Powered By Blogger

Wednesday, May 15, 2013

Shahidan Kassim diperkuat Najib dengan jawatan Menteri di JPM

Perlantikan Dato Seri Shahidan Kassim MP Arau yang terkenal dengan gelaran "Thaksin Perlis" ini nampaknya memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam percaturan politik Perlis.

Shahidan yang terkenal dengan sikapnya yang begitu pemurah dan "hemoi" kata orang Perlis sememangnya digemari dan menjadi buah mulut ramai penduduk Perlis terutama dikalangan ibu-ibu tunggal dan warga emas.

 Perlantikan ini sememangnya telah diduga kerana beliau adalah dikira calon paling layak dan sesuai sekali bagi menduduki kabinet Najib mewakili kuota UMNO Perlis. Bertepatan pulak Perlis telah berjaya mengekalkan statusnya sebagai negeri kuat BN walaupun 2 kerusi DUN telah kalah tipis kepada PR dalam PRU13 lalu..

Berbekalkan statusnya kini sebagai Menteri di JPM, kuasanya di Perlis akan lebih berbisa dan dijangka akan menguasai semula UMNO Perlis.
Pengguguran Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad dalam senarai PRU13 baru-baru ini dan dengan kedudukan MB yang baru di Perlis akan memperkuatkan lagi pengaruh DSSK dalam UMNO Perlis kelak. Beliau  kini adalah Ketua UMNO Bahagian Arau manakala adiknya YB Ismail Kassim adalah Timbalannya.

Adakah kemelut politik Perlis akan sedikit reda atau berakhir selepas ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana pula rentak baru politik Perlis yang hanya ada tiga bahagian ini akan berkemundang selepas ini.


Friday, May 3, 2013

Inikali macam-macam cerita dari Perlis.........

Politik Perlis sekali lagi bergelora bilamana tiga  pemain utama politik digugurkan dari bertanding didalam PRU13 kali ini. Datuk Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid di temani oleh YAB Datuk Seri Md.Isa Sabu telah berjaya dipencenkan dari bertanding dalam PRU13 kali ini.

Keadaan ini sangat mengejutkan ramai pemerhati politik tanah air dan penyokong mereka khususnya. Ini adalah kerana di sesetengah negeri pulak beberapa YB Pencen telah terpilih untuk bertanding semula pada PRU13 kali ini. Perkara ini telah menjadi teka-teki terutama dikalangan penyokong kuat kedua-dua mereka di Bahagian Kangar dan Padang Besar.

Apa yang menarik kali ini pulak ialah pertukaran tempat dua calun adik beradik iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan adiknya Datuk Ismail  Kassim di Adun Tambun Tulang dan Parlimen Arau telah menimbulkan perbagai spekulasi  dikalangan pemerhati politik tapi juga telah menyemarakan semula semula perbalahan dalaman didalam UMNO Perlis yang sekian lama ujud antara ketiga-tiga bahagian Arau , Kangar dan Padang Besar.

Kini timbul berbagai cerita dan kisahnya.......

- Siapakah  MB baru Perlis selepas ini.........hahaha Ismail kassim Tambun Tulang, Mat Rawi Kassim Beseri atau muka baru Azlan Man Arau atau orang baru dari PR Annuar Tahir............dari  Santan.

- Orang-orang kuat UMNO Kangar dikatakan bersunyi-sunyian di rumah dan melihat dari jauh JAMIL RELA bertanding di Bintong ...........(Jamil dari PAS/Rela dari BN) dan kali ini mereka mula meminati pulak calun PR  di Sena dan Kayang.

- Pertama kali dalam sejarah politik Perlis calun Cina BN / Cina PR di DUN Titi Tinggi dan Indera kayangan manakala calun Melayu bertanding sebagai calun Bebas.

Dan yang terakhirnya ialah ramai sekali termasuk ahli-ahli UMNO yang berharap kemenangan berpihak kepada Datuk Dr.Harun Din di Parlimen Arau beserta anak-anak buahnya bagi menyelamatkan Arau serta Perlis dari genggaman pengaruh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jadi tidak hairanlah kalau Datuk Seri Shahidan akan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kemenangan beliau   pada PRU13 ini kerana kesinambungan dalam masadepan politiknya adalah bergantung kepada keputusan PRU13 esok. BN Menang Dia Senang...........

Ayuh jom kta ngundi esok dan buatlah pilihan kerana Allah dan jangan pilih ikut nafsu............InsyaaAllah baru kita boleh senang dunia dan akhirat.