Powered By Blogger

Wednesday, November 26, 2014

Ini pandangan sebenar......

Ana memang salah seorang pengikut setia yang selalu membaca The Scribe A Kadir Jasin. Ini adalah kerana ana beranggapan pandangan dari beliau adalah merupakan pandangan yang bebas dari unsuru-unsur mengampu dan mempunyai agenda tersembunyi disebalik tulisannya. Lagipun dia kini orang pencen dan tidak ada apa-apa jawatan penting dalam Kerajaan.....orang bebas macam ana laaaa.

Pandangan bebas inilah yang kita mahu walaupun pahit, kritikan dan teguran sebenarnya diperlukan agar semua dapat menilai dan mentaksirkannya. Yang baik tak perlu dipuji kerana semua yang Kerajaan buat dan datang dari atas baik-baik belaka. Yang tak baik dan tak eloknya adalah jalannya atau orang yang melaksanankannya.

Ini salah satu petikan dari tulisan  dalam The Scribe A kadir Jasin 25 Nov.2014 semasa beliau di tanya oleh setesen TV Singapura mengenai kemampuan Umno untukberubah dan seterusnya  menyaingi PR?
Ini katanya:

 Siang tadi saya ditanya oleh sebuah stesen TV Singapura apakah mampu Umno berubah menjadi lebih muda bagi menyaingi PR? Saya kata mesti, tetapi susah atau mustahil.

2. Saya kata, saya kurang yakin dasar dan rancangan pendaftaran terus ahli, khususnya belia akan berkesan, kalau Umno terus dipimpin oleh kepemimpinan tua, letih dan tercemar. Orang muda mahu bukti perubahan. Bukan cakap kosong saja.

3. Mohd Najib berkokok mengenai transformasi, tapi di mulut saja. Buktinya dialog antara beliau dengan Noh Omar. Kalau kepemimpinan negeri yang kecundang pun tak diganti, bagaimana kita boleh mengharapkan perubahan.

4. Muhyiddin pun omong kosong saja kalau tak bertindak dan Ahmad Zahid berpotensi ketinggalan kapal kalau tak berani turun ke bawah untuk gerakkan perubahan. "You will not be the DPM if Muhyiddin decides to (eventually) throw in the towel."

5. Saya katakan mustahil Mohd Najib akan berhenti atau diberhentikan macam Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mustahil menyekat Tun Dr Mahathir daripada terus mengkritik.

6. Kritikan Dr Mahathir tidak akan mengubah Mohd Najib tetapi boleh mengubah sokongan orang Melayu, khususnya generasi muda, terhadap Umno/BN dalam PRU akan datang. Mohd Najib tak kalah tetapi Umno-BN kecundang.

7. Pembahas msh pula, antara lain, berkata: “Sy cuma berharap agar proses untuk gantikan Presiden Umno ini dilancarkan 'ASAP' sebelum sy pengsan atau anak2 cucu sy kelak mati dgn mata tercelik.”

8. Sebenarnya beban apa yang Mohd Najib lakukan, seperti 1MDB, sudah pun cukup untuk membuatkan sdr pengsan dan anak cucu sdr mati dengan mata terbeliak. Siapa pun ambil alih, termasuk Pakatan Rakyat, rakyat jelata akan tetap beban hutang 1MDB yang berpuluh berbilion ringgit itu kalau ia muflis. 1MBD sudah terlalu besar untuk boleh dibiarkan gagal. Natijahnya kita kena keluarkan duit supaya 1MDB tak gagal.

9. Tetapi adakah pembahas dan perwakilan berani sentuh hal ini dalam persidangan?

10. Atau adakah feudalisme Umno sudah sampai ke tahap di mana peranan ahli dan perwalikan bukan lagi "to ask why, but to do and die"?

Wallahuaklam.

dari The Scribe A Kadir Jasin

Tuesday, August 26, 2014

Hajat tak sampai......

Hasrat untuk melihat wanita pertama sebagai MB di dalam lipatan sejarah politik Malaysia berkecai kini. Dimana silapnya.....?
Adakah kerana larangan Agama, Undang-Undang, manusia atau kerana salah Anwar Ibrahim lagi.

Titah Kebawah DYMM Sultan Selangor yang berkehendakan PR menghantar lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan dilantik sebagai MB Selangor bagi menggantikan TSKI menipiskan peluang dan hajat tersebut.

Semuanya perlu bersabar dan redha menerima keputusan berkenaan, kerana Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah SWT yang menentukan segala sesuatu dan berdoalah agar mereka-mereka yang berkuasa menentukan kedudukan ini diberi hidayah dan petunjuk agar keadilan dan keputusan yang terbaik dapat dicapai. Amin.

Friday, August 15, 2014

Inilah Rupa Pakatan Yang Tidak Sepakatan

Pakatan Rakyat boleh di ibarat menghisap rokok, sedap dan mengasyikkan pada awal permulaannya. Tapi apabila telah selesai dan tiada lagi berapi dan berasap, akan dibuang dan dilenyek-lenyekan oleh sipenghisap itu sendiri.



Krisis MB Selangor telah memperlihatkan  kepada kita semua kekuatan dan kedudukan sebenar PAKATAN RAKYAT  selepas PRU13berlalu.

