualan dan saudara mara.

Pendek kata, kedua-dua amalan suci dan penuh hikmah ini iaitu Berpuasa dan Berhari Raya di kalangan orang Islam Malaysia kini lebih menjurus kepada merayakan Pesta Makanan.

Suahati sangat kagum dengan gulungan ini kerana sanggup mngeluarkan belanja yang begitu banyak dan tenaga semata-mata untuk meraikan orang lain dan memeriahkan kedua hari kebesaran Islam ini.

Semoga amalan mereka ini diterima Allah swt dan diharapkan mereka juga akan melakukan yang sama untuk lain-lain suruhan agama Islam sepeti meyembelih kambing untuk menyambut kelahiran bayi atau Aqiqah dan turut mengadakan korban semasa kedatangan Aidiladha nanti.Wallahualam.

Thursday, July 29, 2010

Bila Guru dibenar Berpolitik

Berita terbaru yang agak menggemparkan rakyat jelata bila guru dari gred D41 hingga D48 dibolehkan bergerak aktif dalam politik negara.Ini bermakna gulungan ini akan mula menceburi secara aktif dalam politik tanah air dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam pertubuhan politik.

Apa yang menghairankan kita ialah selama ini gulungan ini mengeluh sakan memohon perbagai kenaikan elaun dan gaji kerana tidak cukup masa dan tangan kerana sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran sekolah dan menjaga kebajikan serta pelajaran murid-mirid sekolah dari pagi sampai malam.

Selama ini juga murid-murid sekolah selalu mengadu kepada ibu bapa yang guru-guru selalu ponteng dan jarang masuk mengajar di kelas kerana sibuk menghaziri kursus-kursua anjuran pelbagai jabatan serta terpaksa berada diluar sekolah kerana menghaziri majlis-majlis tertentu.

Selepas ini, kita pun tak tahu apa nak jadi pada anak-anak kita, bilamana tiba musim pilihanraya, cikgu-cikgu tersebut akan sibuk dengan berkempen dan terpaksa memohon cuti untuk bertugas dengan party dia.

Apakah rasionalnya kelulusan ini wallahualam,tetapi kita tidak nampak ianya boleh membantu kepada pembangunan negara sebaliknya ia boleh mengundang kepada banyak keburukan daripada kebaikannya.

Inilah kerana sumbangan Guru terhadap pembangunan pendidikan negara telah ternyata dan seorang guru itu boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara dengan pelbagai cara walaupun tidak menyertai mana-mana parti polotik.

Saturday, July 3, 2010

Tip mengurus pasangan

Semua orang pernah mengalami zaman bercinta. Dan semua mengakui ianya amat manis sekali dan terbukti memang lebih banyak suka dari duka.

Kehidupan manis ini sebenarnya menjadi pengajaran kepada kita dan ianya patut diteruskan sampai bila-bila iaitu selepas masuk gerbang perkahwinan sehinggalah kehari tua. Kalau kehidupan zaman bercinta itu diterus dan diamalkan selamanya,insyaallah barulah keharmonian kehidupan keluarga itu akan dapat dinikmati sehingga akhir hayat kita

Antara amalan dan carahidup zaman bercinta yang dihindari setelah menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri ialah:

- Tidak menjadi seperti belangkas lagi dimana masing-masing membawa diri masing-
masing dan jarang nampak bersama kecuali di dalam rumah sahaja.

- Tidak lagi mempunyai minat yang sama seperti masa bercinta dan masing-masing
tidak terlibat dengan aktiviti yang sama.

- Tidak bersependapat seperti masa zaman bercinta sebaliknya sering bertengkar dan
berbeza pandangan walaupun mengenai rancangan Tv.

- Tidak selalu dapat makan bersama samaada sarapan pagi, makan tegahari dan malam
kerana masing-masing sibuk dengan urusan atau berbeza waktu lapang.

