Powered By Blogger

Tuesday, December 10, 2013

PM Malaysia akan datang dan siapa yang boleh menghalangnya ?

STAR: KHAIRY JAMALUDDIN BAKAL PM








Tidak dapat disangkal lagi telahan STAR ini memang berasas dan rata-rata di bawah kini telah bercakap mengenainya.Ini diperkuatkan lagi dengan kedudukan Ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri yang nampak macam orang suruhan sahaja kepada pemimpin atasan.

Dan cabaran Khairy hanyalah tertumpu kepada ketiga orang ini dan InsyaaAllah jika ia dapat melepasinya tentu telahan ini akan menjadi kenyataan.

Ini halangannya. 

Apa-apa pun Allah maha Berkuasa dan Yang menentukan segalanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihatnya nanti Insyaaallah kalau umur kita ada lagi dan itupun kalau BN boleh kekal memerintah buni Malaysia yang bertuah ini.

Sunday, September 8, 2013

PERKASA mahu PM memperkasa langkah atasi defisit negara


PERKASA mahu PM bertindak lebih bijak atasi masalah defesit negara



Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali  berkata kepada Free Malaysia Today, Perdana Menteri perlu bijak mengemukakan langkah alternatif sekiranya benar-benar mahu mengurangkan kadar defisit negara dan bukan hanya mengurangkan kadar subsidi minyak semata-mata.

Langkah itu termasuk memotong gaji menteri, pegawai kakitangan awam berpangkat tinggi berpangkat  Jawatan Gred Utama Sektor Awam (Jusa) termasuk ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara lima sehingga 10% selain mengurangkan perbelanjaan penganjuran majlis rasmi.
“Kalau nak kurangkan defisit maka sepatutya secara serentak kena tengok belanja negara yang kita rasa tak produktif atau yang perlu dikorbankan.

“Tentu rakyat akan rasa lega tengok gaji menteri dipotong 5-10%…kena serentak maka rakyat tentu rasa ini tindakan betul dan mereka boleh
terima,” katanya.

Kadang-kadang boleh pakai juga kepala Datuk Ibrahim Ali Presiden PERKASA. Orang macam ini yang rakyat perlukan sekarang untuk menjadi jurucakap membawa masalah rakyat kepada pihak atasan.

Kebanyakan yang ada di atas terutamanya yang berjawatan tinggi dalam kerajaan selalunya lebih  suka bercakap bagi pihak Kerajaan dan hanya bertindak menerangkan langkah-langkah dan tindakan Kerajaan semata-mata.

Harap-harap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin NGO dan Kerjaan yang lain selain pembangkang turut mahu menyaurakan perkara-perkara yang sebenarnya mengikut kehendak dan keperluan rakyat.

Thursday, August 15, 2013

Broker menteri pun dibayar gaji oleh kerajaan.

                                                          Petikan dari Twitter MSO

Kecoh minggu ini kisah seorang Pak Menteri Jalan-Jalan Makan Angin kita melantik anaknya sebagai Pegawai Khas.

Apa nak bisingnya, semua tu sudah tentu dibuat ikut peraturan dan sememangnya itu hak dia selaku Pak Menteri yang dipilih rakyat secara mutlak. Bila dah menang dan berkuasa ini, buatlah apa yang patut dan dan kalau ianya salah sudah tentu tindakan undang-undang atau SPRM akan cepat-cepat buat siasatan dan mendakwanya. Lagipun tidak kedengaran pulak mana-mana NGO yang bersesak-sesak ke balai polis untuk buat report atas tindakan Pak Menteri tersebut.  Jadi kesimpulannya kita anggap tindakan Pak Menteri ini betul dan halal.

Namun apa yang nak disembang disini ialah apa pentingnya Pegawai Khas itu setelah berlambak-lambak kakitangan dan Pegawai-Pegawai Kanan dan PTD yang ada di setiap Kementerian. Sepatutnya pilih dan lantiklah mereka-mereka ini yang sememangnya terdiri dari penjawat Awam yang layak. Selain dari itu pak Menteri juga diperuntukan juga beberapa orang Setiausaha  untuk membenatu tugas-tugas tertentu termasuk politiknya.

Lantikan Pegawai Khas ini sebenarnya tak lebih dari menghalalkan cara iaitu satu pengiktirafan jawatan haram iaitu oarang tengah atau "Broker" kepada jawatan resmi Pegawai khas yang akan memudahkan orang-orang tertentu untuk berhubung secara sulit atau terus dengan Pak Menteri.

Akhir kata, gasak kaulah pak Menteri dan buatlah apa  yang boleh selagi dok menang dalam pilihanraya..........






Friday, July 19, 2013

Lagi habuan untuk MP kerajaan Najib.....

                                            Bung Mokhtar kini Pengerusi baru Felcra Berhad

Setelah selesai PRU13 pada 5 Mei lalu, masing-masing menagih janji dan habuan setelah berpenat lelah memenangkan BN untuk mengekalkan kuasanya di Putra Jaya. Semua MP yang berkenaan samada yang kalah atau yang dipencenkan telas dan sedang diagih-agihkan habuan masing dengan jawatan-jawatan tertentu diperbagai GLC dan agensi-agensi milik penuh kerajaan.

Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah yang suaranya sering muncul di kaca TV dan di dada akhbar arus perdana kerana kelantangan suaranya .juga turut mendapat habuannya. Beliau telah diumumkan oleh YB Datuk Shafei Affdzal selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar sebagai Pengerusi Felcra Berhad yang baru menggantikan Datuk TAJ yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri di kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunan dan Koperasi.

 Beliau sering mendapat tempat dan peluang untuk bercakap di dalam persidangan Parlimen dan popularitinya bertambah-tambah apabila beliau telah berjaya pulak mengahwini pelakon gebu yang cantik Zizie Ezette baru-baru ini..

Beliau dilahirkan pada 15 Sept.1959 di Sukau, Kinabatangan.  Beliau berketurunan Orang Sungai, Bung Mokhtar dilahirkan dalam keluarga politik apabila datuk nenek serta ibu bapanya adalah penyokong kuat USNO sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Datu Mustapha pada awal 1960an.

Felcra yang dikorporatkan pada 1 Sept.1997  menjadi sebuah Syarikat milik penuh kerajaan kini menyertai perbagai bidang kegiatan disektor perindusterian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan lain selain aktiviti terasnya iaitu pengurusan dan pembangunan ladang.





 

Tuesday, June 25, 2013

Terangganu negeri pertama akan berpesta pilihanraya kecil penggal ini.


 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.
 TV3 melaporkan sebentar tadi jam 1200 tengahari akan berita ini.

PRU13 yang lalu Allahyarham memenangi kerusi DUN Kuala Besut NI mengalahkan calon PAS Napisah bt. Ismail dengan majoriti 2631 undi. Jumlah pengundi bagi NI DUN Besut ialah 17679 dan seramau 86.7% keluar mengundi pada PRU13 lalu.

Monday, June 17, 2013

Semua salah orang !

Bila banjir salahkan hujan lebat dan ribut taufan

Bila panas salahkan matahari dan kemarau panjang

Bila binaan runtuh salahkan kontraktor yang membinanya

Bila rugi berniaga salahkan pesaing dan pasaran

Bila kalah bola salahkan jurulatih atau pengadil

Bila bercerai berai salahkan orang ketiga dan facebook

Bila anak-anak merempit dan hisap dadah salahkan pengaruh TV dan media serta pusat hiburan

Bila anak-anak gagal dalam peperiksaan salahkan sistem pembelajaran dan pehak sekolah

Dan yang paling syok tuuu bila wakil kalah dalam pilihanraya disalahkan pulak kepada rakyat yang menjadi pengundinya. Ha ha ahaaaa punya la giler kita ini.

Dan terakhir ini yang rancak diperkatakan oleh para penganalisis politaik tanahair ialah  meletakkan isu perkauman sebagai punca utama kepada kegagalan  BN untuk memenangi kesemua kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 baru-baru ini.

Pening kepala memikirkanya, kerana sepanjang yang kita dengar ceramah dari Pakar motivasi seperti Dr.Fadhilah Kamsah dan Hassan Ali dulu-dulu, semuanya menasihati kita agar bermuhasabah diri dan meletakkan kesalahan itu kepada diri sendiri. kita dilarang sama sekali meletakkan kelemahan dan kesilapan itu kepada orang lain atau menunding jari kepada orang lain apabila berlaku sesuatu kesilapan atau kegagalan.

Setuju dan terimalah ayat Allah dalam ayat 79 surah An Nisa yang bermakna " Apa jua kebaikan yang engkau (nikmat kesenangan) dapatimaka adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu ia adalah dari kesalahan dirimu sendiri"...........










Wednesday, May 15, 2013

Shahidan Kassim diperkuat Najib dengan jawatan Menteri di JPM

Perlantikan Dato Seri Shahidan Kassim MP Arau yang terkenal dengan gelaran "Thaksin Perlis" ini nampaknya memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam percaturan politik Perlis.

Shahidan yang terkenal dengan sikapnya yang begitu pemurah dan "hemoi" kata orang Perlis sememangnya digemari dan menjadi buah mulut ramai penduduk Perlis terutama dikalangan ibu-ibu tunggal dan warga emas.

 Perlantikan ini sememangnya telah diduga kerana beliau adalah dikira calon paling layak dan sesuai sekali bagi menduduki kabinet Najib mewakili kuota UMNO Perlis. Bertepatan pulak Perlis telah berjaya mengekalkan statusnya sebagai negeri kuat BN walaupun 2 kerusi DUN telah kalah tipis kepada PR dalam PRU13 lalu..