Sekali lagi kelemahan dan kesilapan komponen party dalam Pakatan itu sendiri yang menyebabkan krisis ini berpenjangan dan terus melarat kepada isu pemecatan keahlian Khalid Ibrahim dan seterusnya melucutkan kedudukanya sebagai MB Selangor.

Isu penggantian MB Selangor ini telah menampakkan ketidaksepakatan diantara PAS dan PKR. Isu ini telah nampak seolah-olah tiada kesafahaman dan kurangnya pakatan yang kukuh dalam penentuan keputusan ini. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan Pakatan nampak rapuh dan tidak kuat sejak dari dulu lagi.

Tidak seperti Barisan Nasional, apa saja kata Ketua mereka terutama dari mulut Datuk Seri Najib akan diakur dan dipatuhi tampa sebarang bantahan. Inilah kelebihan dan kekuatan Pakatan dalam Barisan Nasional yang dibina sejak lebih 50 tahun lalu yang menjadi tunjang kekuatan mereka kekal memerintah negara ini.

Barisan Nasional walaupun tidak lekang dari masalah dan krisis samada dalaman dan luaran, tetap boleh bersenada dan sependapat. Ini berbeza dari Pakatan Rakyat yang nampak sahaja bagai tidor bersama dan sebantal  tetapi sebenarnya mereka mempunyai masing-masing mimpi indah mereka sendiri.

Memang tidak dinafikan, PAS agak sukar dan tidak begitu mengizinkan mereka untuk mematuhi dan mengikuti nada dan irama dari selain yang berlandaskan Islam apatah lagi untuk mengikut lagu dan irama yang dialun PKR dan DAP

Percayalah,Pakatan hanya boleh bersama menentang BN tapi dalam masa yang sama mereka tidak akan boleh dan mampu untuk bersama menjayakan missi Pakatan yang terdiri dari perbagai kumpulan manusia yang mempunyai perbagai citarasa.

Selagi PAS yang mendakwa sebuah party yang berlandaskan  Islam tidak mempunyai ketua atau pemimpin yang mencontohi sepenuhnya gaya pimpinan nabi Muhamad SAW, selagi itulah mereka tidak akan dapat mengadakan pakatan dengan sebaiknya dengan mana-mana kumpulan atau boleh bersama dengan pihak-pihak yang tidak sealiran denganya.

Kesimpulannya, jalan ke Putrajaya nampaknya semakin jauh dan sukar untuk dituju, dan yang kekal nanti hanyalah Pakatan Pembangkang yang kuat bersemangat dan bersuara dimeja-meja bulat dan sudut sebagai modal menghangat bual bicara. Wallahualam

Monday, June 9, 2014

Friday, May 30, 2014

Dyna Vs Mah di PRK P76 Teluk Intan

Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Gambar fail The Malaysian Insider.
gambar dari wargamarhaen.blogspot.com


Hari ini pengundi Teluk Intan akan mengundi untuk PRK P76. Sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah antara kedua calon ini yang menjadi pilihan kepada pengundi-pengundi P76 Teluk Intan ke;ak.

Adakah mereka mencari seorang wakil kepada rakyat khususnya untuk Teluk Intan atau mereka memilih seorang Menteri yang akan bersama PM sebagai kerajaan yang memerintah kini.

Harap-harap umpan PM Najib yang awal-awal lagi mengistiharkan jawatan Menteri kepada calonnya yang juga Pereseden Gerakan akan mengena dan sebaliknya akan terjadi sebaliknya jika bukan itu yang menjadi kemahuan pengundi dan rakyat khussusnya masa kini.

Rakyat terutama pengundi kini sebenarnya mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang sebenar-benarnya memperjuangkan hak dan kesejaateraan rakyat. Mereka mahu suara rakyat didengar dan diambil peduli oleh wakil-wakil rakyat yang mereka pilih.

Sama-sama kita tunggu apakah kesudahannya pertarungan Dyana Sofya Vs Mah di Prk P76 malam nanti.InsyaAllah.

Monday, April 28, 2014

Azlan Man mula mengamuk di Perlis

Kalau orang besar atau Pak Menteri rajin turun padang, memang akan jumpa nanti keadaan begini. Apatah lagi kalau lawatan tersebut dibuat secara mengejut atau bukan atas tajuk lawatan resmi.

Sebenarnya banyak perkara-perkara seperti diatas berlaku diluar sana yang kadang- kadang dibiar berlarutan bertahun-tahun dengan seribu alasan.









Wednesday, April 9, 2014

Kedai kopi moden

Seronok tengok orang berniaga kedai kopi sekarang. Semua pakai mesin dan nama minuman dan makanan pun glamour. Towkey boleh relax dan boleh lepas tangan kepada pekerja yang memang terlatih dan cekap.

Yang hebatnya kita sebagai pelangan kena layan diri termasuk berbaris untukbuat pesanan dan mengangkat sendiri makanan dan minuman ke meja pilihan. Ini menjimatkan masa dan dapat mengetasi masalah kekurangan pekerja. Untung sekali, kerana harganya pulak betlipat ganda dari harga kedai kopi niasa.

Jom apa tunggu lagi, kita "TUKAR" kedai kopi lama kepada kedai kopi moden begini pulak.