- Tidak lagi sering memberi hadiah kepada pasangan kerana setelah berumahtangga poket
selalu pokai dan tidak mampu menanggung kehidupan berkeluarga

- Tidak lagi mahu bergaya dan berusaha untuk menarik perhatian pasangan sebaliknya
lebih suka bermesra dan menarik perhatian orang lain.

- Tidak lagi "passion" atau intim dengan pasangan seperti masa berdating dizaman
bercinta.

Dan banyak lagi amalan dan usaha-usaha yang kita lakukan semasa bercinta atau semasa memenangi hati kekasih kita telah kita tinggalkan setelah berada dalam alam rumahtangga. Apa sebabnya entahlah tapi yang pasti memang fitrah manusia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu tapi tidak berupaya melakukan sesuatu untuk mengekalkannya.

Ingatlah CINTA bermakna rela menyerahkan segalanya, dan kalau kita mahu ianya kekal selama-lamanya, hendaklah kita rela menyerahkan apa saja yang ada dan mendatang.

Wednesday, June 2, 2010

Ciuman Perokok boleh membawa maut.....................





Anda perlu memikir dua kali atau lebih berhati-hati kalau mempunyai suami, tunang atau kekasih yang merupakan seorang perokok.

Hasil kajian kini menunjukkan ciuman dari gulungan mereka ini boleh membawa berbagai penyakit dan seterusnya mungkin menemui maut. Ini lah kerana gulungan perokok ini juga merupakan pembawa bakteria atau kuman yang melekat pada tekak atau gigi-gigi mereka hasil tabiaat merokok.

Berhati-hatilah kaum wanita kerana sememangnya orang yang dijangkiti itu lebih teruk dari pembawa kuman. Wanita sekarang patut gunakan kuasanya untuk menjayakan kempen anti merokok ini dengan menolak ciuman dari kaum lelaki yang merokok.

Abg.Jay: macammana kalau wanita kini pun nak hisap rokok jugak.....he.he.he....Abg.Jay insyaallah dah berenti sejak lama dulu 1990

Monday, May 31, 2010

Rakan Facebook

Hari ini suahati telah mula ada Rakan Facebook. Patut lah Facebook kini menjadi nombor satu laman sembang sosial dunia yang diminati ramai. Semua orang tak kira tua muda, wanita dan lelaki, malah semua peingkat termasuk pemimpin dunia mempunyai laman Facebook tersendiri.

Tak kira apa cara, demi untuk kebaikan sepatutnya kita sokong dan akan menggunakannya.Namun tidak dinafikan setiap ciptaan manusia itu tetap akan ada kelemahan dan kecacatannya tidak seperti ciptaan yang Maha besar Allah swt yang sudah pasti sempurna dan lengkap.

Semoga tool perhubungan baru zaaman ini akan memberi lebih manafaat dan memudahkan kita untuk berhubung pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada.

Abg Jay : Insyaallah akan senantiasa bersama suahati dengan Facebook.

Sunday, May 30, 2010

Kanan atau Kiri

Kita akan jadi bingung,
Jadi buntu malah tiada akal langsung,
Semua terjadi bila kita tiada pegangan,
Mudah terjadi bila kita sering memburu,
Mencari sesuatu tampa ada matlamat dituju.

Kita tidak banyak pilihan,
Di kanan shariat di kiri pula nafsu,
Yang berat itu selalunya jalan baik,
Yang senang dan suka itu selalunya nafsu,
Apa yang disuka belum tentu ada baiknya,
Apa yang dibenci belum tentu ada pahitnya.

Itulah manusia lemah tampa iman,
Sering didorong nafsu shaitan,
Selalu mengikut kata hati,
Melakukan sesuatu tampa keredhaan,
Membuat keputusan tampa niat,
Lupa hidup ini kerana yang Maha Besar,
Dia yang menentukan segalanya.