Berbekalkan statusnya kini sebagai Menteri di JPM, kuasanya di Perlis akan lebih berbisa dan dijangka akan menguasai semula UMNO Perlis.
Pengguguran Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad dalam senarai PRU13 baru-baru ini dan dengan kedudukan MB yang baru di Perlis akan memperkuatkan lagi pengaruh DSSK dalam UMNO Perlis kelak. Beliau  kini adalah Ketua UMNO Bahagian Arau manakala adiknya YB Ismail Kassim adalah Timbalannya.

Adakah kemelut politik Perlis akan sedikit reda atau berakhir selepas ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana pula rentak baru politik Perlis yang hanya ada tiga bahagian ini akan berkemundang selepas ini.


Friday, May 3, 2013

Inikali macam-macam cerita dari Perlis.........

Politik Perlis sekali lagi bergelora bilamana tiga  pemain utama politik digugurkan dari bertanding didalam PRU13 kali ini. Datuk Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid di temani oleh YAB Datuk Seri Md.Isa Sabu telah berjaya dipencenkan dari bertanding dalam PRU13 kali ini.

Keadaan ini sangat mengejutkan ramai pemerhati politik tanah air dan penyokong mereka khususnya. Ini adalah kerana di sesetengah negeri pulak beberapa YB Pencen telah terpilih untuk bertanding semula pada PRU13 kali ini. Perkara ini telah menjadi teka-teki terutama dikalangan penyokong kuat kedua-dua mereka di Bahagian Kangar dan Padang Besar.

Apa yang menarik kali ini pulak ialah pertukaran tempat dua calun adik beradik iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan adiknya Datuk Ismail  Kassim di Adun Tambun Tulang dan Parlimen Arau telah menimbulkan perbagai spekulasi  dikalangan pemerhati politik tapi juga telah menyemarakan semula semula perbalahan dalaman didalam UMNO Perlis yang sekian lama ujud antara ketiga-tiga bahagian Arau , Kangar dan Padang Besar.

Kini timbul berbagai cerita dan kisahnya.......

- Siapakah  MB baru Perlis selepas ini.........hahaha Ismail kassim Tambun Tulang, Mat Rawi Kassim Beseri atau muka baru Azlan Man Arau atau orang baru dari PR Annuar Tahir............dari  Santan.

- Orang-orang kuat UMNO Kangar dikatakan bersunyi-sunyian di rumah dan melihat dari jauh JAMIL RELA bertanding di Bintong ...........(Jamil dari PAS/Rela dari BN) dan kali ini mereka mula meminati pulak calun PR  di Sena dan Kayang.

- Pertama kali dalam sejarah politik Perlis calun Cina BN / Cina PR di DUN Titi Tinggi dan Indera kayangan manakala calun Melayu bertanding sebagai calun Bebas.

Dan yang terakhirnya ialah ramai sekali termasuk ahli-ahli UMNO yang berharap kemenangan berpihak kepada Datuk Dr.Harun Din di Parlimen Arau beserta anak-anak buahnya bagi menyelamatkan Arau serta Perlis dari genggaman pengaruh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jadi tidak hairanlah kalau Datuk Seri Shahidan akan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kemenangan beliau   pada PRU13 ini kerana kesinambungan dalam masadepan politiknya adalah bergantung kepada keputusan PRU13 esok. BN Menang Dia Senang...........

Ayuh jom kta ngundi esok dan buatlah pilihan kerana Allah dan jangan pilih ikut nafsu............InsyaaAllah baru kita boleh senang dunia dan akhirat.













Wednesday, April 24, 2013

Lagi kerusi DUN BN akan tumbang kepada PR di Perlis.

Bekas Exco dan Adun Sena Perlis yg lebih senang dipanggil dengan Cik Gu Selamat tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi yang dimenangi BN pada 2008 lalu boleh jatuh kepada calun PR pada PRU13 nanti.

Selain dari DUN Sanglang dan DUN Simpang Empat yang telah dimenangi PAS pada PR pada 2008 dulu, beberapa DUN yang menjadi kubu kuat BN mungkin akan jatuh ketangan PR berikutan selera pengundi baru dan faktor pengguguran Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang merupakan tulang belakang UMNO Bahagian Kangar                         

Tampa menyebut DUN manakah yang bakal kecundang pada PRU13 nanti, beliau yang masih kuat menyokong UMNO berharap kepimpinan UMNO Perlis dan calun yang terpilih perlu membuat kejutan akhir untuk  untuk menentukan kemenangn berpihak kepada BN.

Umum mengetahui politik Perlis dikatakan bagai berada dalam keadaan panas sejak peristiwa pengguguran Datuk Seri Shahidan dari kerusi Menteri Besar Perlis pada 2008 lalu. Sejak tarikh itu sehinggalah kini bahang tersebut sentiasa berbara dan kini mula panas semula dengan pengguguran  Datuk Seri Radzi dari senarai calun PRU13.

Pemilihan calun-calun BN yang bertanding dalam PRU13 kali ini juga turut dipertikaikan bukan sahaja oleh , UMNO bahagian, malah pengundi-pengundi dan ahli-ahli UMNO sendiri juga turut mempertiakai dan memperkecilkan calun pilihan BN kali ini.

