Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang
Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
Ini adalah bukti nyata untuk kita semua mengapa golongan korporat berlumba-lumba malah tergila-gila akan jawatan dalam polotik. Mereka akan melakukan apa saja malah sanggup melabur dan berhabis jutaan ringgit bagi mendapat tempat dan kedudukan dalam parti politik terutama parti yang memerintah negara.
Ahli perniagaan Malaysia samada di kampong, daerah, negeri dan negara sekarang ini penuh berlegar-legar d isekeling pembesar-pembesar negara bagai lalat hijau menghurung bangkai. Mereka bukan sibuk mengurus perniagaan mereka tetapi sibuk bersama orang politik dan pembesar negara bagi melobi jawatan dalam parti politik.
Kerana apa tu! kerana habuan yang menantinya bila ada jawatan dalam parti adalah sangat besar dan boleh menjamin kekayaan kereka bertambah-tambah.
Bila ada jawatan dalam sesebuah parti politik terutama yang memeritah negara ini, senang bagi mereka untuk berhubung dengan lebih rapat lagi dengan pihak pemerintah dan dengan mudah untuk mendapat peluang perniagaan dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan kerajaan.
Nak salah siapa, orang politk bagaimana kah yang diperlukan kita sebagai rakyat bihli politik yang berjuang menggunakan wang atau ahli politik yang bersemangat juang membela nasib rakyat dan keadilan untuk semua.
Hampa pikirlah sendiri kerana kita boleh membuat pilihan dan ditangan kitalah mereka terpilih dan dipilih.
No comments:
Post a Comment