Semua sibuk dengan kemelut krisis perlantikan exco kerajaan negeri Kedah seminggu ini. Satu Malaysia dok bercerita sana sini dengan perbagai versi mengenai kisah 3 Abdul di Kedah. Sudah menjadi lumrah alam dan kesukaan manusia yang tidak berapa kuat imannya yang amat gemar dengan berita-berita buruk dan sebaliknya tidak menyukai berita-berita baik.
Macam-macam cerita terdengar tentang bagaimana kemelut krisis 3 Abdul di Kedah ini timbul. Ada yang kata orang itu salah dan ada yang kata orang ini salah dan ada tu pulak yang meletakkan kesalahannya pada orang lain yang tiada kaitan dengan mereka ini.
Mana satu yang betul wallahualam. Yang penting kita sebagai rakyat marhaen ini, bukan nak tahu sangat apa masalah mereka, apatah lagi tidak niat langsung untuk memperbetulkannya. ikut suka hampalah kata orang Kedah.
Sebagai rumusannya, kita semua boleh rumuskan bahawa semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerja nafsu dan syaitan yang sentiasa menggoda kita manusia ini, apatah lagi ianya mungkin lebih kuat godaannya terhadap mereka yang mendakwa lebih arif dan kuat pegangan agama mereka.
Semuanya ini adalah kerana tidak SABAR. Inilah punca segalanya. Semua kita telah maklum dan faham benar dengan istilah ini. Dan semua kita telah melihat banyak sangat sebelum ini beberapa manusia yang bergelar pemimpin tinggi telas tewas dan gugur dek kerana TIDAK SABAR.
Bagi ana, bermula dengan kejatuhan Musa Hitam, Tengku Razalie Hamzah, Sahril Samad, Mokhtar Hashim, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali, Khir Toyo, dan yang terbaru Hassan Ali serta banyak lagi sinarai pemimpin-pemimpin muda lain yang tumpas di pertengahan jalan dalam perjuangan mereka. Semuanya adalah kerana faktor SABAR.
Begitulah kemelut yang melanda Kedah ini. Semuanya kerana mereka itu adalah dari gulungan manusia yang tidak boleh lagi bersabar. Baikkah tilndakan mereka itu! Wallahualam dan marilah kita berdoa semoga Allah terus memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka yang terlibat ini.
Ini beberpa petikan ayat-ayat Allah dan Hadith mengenai SABAR untuk renungan kita.
Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu
agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara
kamu". (Muhammad: 31)
Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)
Rasulullah
SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang
memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
(HR Baihaqi) .
Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )
Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)
Rasulullah
SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri
(berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang
sabar". (HR. Bukhari)k pilihan:
No comments:
Post a Comment