Kemenangan BN kali ini banyak bergantung kepada muka baru yang dicalunkan. Mampukah mereka mempertahankan kemaraan calun PR pada 5 Mei nanti. Sama-samalah kita nanti dan menunggunya kerana dalam masa terdekat ini macam-macam boleh terjadi  yang boleh mempengaruhi pengundi.

PR melalui PAS kini menguasai 2 kerusi DUN (Sanglang dan Simpang Empat) dari keseluruhan 15 kerusi dijangka akan menambah dengan mudah tiga lagi kerusi DUN manakala dua kerusi di Indera kayangan dan Titi Tinggi yang diwakili calun kaum Cina untuk menentang calun dari MCA juga  merupakan "kerusi panas" yang diidamkan PR.

Saturday, April 20, 2013

Petanda baik untuk kemenangan Dato Dr Harun Din di P003 Arau

P003 Parlimen Arau di Perlis meenjadi makin panas pertarungan senget antara Dato Seri Shahidan Kasim dan Dato Dr Harun Din turut disertai calun bebas.

ZainuddinYom adalah orang yang ada hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin besar UMNO Perlis dan dikatakan orang kuat UMNO di kawasan Sanglang telah diumumkan sebagai calun bebas yang akan berentap bersama 2 bintang besar PRU kali ini yang masing-masing mewakili BN dan PAS.

Zainuddin Yom yang dikenali ramai penduduk kawasan Sanglang juga turut bertanding sebagai calun bebas di DUN Sanglang  untuk bersaing dengan Ustaz Fathur Bari dari BN dan Mohd.Shukri Ramli dari PAS.




                         Penyokong-penyokong yang mengiringi Dato Dr Harun Din di Dewan Sivik

Keadaan politik Perlis  yang mempunyai 3 kawasan parlimen dan 15 ADUN dikatakan kembali bergelora dan semua yang ditemui berpendapat akan berlaku sekali lagi Tsunami Politik pada PRU13 ini berikutan pengguguran Dato Seri Mat Isa Sabu dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Adakah kah senario ini akan berpihak kepada barisan PR yang dikepalai Dato Dr harun Din ? Kita sama-sama tunggu dan bersabar menanti 5 mei nanti kerana semua terletak ditangan Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Tuesday, April 16, 2013

Fathur Bari Mat Jaya jadi umpan BN di DUN Sanglang



Sebagaimana yang telah diduga, Ustaz Fathur Bari Mat jaya yang mewakili Ulamak Muda UMNO telah terpilih untuk bertanding atas tiket BN pada PRU13 5 Mei nanti.

Beliau telah diumumkan semalam  untuk mewakili BN di DUN Sanglang yang telah diketahui umum menjadi kubu kuat PAS sejak sekian lama.

DUN Sanglang bakal menjadi medan pertarungan hebat bila dua muka baru PAS dan UMNO ini akan merebut kerusi yang dulunya diwakili Hj.Hashim Jasin Pesuruhjaya PAS Perlis.

PAS yang akan diwakili muka baru  iaitu Cik Gu Shukri Ramle anak tempatan yang dikenali ramai di DUN Sanglang. Fathur Bari anak kepada bekas Mufti Perlis yang merupakan orang orang dari DUN Guar Sanji dikatakan menjadi umpan kepada BN untuk memenangi kerusi DUN Sanglang yang sekian lama berada di tangan PAS.

Selain Fathur Bari BN Perlis turut mempertaruhkan muka baru yang boleh menang dalam PRU13 kali ini. Antara muka baru yang tidak kurang hebatnya ialah Azlan Man bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam di DUN Pauh, Ir Shaharuddin Ismai di Parlimen Kangar, Hjh Rela Ahmad di DUN Bintong mewakili Wanita UMNO manakala Puteri UMNO diwakili Asmaiza Ahmad di DUN Cuping, serta Nurhisham Yaakub di DUN Simpang Empat dan Khor Hock Keng di DUN Titi Tinggi mewakili MCA.

Manakala muka lama yang kembali semula kali ini ialah bekas ADUN Besei Datuk Zulhaidi pula akan mengambil alih tempat Datuk Azmi Khalid yang dulunya mewakili Parlimen Padang Besar.

Apa yang menariknya kali ini ialah BN juga tidak dapat lari dari dikatakan party anak beranak kerana Datuk Ismail kassim adik kepada Datuk Shahidan Kasim bertukar tempat dengan abangnya di DUN Tambun Tulang manakala Shahidan di kerusi Parlimen Arau.

Dan Fathur Bari Mat Jaya juga ada hubungan kekeluargaan dengan mereka dimana anak perempuan Datuk Seri Shahidan adalah merupakan isteri kepada adik Fathur Bari. Begitulah al kisahnya.

Monday, April 8, 2013

Dr Juanda balik Serawak !

                                                                          
Orang Miri... Jemput hadir beramai-ramai!
Haaaa sibuk dua tiga hari ini para blogger bercerita tentang Dr Juanda Mufti kerajaan negeri Perlis.
 
