Powered By Blogger

Saturday, May 26, 2012

Pesara kanan kerajaan diburu party politik

Sejak kebelakangan ini timbul di sana sini beberapa orang pesara kerajaan yang dulunya berjawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan turut menyertai party politik tertentu.

Penerjunan gulungan ini dalam politik tanahair tidaklah begitu menghairankan kerana ianya telah lama berlaku. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tindakan gulungan ini yang berani mengistiharkan secara terbuka menyertai party pembangkang adalah sangat menarik minat pemerhati politik termasuk rakyat marhaen.

Sebenarnya gulungan pesara ini banyak sekali mempunyai rahsia tersendiri. Sepanjang perkhidmatan mereka yang hampir 30 tahun terlibat dalam perkhidmatan kerajaan sudah memberi peluang kepada mereka untuk bukan sahaja mahir malah membolehkan mereka  mengetahui perbagai liku dan ranjang dalam segala hal perkhidmatan kerajaan. Semua dasar dan sistem serta perlaksanaan jentera pentadbiran kerajaan diketahui mereka ini termasuk kelemahan dan kepincangan yang berlaku.

Jadi tidak hairanlah kini pesara-pesara kerjaan terutama yang dulunya berjawatan tinggi kini menjadi rebutan party-party yang ada bagi memperkuatkan jentera party masing-masing.

Pilihlah jalan masing-masing dan yang terbaiknya eloklah kita berkata apa yang sebenarnya berlaku dan beritahulah kebenarannya mengenai sesuatu perkara yang benar-benar kita ketahui. Semoga tindakan kita nanti boleh memberi kebaikan kepada semua pehak terutama gulungan rakyat yang memerlukan kehidupan yamg lebih makmur dan selesa dibumi Malaysia yang kaya raya ini.