Ingatlah manusia,
Bila kita tiba di persimpangan,
Bila kita perlukan jawapan,
Kepadanya kita mesti berserah,
Kepadanya kita mesti mengadu,
Kerana kepadanya akhirnya kita akan kembali.

Nukilan Ati2010.

Friday, May 28, 2010

Malaysia akan Bankrap kerana 'Subsidi'


Penasihat Ekonomi Kerajaan Idris Jala menyatakan Malaysia boleh bankrap kerana banyak menanggung perbelanjaan untuk subsidi kepentingan rakyat.

Yang aku paham bila sebut subsidi sahaja, tentunya baik dan bagus untuk rakyat jelata.kerana ianya merupakan bantuan ataupun kerajaan turut mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menampung kos-kos tertentu untuk kebjikan rakyat,tak kira gulungan kaya atau miskin.

Bila ada orang kata pemberian subsidi tidak baik atau tidak berguna,akupun terus rasa hairan bin pelik jugak. Memang aku bodoh sikit pasal ekonomi, tetapi dari kerajaan dok perabih duit tak tentu arah buat benda-benda mengarut yang rakyat tidak dapat manafaat secara langsung, baik lagi pemberian subsidi.

Aku kalau jadi Perdana Menteri, semua kemudahan untuk rakyat akan diberi percuma.Kalau nak kenakan bayaran pun, aku akan cadangkan yang paling minima sekali.
Aku tidak akan biarkan kerajaan mencari wang dengan memijak kepala rakyat sendiri. Wang yang ada tidak akan dihabiskan untuk benda-benda yang mengarut yang hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.

Sebenarnya banyak yang boleh dizahirkan disini, tetapi cukup setakat ini sahaja. Yang penting Rakyat mesti didahulukan dan bila rakyat dapat nikmat sebanyak-banyaknay barulah dia akan sokong kerajaan seadanya. Klau tidak jadi macam sekaranglah, yang menyokong sama ramai dengan yang tidak sokong...........

Thursday, May 27, 2010

Untungnya jadi lelaki zaman ini.


Untung sungguh jadi lelaki
Kegagahan dan kekuatannya terbukti sejak dari zaman purba lagi
Lelaki selalunya mendapat simpati dan dipercay
Wanita akan dipersalahkan kalau berlaku putus kasih atau putus tunang
Malah orang akan menyalahkan siisteri bila berlaku perceraiaan
Suaminya tidak dipersalahkan walaupun terbukti berlaku curang
Malah siisteri tetap mahukan suaminya walaupun kasihnya terpaksa dikongsi

lelaki bagai Raja punya takhta dan kuasa
Apatah lagi kalau silelaki itu bergelar suami kepadanya
Apakah maknanya ini;
Lelaki kini keperluan bukan pelindung kepada wanita
Lelaki kini barangan bukan pasangan kepada wanita
Tampa lelaki hati wanita akan jadi sepi dan kosong
Tampa lelaki hidup mereka kurang sempurna
Tampa lelaki satu keaiban kepada wanita.

Untunglah anda menjadi lelaki keperluan wanita.

Friday, May 21, 2010

Sex punca utama pergaduhan pasangan suami isteri



Sex merupakan punca utama berlakunya pergaduhan suami isteri hingga menyebabkan kecederaan dan pembunuhan keatas pasangan. Ini berlaku kerana tuntutan nafsu yang kuat terutamanya oleh pasangan lelaki yang terbukti shahwatnya tetap kuat hingga keusia tua.

berbanding dengan kaum wanita yang kini dibebani dengan tanggungjawab mereka untuk bersama mencari rezeki disamping terpaksa pula mengurus rumah tangga menyebabkan mereka cepat hilang nafsu sex di awal usia perkahwinan.

Selaian dari itu, kebanyakan pasangan suami isteri masa kini tidak mempunyai perbezaan umur dan kebanyakan pasangan mempunyai umur yang sama. Hal ini terjadi kerana selalunya pasangan ini bertemu jodoh dan bercinta semasa berada di kolej atau di tempat pekerjaan yang sama.