Tak semena-mena timbul nama beliau kononnya akan dicalonkan sebagai salah seorang calon mewakili party tertentu dalam PRU13 nanti.
 
Semalam dalam blog jengkeng heboh belia dikatakan telah mengadap DYMM Raja Perlis kononnya untuk mendapat restu Kebawah Duli Raja Perlis untuk bertanding dalam PRU13 nanti.
 
Hahahaha.semuanya tekaan dan ramalan semata-semata kerana kita tidak pernah pun mendengar dari mulutnya sendiri atau kenyataan bertulis dari beliau yang bersetuju untuk terlibat dalam PRU13.
 
Yang sebenarnya memang beliau ada mengadap DYMM Raja Perlis semalam dan ini adalah postnya dalam facebook yang mungkin menjawab kepada persoalan tersebut.
 
 
 

Saturday, April 6, 2013

Ini halangan Dato Dr Harun Din di Perlis............

                    Barisan panglima-panglima gagah Dato Dr Harun Din Dalam misi menawan Perlis

Melihat kepada senarai bakal-bakal calon yang akan dinamakan oleh PAS Perlis untuk PRU13 kali ini sememangnya yang terbaik dan merupakan mereka yg  boleh dianggap mempunyai wibawa tinggi sebagai pemimpin dikalangan anak jati Perlis.

Namun dalam politik semua ini belum tentu menjamin kemenangan kerana  yang terbaik belum tentu disukai. Faktor  kemenangan adalah terletak ditangan pengundi yang juga terdiri dari pelbagai peringkat serta kelompok. Pelbagai halangan dan tembok perlu diroboh untuk meraih sokongan dari mereka.

Dan halangan yang besar sekali ialah bagaimana nak menghadapi ini, iaitu keputusan PRU12 lalu.

N1 TITI TINGGI
Penyandang (BN) Yip Soon Onn dgn.majoriti 1814

N2 BESERI
Penyandang (BN) Mat Rawi Kassim dgn.majoriti 1111

N3 CHUPING
Penyandang (BN) Mansor Jusoh dgn majoriti 2803

N4 MATAIR
Penyandang (BN) Khairi Hassan dgn.majoriti 1622

N5 SANTAN
Penyandang (BN) Sabry Ahmad dgn.majoriti 712

N6 BINTONG
penyandang (BN) Datuk Mat Isa Sabu dgn. majoriti 2110

N7 SENA
Penyandang (BNbdul Jamil Saad dgn. majoriti 1869

N8 INDERA KAYANGAN
Penyandang (BN) Dr.Por Choo Chor dgn. majoriti 1263

N9 KUALA PERLIS
Penyandang (BN) Mat Hassan dgn. majoriti 2521

N10 KAYANG
Penyandang (BN) Ahmad Bakri Ali dgn.mjoriti 1508

N11 PAUH
Penyandang (BN) Datuk Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dgn majoriti 2572 undi

N12 TAMBUN TULANG
Penyandang Datuk Seri Shahidan Kassim dgn.majoriti 2010

N13 GUAR SANJI
Penyandang (BN) Jafri Osman dgn. majoriti 712

N14 SIMPANG EMPAT
Penyandang (PAS) Rus'sele Eizan dgn majoriti 53

N15 SANGLANG
Penyandang (PAS) Hashim Jasin dgn.majoriti 149

P3 ARAU
Penyandang (BN) Ismail Kassim dgn.majoriti 300

P2 KANGAR
Penyandang (BN) Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dgn. majoriti 13671

P1 PADANG BESAR
Penyandang (BN) Datuk Azmi Khalid dgn.majoriti 11643

Walaupun PAS berjaya mengekalkan kerusi Sanglang pada PRU12 lalu dan meraih satu kerusi tamabahan, namun kemenangan dengan majoriti yang agak tipis itu belum tentu dapat menjamin kemengan mudah pada kali ini.

Manakala BN walaupun kehilangan 2 kerusi DUN tetap menganggap mereka  mencapai kemenangan yang agak selesa. Kemenangan PAS dengan bilangan majoriti yang kecil itu tidak menjejaskan langsung prestasi dan moral mereka berbanding dengan kekalahan BN yang teruk di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Perbagai kemingkinan boleh berlaku dalam masa terdekat ini dan dengan satu kesilapan kecil sahaja boleh membuatkan keputusannya akan berbeza nanti.

Kita tunggu nanti akan senarai bakal-bakal calun yang terdiri dari Pakatan Rakyat dan BN yang belum dimuktamadkan lagi.

Faktor calon juga dikatakan sangat penting dalam PRU13 nanti kerana pengundi lebih berminat melihat kepada populariti dan kewibawaan calun itu sendiri dari memilih party.

Tuesday, April 2, 2013

Ada apa pada 3 April........

 

NAJIB Tun Razak selepas istiadat menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara gambar utusan.com

Masihkah ingat tarikh bersejarah ini 3 April 2009 lalu.
Adakah 3 April 2013 hari ini juga akan mencipta sejarah dan merupakan tarikh kesukaan atau keramat bagi beliau.

