Ketua Pemuda Umno Perlis: Saya sudah penat, sebab itu letak jawatan.
Itu tajuk utama semua blog dan berita di akhbar harian 16 Nov lalu. Ramai dikalangan pemerhati politik sudah tidak terkejut dengan senario ini lagi,kerana taktik sebegini sudah lama digunapakai oleh para pemain politik tanah air ini.
Adalah tidak menghairankan pulak kalau selepas ini banyak lagi tajuk-tajuk ini akan berada di dada akhbar arus perdana serta media cetak lain seperti disemua rangkain Tv milik Media Prima.
Semua telah maklum bahawa PRU13 telah hampir menjelma dan masing-masing nampak sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangannya. Bukan sahaja golongan rakyat marhaen yang telah terasa sangat gatal tangannya untuk memangkah, para pemimpin party daripada yang kecil sehingga peringkat tertinggi juga pun kini amat teruja menunggu tarikhnya diumumkan oleh PM kita.
Jadi selepas ini akan adalah dikalangan mereka-mereka ini yang ingin mengambil kesempatan dan peluang akan kedatangan pesta terbesar ini iaitu PRU13 nanti untuk meraih sesuatu untuk kepentingan peribadi mereka.
Akan ada selepas ini ramai lagi pemimpin-pemimpin kerdil dan besar dari berbagai party dan muncul mengumumkan hasrat mereka untuk melepaskan jawatan dalam party mereka dan ada juga yang menunjukan hasrat untuk menyertai party lawan.
Setengah mereka itu ada yang tidak terpilih jadi calun dan memegang jawatan-jawatan tertentu, ada juga yang permohonan keatas sesuatu projek,permit dan lain-lain kepentingan mereka di tolak atau tidak diluluskan dan ada pulak yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat tender-tender kerja kontrak dan ada juga yang cuba menggunakan ini sebagai cara mengugut pehak tertinggi parti dengan tujuan tertentu.
Mereka-mereka ini boleh dianggap kebudak-budakan dan boleh dikaitkan dengan pepatah ini "Jok-Jok Tali Kuda, Kena Pujuk Baliklah Dia"
Walaubagaimana pun SUAHATI amat kagum kalau ada dikalangan mereka yang sanggup melepaskan jawatan tertinggi yang disandang serta turut mengistiharkan pulak dirinya menyertai lain-lain parti untuk meneruskan perjuangannya yang didakwanya demi untuk Agama, Rakyat dan Negara . Ini baru berani dan pemimpin politik sejati.
No comments:
Post a Comment