Berbeza dengan zaman ibu bapa kita dahulu, mereka kaum bapa selalunya akan memilih pasangan isteri yang berumur 10 tahun lebih muda dan ianya dikatakan lebih ideal sebagai pasangan yang sesuai uantuk semua faktor terutama kepentingan sex.

Selain dari itu, banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya keganasan rumah tangga ini tetapi masalah yang paling ketara sekali ialah, masalah kewangan, kepuasan sex dan munculnya orang ketiga dalam kehidupan(menemui cinta baru)

Ati: Susahnya nak cari jodoh sekarang ni.......hanya pada Allah kita berserah.

Sunday, May 2, 2010

Shahidan dok guna facebook hentam Radzi dan Azmi Khalid


Shahidan Kassim dt radzi bukan jawatankuasa bahagian kangar dan azmi khalid bukan ketua bhgn pdg besar..mereka sedarkah bagaimana peritnya kami berkerja untuk kuatkan umno,tetiba merika samun macam tu saja..dt razi s/u agung umno patutnya faham perlembagaan umno dimana pemilihan calon mesti didasrkan kepada bhgn dan perhubungan..mudah...2 main lobby presiden..namun jasanya yg besar ialah kalah 5 negeri
Lihat seterusnya..
10 jam yang lalu · Komen · Suka

Sejak akhir-akhir ini, orang politik telah mula beralih arah dari berkempen menggunakan majlis-majlis resmi kepada penggunaan secara aktif terhadap blog dan Facebook.

DatoSeri Shahidan Kassim kini bukan saja menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan penyokongnya malah menggunakan laman ini untuk mengkeritik secara terbuka rakan UMNO yang memrerintah Kerajaan Negeri Perlis.

Beliau dengan menggunakan Facebook ini secara terbuka memperjelaskan perasaan tidak puas hatinya kepada dua musuh teradisinya iatu Dato Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid.

Persengketaan ini telah bermula sejak selepas PRU12 lalu setelah DSSK tidak terpilih memegang semula jawatan MB bagi Negeri Perlis.Sejak dari tarikh itu DSSK telah secara tidak langsung semacam mengistiharkan perang terhadap kedua-dua tokoh politik yang dianggapnya 'recycle'.

Sampai bila keadaan ini akan menjadi reda, tidak dipastikan. Perhubungan UMNO Perlis nampaknya seolah-olah mengambil langkah berdiam diri dan tidak berdaya untuk menghadapi serangan ini kerana DSSK mempunyai penyokong yang setia dan kuat terutama di Bahagian Arau yang diterajui oleh DSSK dan adiknya Dato Ismail Kassim.

Sebagai orang luar dan berkecuali kita hanya boleh tersenyum dan berkata inilah politik.

Monday, April 26, 2010

CiNtA OrAnG MuDa


Demi cinta, orang muda zaman ini sanggup buat apa sahaja. memang tidak dinafikan zaman bercinta adalah suatu zaman yang paling indah dan seronok sekali. keindahan dan keseronokan ini selalunya telah menghalang kita dari menjadi waras dan boleh menjadikan kita seolah-olah manusia bodoh lagi bangang.

Apa tidaknya,telah terbukti akibat berada dalam zaman percintaan pasangan sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya.Membunuh, menipu,merogol telah menjadi biasa dalam percintaan. Malah perkara-perkara kecil seperti membiarkan tubuh diulik oleh pasangan, memberi wang dan harta pada pasangan serta sanggup meninggalkan ibu bapa yang melahirkannya demi membeli ayat cinta yang belum pasti originalitinya.

Ini bukan cinta dik, ini adalah tarikan nafsu yang memang seronok sekali kalau selalu berduaan dengan pasangan kita. kalau perkara-perkara diatas tadi perlu dilakukan kerana cinta, sememangnya itu Cinta Palsu dan cubalah tinggalkanya demi kebaikkan diri sendiri.