Ada apa pada angka kerana Allah Maha Berkuasa dan Allah juga yang menentukan segalanya.

 – Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agung Tunku Mizan pada 3 April 2009 lalu


Najib yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung dan kini sedang menanti saat-saat akhirnya selaku PM sebelum membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU 13 diadakan.

Tunggu saja dan hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya.

Saturday, March 30, 2013

Macammana nak bubar ni...........

 
"MACAMANA NAK BUBAR NIE.......... "




Bila nak bubar ni ? Inilah perkataan yang terkeluar dari mulut semua peminat politik tanahair masakini.
Samada di rumah, dikedai kopi, di pasar, di surau dan di mesjid, di pejabat dan dimana-mana jua inilah persoalan paling laris dipasaran yang menjadi buah mulut orang ramai.

Macam-macam firasat dan telahan dibuat oleh mereka mengenai kegagalan PM Najib kita untuk mengistiharkan pembubaran parlimen dan seterusnya PRU13 diadakan.

Kalau dalam pertubuhan yang berdaftar samada dengan SSM atau SKM, kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau sengaja melewat-lewatkannya adalah menjadi kesalahan dan sudah semestinya terdapat permasalahan yang sesuatu pertubuhan itu. Antaranya ialah akuan kewangan bermasalah, kemungkinan berlakunya salahlaku tadbir oleh pentadbir dan berkemungkinan pemegang jawatan semasa telah mencium situasi berlakunya perebutan kuasa dalam merebut jawatan tertentu.

Dalam isu pembubaran parlimen dan tindakan PM Najib melewat-lewatkan PRU13  kali ini berkemungkinan adalah disebabkan beberapa perkara berikut seperti yang di kutip dari beberapa forum tak resmi di jalanan..dan rumusannya semua bersetuju bahawa :

PRU 13 kali ini dijangka akan berjalan dalam suasana yang panas dan senget dimana semua menjangka Parti Pembangkang terutama Pakatan Rakyat akan menang besar dan akan menampakan beberapa calun favorite BN serta kawasasn Parlimen dan DUN BN akan kecundang tewas kepada calun-calun PR.

Apa tak percaya ? Tungggggggggggguuuuuuuuudan  kita tengok keputusannya pada malam selesai PRU13 nanti. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Thursday, March 28, 2013

Penyakit apa ini ?.......

                                           
                                          Penyakit apakah ini.......".kerja bodoh kata orang."

Satu lagi kejadian jahat menconteng kain rentang atau bendera party Pakatan Rakyat berlaku di Alor
Setar.
Sungguhpun  kerja ini dianggap mainan dan kerja nakal tangan budak-budak, tetapi budaya ini perlu dibendung agar perjalanan sistem demokerasi negara kita terjamin dan dapat berjalan denagn keadaan yang harmoni.

Kacau-kacau.....beginilah keadaannya selagi pilihanraya PRU13 tidak selesai.



Tuesday, March 19, 2013

Presiden Cuepecs mengamuk kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan...

Marah benar Presiden Cuepecs terhadap kakitangan awam yang terlibat dengan politik seperti yang tertera dalam dada akhbar Sinar Edisi terangganu hari ini dan menyarankan mereka ini agar berhenti kerja.

Semalam beliau telah memberi amaran keras kepada pesara kerajaan yang menentang dasar kerajaan di atas pentas politik bersama pembangkang dan menganggap mereka ini adalah gulungan yang tidak mengenang budi.

Pelik dan hairan juga kita di luar sini, kerana baru-baru ini kerajaan telah memberi kebenaran untuk penjawat awamnya berpolitik. yang mana satu arahan sebenar ini. Nak ikut Presiden Cuepecs atau KSN yang berkuasa keatas penjawat awam semua.

Hasil tinjauan dalam wall facebook sinarharian semalam semua mengutuk keras kenyataan Presiden Cuepecs ini dan berpendapat kritikan bukan bermakna menentang dan mereka berpendapat itu adalah hak peribadi semua rakyat.

Lagipun apasalahnya mereka ini terlibat dengan parti politik, kerana undang-undang dan pertauran sedia ada telah mengcukupi untuk membolehkan tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana mereka yang didapati melanggar peraturan kerja.

Janganlah pula menjadi kesalahan kerana mereka ini menyokong parti pembangkang, manakala mereka yang menyokong parti pemerintah diizinkan pulak.
Semua depa dok kutuk Tok Omar Osman dalam Facebook.






Sunday, March 17, 2013

Kempen Amalan Hijau oleh KeTHHA nampaknya berkesan sekali..........

Kempen AMALAN HIJAU yang dilancarkan oleh KeTHHA iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi hijau dan Air nampaknya berkesan sekali kepada segelintir masyarakat Malaysia.

Amalan Hijau yang selalu di iklankan di TV tu sebenarnya mengajak kita semua untuk menjaga alam sekitar agar tidak tercemar akibat dari populasi manusia dan keadaan negara kita yang pesat membangun.

