Powered By Blogger

Sunday, February 19, 2012

Peserta Felcra dapat "nasi sejuk"....



  Habuan yang dinantikan ribuan peserta FELCRA ternyata hambar kerana apa yang diumumkan PM 1Malaysia dalam perhimpunan rakyat semalam dianggap "nasi sejuk" oleh  peserta Felcra semua.

Dividen yang diumumkan setiap tahun oleh Felcra itu sebenarnya hanya retorik semata-mata kerana ia sebenarnya adalah wang lebihan peserta hasil jualan kelapa sawit dan susu getah dari ladang-ladang peserta Felcra yang diurustadbir kan oleh felcra .

Dividen yang dikatakan itu sebenarnya adalah hasil pendapatan ladang-ladang milik peserta Felcra setelah ditolak kos-kos tertentu serta hutang pembangunan oleh Felcra yang sememangnya perlu dipulangkan kepada peserta setelah akaun ditutup pada setiap tahun.

Tiada apa yang diberi PM 1Malaysia sebagai hadiah istimewa untuk peserta-peserta Felcra semalam melainkan percikan bunga api dan persembahan konsert percuma oleh artis-artis tempatan.

 30 ribu peserta  dari seluruh negara yang diangkut dengan bas percuma oleh Felcra ternyata sedikit kecewa kerana tiada ole-ole yang istimewa diberikan kepada mereka seperti yang selalu PM berikan kepada Peneroka Felda.

Namun bagi Datuk TAR, perhimpunan ini amat berjaya sekali kerana beliau telah dapat meyakinkan PM Najib bahawa beliau tetap berpengaruh dan punya kekuatan di Negeri Perak yang sangat-sangat memerlukan kuasa ajaib dalam PRU13 akan datang.

Begitulah politik, permainan kuasa yang memerlukan kuasa untuk memiliki kuasa seterusnya.


Friday, February 17, 2012

Felcra taja perhimpunan rakyat di Changkat lada


Esok 18Feb 2012 PM Najib akan bertemu rakyat di Changkat Lada kawasan bandar baru yang dibangunkan oleh Felcra.

100 ribu rakyat jelata dr seluruh pelusuk negara sudah tentu akan diangkut menyertainya perhimpunan besar ini yang entah apa tujuannya.

Melihat kepada persiapan yang telah diatur, perhimpunan ini dijangka yang terbesar pernah dibuat dan menelan belanja ynag tidak kurang jutaan ringgitnya.
Ini semua bukan masalah kerana Pak Tajuddin yang menerajui Felcra sekarang ini mempunayi cukup banyak dana untuk mengaturkannya.


Ini adalah antara khemah VIP yang akan menempatkan tetamu-tetamu VIP dalam perhimpunan rakyat tersebut yang akan diadakn pada jam 8.00 malam 18 feb.esok.

Apa manafaat dan faedah kepada rakyat dari perhimpunan yang bernilai jutaan ringgit ini, sama-samalah kita tunggu dan lihatnya.