Sayangilah diri anda yang serba cantik dan sempurna kurniaan Allah swt.Insyaallah cinta suci akan ditemui kalau jalan pencariannya betul dan dengan mempunyai niat yang baik.Usahlah bimbang jika anda tidak mempunyai pacaran kerana lambat laun jodoh anda akan diketemukan juga oleh Allah swt.

Sunday, April 25, 2010

Lega Rasanya hati ini...................

Baru terasa lega sikit sakit mata dan telinga Ahti sejak 17 April lalu. Bermula esok Isnin dah kurang sikit perang saraf yang agak ketara dalam media arus perdana kita.Tak dak cerita lain,hang kata sana pembohong,sini kata sana penipu, semuanya berkisar kepada menyalahkan orang lain.

Bagi rakyat sebenarnya itu semua tidaklah banyak mempengaruhi akan pemikirannya. Sebenarnya apa yang rakyat marah sangat ialah kerana mereka (rakyat )terasa kerajaan hanya mementingkan kekuatan politik untuk terus berkuasa melebihi dari usaha untuk menjaga kepentingan rakyat.

Pengumuman perojek berjuta atau berbillion itu sebenarnya menguntungkan secara langsung para peniaga atau korporat.Rakyat hanya memperolehi kuahnya sahaja. Apa yang rakyat hendak sekarang ini ialah peruntukan secara terus atau langsung kepada rakyat.

Rakyat mahu cukai untuk keperluan rakyat diturunkan,kemudahan pelajaran hingga peringkat tinggi sepatutunya percuma,rakyat tidak sepatutnya meminta derma untuk bantuan rawatan penyakit kronik terutama di hospital kerajaan,

Untuk makluman pemerintah, kalau semuanya keperluan rakyat percuma dan murah,mereka tidak perlu mempunyai pendapatan yang tinggi untuk menjalani kehidupan harian,dan mereka akan tentunya menyokong kuat akan Party Pemerintah.

Jadi gunakan sebaik kekayaan negara untuk keperluan kehidupan rakyat kalau mahu negara ini kekal di bawah pemerintahan party yang ada sekarang.

Ahti tetap akan balas jasa dan budi baik orang yang membantu Ahti..........

Thursday, April 22, 2010

Beli Kereta Perisai Pulak.......


Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran
Apr 22, 10 3:58pm dari Malaysikini.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.

Kaya,kaya,kaya dah Malaysia la ni.Baru saja dok bising pasai Kapal Selam kini timbul pula Kereta Perisai. Macam nak perang pulak rasanya.Bagus le,tumpang duit tengah banyak ni,atau pun mungkin nak buat duit sebelum PRU13 ni.

Setahu teman, rekomen member beli proton pun dapat komisen Rm200 inikan pula berjuta-juta dan berbillion-billion ringgit.Untungle kome.Nak buat camna dah rezeki dia.

Teman tak kisah dia nak sagat banyak mana pun.Dah orang nak kasi komisen.Yang penting hak rakyat kena jagale,seperti bil perubatan penyakit kronik, yuran pengajian di IPTA dan IPTS, dan lain cukai yang melibatkan rakyat kenalah kurangkan seminimum mungkin.

Yang pasti bonus penjawat awam janganlah buat-buat tak kisah pulak nanti.

Monday, April 19, 2010

Khairy Tunjuk Berani...................


Jangan2 ada poster calun-calun berkepit dengan artis pula.

Khairy: Buang bahan kempen provokatif
dari Malaysiakini.

Tahniah kepada Khairy KPUmno yang telah menunjukkan sifat profesinalisma dalam menghadapi kempen PRK Hulu Selangor. Betullah kata orang luar bahawa Malaysia masih berada ditahap rendah lagi dalam mengamalkan demokrasi terutama dalam menghadapi pilihanraya.