Hahaha lain pulak jadinya kerana sejak akhir-akhir ini disana sini sibuk depa semua dok suka warna HIJAU pulak.Nampaknya sedikit masa lagi akan penuhlaaa warna HIJAU ini dimana-mana terutamanya apabila PM Najib mula mengistiharkan pembubaran parlimen kelak.

Yang pasti AMALAN HIJAU ini akan tercemar jugak bila Gelombang Biru yang sedia ada tetap tidak dapat dihalang kedatangannya.

Thursday, February 28, 2013

Penyakit Felda mula berjangkit ke Felra............

Hahahaaa kalau di Felda, kumpulan ANAK dan PR dihalang memasuki kawasan mereka untuk mengadakan ceramah kepada penerokanya, di Felcra keadaan ini juga dah mula berjangkit.

Suahati mendapat maklumat bahawa hari ini seorang Pegawai Kanan Kawasan Felcra telah diarah bertukar dari negeri Perlis ke Pahang berikutan kegagalannya mengawal bendera-bendera sebuah parti pembangkang berkibar megah di salah sebuah kawasan perkampongan peneroka Felcra di negeri Perlis.

Marah betul orang-orang ameno ini dengan parti pembangkang, sampai tengok bendera pun dah mula gila meroyan. Agaknya kalau mereka ini nampak gerombolan Anwar Ibrahim, TGNA dan LGE masuk berceramah di kawasan perkampongan peneroka ini bagaimana agaknya tindakan mereka?

Harap-harap selepas PRU13 nanti semua kejadian-kejadian ini tidak berterusan dan semua golongan rakyat dapat bebas untuk berbuat apa saja yang mereka suka dan mahu.

Berpolitiklah dengan bijak setaraf dengan perjalanan negara kita yang dikatakan sedang menuju era negara maju.


Sunday, February 24, 2013

Berebut surau rupanya.......Teruk betui orang Ameno ni.

  • Terjumpa dalam wall Facebook Pengerusi JKKP di Alor setar....lekeh betui akai puak2 niiii,patut laaaa Kedah boleh tumpah dan terlepas kepada PAS. Kalau dok biaq puak2 ni yang dok merancang nak tawan Kedah semula alamat payah laaaaa....nak habaq bagi rakyat sekarang dah pandai2 dan cerdik maaaaaa .Gunalah pendekatan modern dan halus serta Islamic kalau nak ambik ahati rakyat.
    Saja tak mau siar sebenar empunya acc Facebook ini sebab nak jaga nama baik dia.
    @@@@@@@@@@@@semangat....
     via
  • @@@@@@@@@@ ha x3...bersemangat sja yg terpilih..

  • @@@@@@@@@@@@@Jika tenaga dah kurang tp semangat masih tinggi juga masih diperlukan...

  • xxxxxxxxxxxxx Kerja kuat sehingga pastikan BN menang dan tawan balik surau....XXX

Saturday, February 16, 2013

Cerita Datuk Dr Harun Din dari Arau..........

Berita hangat yang sedang heboh diperkatakan yang Datuk Harun Din akan meninggalkan PAS ternyata meleset bila mana poster gambar beliau telah pun mula naik di kawasan P003 iaitu Parlimen Arau.

Gambar ini dirakam petang tadi jam 200pm terpacak gagah di salah satu kawasan pilihanraya Parlimen Arau. Difahamkan beliau akan mengetuai misi merampas kawasan Parlimen Arau termasuk juga 5 kerusi Dewan Undangan yang dua darinya telah dimenangi oleh PAS.

Bolehkah Datuk Harun Din menjayakan misi ini pada PRU13 nanti, sama-samalah kita tunggu saat dan ketikanya. sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menentukan segala sesuatu.

Ini adalah keputusan PRU12 pada 2008 lalu.

P3 ARAU
Jumlah Pengundi: 39,877
Peratusan Kaum: M:86.72% C:8.80% I: 1.58% L: 2.92%
1. Datuk Ismail Kassim (BN) (16,451)
2. Datuk Dr. Harun Din (Pas) (16,151)
Majoriti: 300
Jumlah undi: 33,188
Peratus mengundi: 83.23%
Undi rosak: 586
Penyandang: Datuk Seri Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail
(Majoriti: 3,243 undi)

N11 PAUH
Jumlah Pengundi: 8,107
Peratusan Kaum: M: 74% C: 17.84% I: 5.40% L: 2.76%
1. Datuk Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN) (4,461)
2. Abu Bakar Ali (Pas) (1,889)
Majoriti: 2,572
Jumlah undi: 6,482
Peratus mengundi: 79.96%
Undi rosak: 132
Penyandang: Datuk Abu Bakar Ismail (BN)
(Majoriti: 1,585 undi)

N12 TAMBUN TULANG
Jumlah Pengundi: 8,683
Peratusan Kaum: M: 84.04% C: 3.96% I: 1.62% L: 10.47%
1. Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) (4,371)
2. Che Nordin Che Ahmad (Pas) (2,361)
Majoriti: 2,010
Jumlah undi: 6,870
Peratus mengundi: 79.12%
Undi rosak: 138
Penyandang: Datuk Seri Shahidan Kassim (BN)
(Majoriti: 1,742 undi)

