Bila banjir salahkan hujan lebat dan ribut taufan
Bila panas salahkan matahari dan kemarau panjang
Bila binaan runtuh salahkan kontraktor yang membinanya
Bila rugi berniaga salahkan pesaing dan pasaran
Bila kalah bola salahkan jurulatih atau pengadil
Bila bercerai berai salahkan orang ketiga dan facebook
Bila anak-anak merempit dan hisap dadah salahkan pengaruh TV dan media serta pusat hiburan
Bila anak-anak gagal dalam peperiksaan salahkan sistem pembelajaran dan pehak sekolah
Dan yang paling syok tuuu bila wakil kalah dalam pilihanraya disalahkan pulak kepada rakyat yang menjadi pengundinya. Ha ha ahaaaa punya la giler kita ini.
Dan terakhir ini yang rancak diperkatakan oleh para penganalisis politaik tanahair ialah meletakkan isu perkauman sebagai punca utama kepada kegagalan BN untuk memenangi kesemua kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 baru-baru ini.
Pening kepala memikirkanya, kerana sepanjang yang kita dengar ceramah dari Pakar motivasi seperti Dr.Fadhilah Kamsah dan Hassan Ali dulu-dulu, semuanya menasihati kita agar bermuhasabah diri dan meletakkan kesalahan itu kepada diri sendiri. kita dilarang sama sekali meletakkan kelemahan dan kesilapan itu kepada orang lain atau menunding jari kepada orang lain apabila berlaku sesuatu kesilapan atau kegagalan.
Setuju dan terimalah ayat Allah dalam ayat 79 surah An Nisa yang bermakna " Apa jua kebaikan yang engkau (nikmat kesenangan) dapatimaka adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu ia adalah dari kesalahan dirimu sendiri"...........
No comments:
Post a Comment