Sepatutnya masing-masing calun yang bertanding itu yang lebih bercakap dan berkempen untuk menerangkan apa yang dia boleh dan akan dilakukannya untuk membantu rakyat terutama dikawasannya.

Ini tidak,bila ada saja PRK di sesuatu kawasan, orang yang lain yang menyibuknya dan berkempen menghentam calun lawan. Tak perlu buang masa dan suara kerana rakyat sekarang nak dengar kalau dari kerajaan,apa yang dia boleh kasi untuk kesenangan rakyat. Dan pembangkang pula biasalah punya kelebihan kerana dia hanya perlu mengkeritik apa yang kerajaan lakukan. Dia belum memerintah negara jadi senang baginya untuk berkempen dengan hanya menyatakan angan atau impiannya.

Harap-harap banyak lagi pemimpin macam Khairy akan muncul lepas ini.

Saturday, April 17, 2010

Akan Banyak Adegan begini di Hulu Selangor nanti......



Suahati percaya senario begini akan dapat dilihat selepas ini di Hulu Selangor. Bukan sahaja dapat makan bersama VVIP malah hari-hari sepanjang kempen pilihanraya kecil ini boleh makan free. Bukan sahaja dapat bersalam dengan para VVIP termasuk menteri malah kalau bernasib baik boleh dapat buah tangan lagi.

Selamat berangkat dan berkampong di Hulu Selangor. Buat duitlah kome kat sana. Kepada para peniaga kecil apa lagi sebat cukup-cukup akan peluang yang tak selalu datang ini.

Suahati suka main kot belakang aja.........he.he.he.

Sunday, April 11, 2010

Budak 17 Tahun Perbodohkan Exco Dan Ketua Pengarah PLKN

Sebagai bekas penjawat awam,aku malu sekali melihat berita di akhbar hari ini yang mengatakan Seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah PLKN kena tipu dengan seorang budak berusia 17 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tunku Mahkota Pahang.

Patut lah heboh sampai Parlimen dua tiga hari ini bahawa sistem keselamatan Malaysia didakwa telah diintip oleh agen negara luar. Memang boleh percaya punya cerita ini kalau melihat kepada betapa mudahnya agensi kerajaan kita dibolosi oleh puak penipu.

Sebagai contoh, kekadang Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dengan mudah membenarkan sesiapa sahaja terutama pihak Syarikat perniagaan dan orang-orang tertentu untuk mengadakan perbagai promosi jualan di dalam kawasan pejabat atau sekolah terutamanya.

Memang orang kita mudah percaya terutama bila tengok orang hebat-hebat yang pakai pakaian kemas dan berkereta besar.Bukan setakat layanan "first class" diberi, duit pun dia tolong kutip bagi.

Kalau orang kampong dengan berpakaian selekeh yang berurusan dengan pejabat kerajaan nescaya tidak akan mendapat layanan baik.

Begitulah dunia, tiada ada yang hebat dan sempurna sebenarnya. Semuanya tipu daya sahaja dan dari dulu hingga kini sebenarnya kita melakukan perkara yang sama sahaja. Yang bezanya ialah suasana dan masanya sahaja

Friday, April 9, 2010

Suara Hati

Semua manusia mempunyai cerita dan pandangan yang tersendiri. Bayangkan berapa banyak cerita dan kisah yang telah kita lalui sejak awal kelahiran kita ke dunia ini.

Semua kisah-kisah lampau dan cerita hari ini terngiang-ngiang dalam kepala kita bagai pita rakaman. Semuanya dirasakan masih segar dalam ingatan kita. Ada suka dan ada yang menyedihkan.

Adalah diharapkan melalui Suahati ini, semua kisah dan dan perjalanan hidup serta pandangan mengenai alam kehidupan dunia ini dapat dilahirkan dengan seikhlasnya.

Apasaja kisah dan cerita yang berkisar mengenai manusia sejagat di dunia ini adalah merupakan fokus utama penulisan Suahati.