Kalau nak tau, inilah bakal MB Perlis selepas PRU13 nanti. Ini adalah jalan terakhir bagi menamatkan kemelut politik yang berlarutan antara Sahidan Kassim dan Md.Isa Sabu yang sampai kini tak habis-habis lagi.
Orang kata "biar padan muka", asyik dok berebut sangat kerusi MB tu, kita bagi kat orang lain terus. Kata salah seorang warga emas yang jugak orang setia UMNO Perlis sejak zaman Pak Sheikh Ahmad dulu.
Hj. Mohd Anuar Tahir yang kini Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis dijangkan akan dinobatkan sebagai MB Perlis sekiranya PR berjaya menawan kerusi DUN Perlis dalam PRU 13 nanti.
PAS yang kini hanya menguasai 2 kerusi dari keseluruhan 15 kerusi DUN nampaknya terpaksa bekerja keras dan perlu berupaya menampilkan calun muka baru bertaraf 'super star' kalau mahu impiannya tertunai dalam PRU13 nanti.
Sama-samalah kita tunggu ketibaan PRU13 nanti, dan kita patut terima hakikat bahawa semuanya adalah ketentuan Allah yang maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui dan kita selaku rakyat jelata hanya mampu mengundi dan berharap sahaja. Wallahualam.