Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini dianugerahkan
Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan
Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah.
Diberitakan beberapa orang pemimpin PR lain juga turut tersenarai menerima anugerah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 hari ini.
Penganugerahan bintang kebesaran Sultan Kedah kepada beberapa pemimpin PR yang memerintah negeri Kedah Darul Aman ini merupakan suatu pengiktirafan yang tinggi dari Baginda Sultan kepada barisan pemimpin PR yang memerintah di negeri jelapang padi ini.
Semoga Kedah terus makmur di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dan Allah terus memberi rahmat dan berkat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah. Daulat Tuanku.
No comments:
Post a Comment