N13 GUAR SANJI
Jumlah Pengundi: 8,180
Peratusan Kaum: M: 97.63% C: 2.09% I: 0.16% L: 0.12%
1. Jafperi Osman (BN) (3,475)
2. Ahmad Adnan Fadhil (Pas) (2,763)
Majoriti: 712
Jumlah undi: 6,339
Peratus mengundi: 77.49%
Undi rosak: 101
Penyandang: Jafperi Osman (BN)
(Majoriti: 145 undi)

N14 SIMPANG EMPAT
Jumlah Pengundi: 6,961
Peratusan Kaum: M: 88.15% C: 11.46% I: 0.29% L: 0.10%
1. Rus'sele Eizan (Pas) (2,878)
2. Zahari Bakar (BN) (2,825)
Majoriti: 53
Jumlah undi: 5,785
Peratus mengundi: 83.11%
Undi rosak: 82
Penyandang: Zahari Bakar (BN)
(Majoriti: 276 undi)

N15 SANGLANG
Jumlah Pengundi: 7,946
Peratusan Kaum: M: 90.13% C: 9.44% I: 0.24% L: 0.19%
1. Abdullah Hassan (BN) (3,384)
2. Hashim Jasin (Pas) (3,235)
Majoriti: 149
Jumlah undi: 6,711
Peratus mengundi: 84.46%
Undi rosak: 92
Penyandang: Hashim Jasin (Pas)
(Majoriti: 46)
# setelah perbicaraan dimahkamah Hashim Jasin PAS telah diistihar memenangi N15 Sanglang.

Tuesday, January 29, 2013

Anak Bulan dah mula kelihatan.......

Tudiaaaa anak bulan sudah mula kelihatan........nampaknya masing-masing dah tak boleh menahan sabar lagi.
InsyaaAllah menurut Ahlil Nujuma dari Bukit Bendera punya firasat, selepas naga keluar minggu hadapan akan diketahuilah tarikh sambutan hariraya orang-orang gila kuasa.

Tak sabaq nak naik gantung bendera atas pokok ............

Sunday, January 20, 2013

Lagi kisah Ustaz Muda......

Meletup minggu ini dengan kisah Ulamak Muda UMNO di blog politik tanah air. Dan hari ini muncul di Harian Metro akan penjelasan beliau yang seikhlasnya.

Walau apa pun kisahnya, dalam dunia politik ini sememangnya macam-macam boleh terjadi dan semua perkara boleh menjadi panas walaupun ianya terjadi atas dasar kebenaran dan kerja halal.

Merujuk kepada Ustaz muda yang sedang mengukir nama dalam arena politik ini, isu sebegini  adalah merupakan perkara biasa sebenarnya kepada seseorang yang bergelar ahli politik. Kalau dikalangan artis ada gossip liar maka dalam arena poltitik juga tak kurang dengan skandal dan isu yang aakan muncul samaada oleh pihak party lawan atau oleh pesaiang poltik yang terdiri dari kawan-kawan dalam party itu sendiri.

Ustaz Fathul Bhari yang menjadi ayam tambatan Dato Seri Shahidan Kassim difahamkan diantara nama yang  telah tersenarai dalam senarai bakal calon di perlis dalam PRU13 nanti. desas desus ini sebenarnya telah tidak disenangi oleh beberapa orang pemimpin UMNO tempatan yang telah lama bertapak disana.

Jadi berita beliau membuka " cawangan " baru ini sudah tentu membuka peluang kepada rakan pesaiang politiknya dan juga keberuntungan kepada pihak party lawan nanti. Meletakkan Ustaz muda ini sebagai calon dalam PRU13 nanti mungkin akan berisiko tinggi kepada BN. Ini adalah kerana orang Melayu terutama wanita masih tidak dapat menerima dengan sepenuhnya orang lelaki yang berpoligami  walaupun agama membenarkannya.

Walau apa pun terjadi selepas ini, kita mendoakan kebahagiaan  beliau  dan teruskan usaha menegakan Sunnah Rasulullah SAW seperti awal kemunculan beliau.





Sunday, January 13, 2013

Kalau bagi Pengarah JKR uruskan tentu tak beginikan.....



Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011.
Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali.sumber berita: Hangit blog.
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu lah sebabnya masing-masing suka sangat kalau ada agensi kerjaan nak di swastakan. Apa lagi bila dah jadi syarikat korporat, masing-masing boleh buat sesuka hati termasuk menjual sebahagian harta syarikat dan mengagih-agihkan laba syarikat berkenaan.

Dulu, semasa penjawat awam menguruskannya semuanya pun beres jugak, dan gaji Pengarah JKR dan jurutera yang menguruskannya tidaklah banyak sebegini cuma cukup sekadar bayar loan rumah dan sebuah kereta sebelum pencen.